Isnin, 12 September 2011

Adat dan Agama..

Assalamualaikum...

Haloooo. ada sapa-sapa tak? Aku hari sangat murah hati ingin belanja hangpa semua minum ayaq milo. Mau dak? Tak teringin ka nak merasa ayaq buatan tangan aku nih?? Sedap wohh.. hekhekhek..

Malam ni aku saja nk berbincang pasal satu benda yang selalu menghantui kaum-kaum melayu. Apa lagi kalau bukan ADAT. tapi AGAMA pulak macam mana? Persoalan aku satu ja? Mana lebih penting? ADAT atau AGAMA?? Kita sebagai orang MELAYU sah-sah la dah ISLAM kan. Kebanyakkan di Malaysia orang MELAYU semuanya adalah ISLAM. Tempat lain aku tak tahu la..

Kalau kita lihat, pengaruh ADAT sudah mula sejak zaman dulu kala lagi. Kini aku lihat ADAT lebih ditekankan dalam upacara kahwin, bertunang, merisik, bercukur, bersunat, bertindik dan macam-macam lagi. Paling ketara kita senang nampak ialah KAHWIN.

Sekarang timbul pelbagai cerita mengenai ADAT kahwin ni. Hantaran mahal, Kenduri nak grand-grand kalahkan prince William dengan Kate nuh. Macam-macam lah kita dengar kan. Terfikirkah kita, kenapa semua ini berlaku?? Hantaran ditetapkan dengan status pelajaran dan macam-macam lagi lah.

Pening ohh pening dengan masalah dunia sekarang. Tekanan dan kos sara hidup makin meningkat. Ni pulak tentang belanja kawin. Satu persoalan yang perlu dirungkai secara mendalam. Kenapa, Mengapa, Apakah, Bagaimana semua ini berlaku? 

P/S: Lambat lagi la gamaknya aku nak kawin yer..hahahahahhaha

Tiada ulasan: