Selasa, 30 Ogos 2011

Raya Yang Bererti??

Assalamualaikum


Erti Raya tiada dalam kamus hidup aku.
Semuanya adalah dugaan dari Allah S.W.T terhadap aku.

Aku redha dengan apa yang berlaku.

Sekian.

Mr.Straw

Ahad, 28 Ogos 2011

Berbuka Puasa Dengan Rakan Sekolah!!!!

Assalamualaikum...








Mengamit kenangan ketika waktu remaja dahulu. Semua sudah bekerjaya. Macam tak sangka masa cepat berlalu dan pelbagai perkara telah berlaku. Best moment ever.

p/s: tima kasih sudi baca!!

Mencari Identiti..

Assalamualaikum

Selamat pagi. Baru setel bersahur sorang-sorang dirumah ni. Setelah berperang dengan 2 orang kawan sebentar tadi. Tiba waktu sahur, masing-masing pulang ke rumah lah. Esok kan puasa lagi. Ingatkan dah raya! hahahahaha. 

Humm.. kalau aku tengok belog-belog orang lain. Mesti ada identiti mereka. Dari segi penulisan, gaya, penampilan, idea dan pelbagai. Tapi kalau hangpa masuk belog aku. Confom tak jumpa jalan. hahahaha. Sebab aku dapat rasakan belog aku ni tiada identiti langsung.

Takkan nak harapkan KECOMELAN saja tapi tiada identiti yang menunjukkan siapa aku yang sebenarnya. Kadang-kadang aku pon confius jugak. Hohohohoho,.. Takkan nak jadi RETISS pulak. Tak mau la pemes-pemes ni nanti ada orang cemburu. Susah jer kan.

Setelah aku pikir-pikir panjang sambil berperang tadi. Maka aku dah dapat satu identiti baru terhadap belog aku ni. Nak tau? Hummmm. Identiti tersebut ialah eeeerrrrrrrrrrrrrrrr.. Dah lah. Aku tak tau lah sebenarnya. Tak da idea weh. 

Saja nak merepek dalam belog aku ni. Tak tau nak update apa. Tak perlu VOTE @ LIKE dalam facebook OK!! Sebarang segmen pon dah laku wokeh. Tak perlu VOTE aku dalam DIGI nuhh.. Sebab dah habis. hahahahhahaha.. Sapa yang join DIGI AWARD tu? Sapa Menang? Aku pon tak tau. Sebab aku tak amik tau. hahahahhahaha...


Menunggu dan terus menunggu! Apa pon tak boleh. 

p/s:Tima kasih sudi baca.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Akhir Ramadhan

Assalamualaikum

Semua tahu kita berada di dalam bulan Ramdhan. Bulan untuk kita berjuang menahan nafsu, lapar dan dahaga. Namun, terdapat segelintir manusia yang berAGAMA ISLAM tidak menghormati dan menurut perintah dari Allah S.W.T. Rambut sama hitam tapi hati lain-lain.

Semoga golongan-golongan ini mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah S.W.T dan pulang ke jalan ISLAM yang sebenar. Ingat lah, pintu taubat masih terbuka bagi umat-umat ISLAM yang ingin berubah dan kembali ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T.

Aku pon sedang berusaha mendalami apa itu ISLAM yang sebenar. Ilmu mengenai ISLAM sangat luas dan tidak tercapai oleh akal kita. Apa yang perlu dilakukan adalah mendalami dan memahami agar kita berada di jalan Allah. Alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk merasai Bulan Ramadhan pada tahun ini. Tetapi? sedarkah kita?Dapatkah kita merasai bulan Ramadhan ini pada tahun hadapan? Ajal dan Maut di tangan Allah S.W.T.

Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakan-rakan dan teman-teman yang mengenali diri aku ni. Sepuluh Jari dihulurkan memohon maaf andai tersilap kata, menyakiti hati, berlawak tidak bertempat dan sebagainya. Terima kasih kerana menyokong belog aku yang tak secomel mana pon ni..heheheheh..


Semoga kita bertemu lagi dikemudian hari. jangan lupa doakan supaya kawan aku kembali sihat. Jaga diri, jaga hati, jaga kelakuan, dan kepada mereka yang ingin pulang ke kampung halaman. Berhati-hati jalan raya dan semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui.

p/s: tima kasih sudi baca.

Khamis, 25 Ogos 2011

Semoga cepat sembuh..

Assalamualaikum

Berita terkini yang terbaru aku dengar, rakan aku baru menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya semalam. Pembedahan tersebut mengambil masa selama 5 jam. 

Beb, aku harap hang cepat sembuh dan sihat macam selalu. Semoga hang tabah menghadapi semua ni AMIN. Sekarang dia berada di PPUM Kuala Lumpur. Diharapkan pihak yang bersalah dapat ditangkap dengan kadar segera. Celake betoiii. Langgar lari pulak tu. Tak lama lagi siap la hang. No Plate hang orang dapat amik. Lambat dengan cepat ja.


Ok. Sekian dari aku. Doakan semoga kawan aku berjaya dalam pembedahan dan kembali pulih seperti sediakala.


entry terdahulu mengenai perkara diatas ----> SINI

*Info terbaru :- Bedah diperut baru.bukan di kepala lagi..huhuhuhuhh..salah info la pulak..

Isnin, 22 Ogos 2011

Mohon semua mendoakan rakan aku kembali sihat sediakala.

Assalamualaikum..

Selamat petang di bulan ramadhan yang penuh mulia. Sekadar ingin update seketika. Semalam aku menerima panggilan daripada kawan aku mengatakan bahawa sahabat aku dan juga coursemate aku kat UM dahulu mengalami kemalangan jalan raya.

Difahamkan dia dilanggar lari oleh kereta pada jam 3.00 pagi. Dia dimasukkan ke dalam unit ICU semalam dan hari ini alhamdullilah sudah dikeluarkan. Jadi aku ingin pohon supaya anda semua mendoakan kesihatan dan keselamatan kawan aku ini. 


(beliau memakai baju kotak)

Sekian. ingin pergi tapi apakan daya jarak terlalu jauh. Hanya mampu mendoakan dia sahaja.

Ahad, 14 Ogos 2011

Mencari kekuatan...

Assalamualaikum..

Selamat tengahari. Selalunya post aku bila masuk tengahari ka, pagi ka, petang ka, malam ka confom akan ada mai minum ayaq milo. Tapi disebabkan bulan puasa sekarang. Tak boleh la noh. Semoga hari ini puasa kita lebih baik dari semalam.

Sekarang aku sedang mencari Kekuatan. Kekuatan untuk bertahan di dalam dunia berbelog ni. Tak tahu sebab apa, hati ni makin jauh dari belog. Aku pon pelik. Kalau dulu, sehari kalau tak da entry tak sah. Sekarang, humm, boleh kira dengan jari ja entry aku.

Semangat makin pudar. Ubat belum ditemui untuk ubati penyakit ni. Entah apa-apa hal. Budget macam belog aku ni femes sangat lah kan!! Kat luar berlambak lagi dahsyat dan femes-femes berbanding aku nih!!! Sapa la nak kenai sangat. Hohohoho

Jadi, apa patot aku buat ya? hangpa rasa? Teruskan atau Lupakan? Sila bagitahu dengan kadar segera. Agak-agak ada orang nak komen ke tidak ya? tunggu dan lihat ajalah. 


Selamat berpuasa untuk semua umat islam.. 
ok baiii...

Khamis, 11 Ogos 2011

Bila jadi begini..

Assalamualaikum

Salam Ramadhan. Sudah 11 hari kita berpuasa bagi tahun 2011 ini. Syukur alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk merasai puasa di hari ini. Semoga kita semua mendapat keredhaan olehNya apabila melaksanakan ibadah wajib yang telah diberikan pada tahun ini.

Hari ni aku sekadar nak berkongsi satu perkara. Ianya melibat erti sebuah persahabatan. Kita semua inginkan persahabatan yang kekal serta berpanjangan. Namun, dalam persahabatan akan ada setiap cabarannya. Sebagai contoh. Kita bersahabat baik. Pada masa yang sama, kekasih lama sahabat kita mencintai kita.

Apabila kita menerima cinta tersebut. Pasti hati berbelah bahagi kerana kekasih tersebut merupakan kekasih lama sahabat baik kita. Antara persahabatan mana satu akan kita pilih. Kalau kawan kita memahami dan boleh menerima. Alhamdulillah, namun jika sebaliknya? Bagaimana? Maka persahabatan akan mula menjadi renggang.

Cinta takkan hadir tanpa pertemuan antara dua hati. Cinta itu buta. orang tua-tua selalu cakap macam tu. Cintu tu buta. Kita mestilah belajar memberi dan menerima. Berfikiran terbuka. Menjaga hati dan perasaan seorang sahabat juga amat penting. 

Ni semua adalah lumrah dunia. Belajarlah menerima. Jodoh itu ditangan Alllah. Dah sudah ditetapkan kekasih lama menjadi kekasih sahabat baik. Walaupun jauh disudut hati tidak suka. Anggaplah ini ketentuanNya. Waduh. Bab ni aku suka merepek! hahahahahah...

Cukup disini saja. Buat sahabat, setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jangan kerana perkara lepas beranggapan itu semua menyebabkan timbulnya persengketaan. Kita semua inginkan kebahagian. 

Isnin, 8 Ogos 2011

Glory mengganas...

Assalamualaikum..

Sempat aku menonton pasukan kegemaran aku Man Utd tadi membungkus muka-muka keret player Man City macam Jeloan Lescott..Boleh boh sebijik buat muka kerek semacam ja. 

Rumusan aku malam ni. Man City jadi lauk ja separuh masa kedua. Langsung tak da fight. Man Utd siap bawak masuk player muda ja. Tak da sangat yang mahal-mahal! hahahahhaa.. Nani menjadi wira Si Kompany cekup muka sebab lembab!!hohohohoho..

Permainan paling menghiburkan. Pertahanan Man City kucar kacir kena serang tadi. Tak ketahuan depa main. Hahahahhaha. Adoihh.. Tak larat gelak saja aku tadi tengok. Si Balotelli main entah apa-apa. Tau buat muka bengis ja. 

Kesimpulan sila beli Player dengan bijak.Duit banyak tapi beli player hampeh-hampeh buat rugi ja. Tu la bezanya team yang beli player gune otak dengan team yang beli player ikot nafsu. Hahahahahhaa


walaupun tertewas 2 kali..tapi aksi lu memang aku tabik spring lah!! Good Joob..jarang diuji separuh masa kedua..

Ahad, 7 Ogos 2011

Kembali

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan. Semoga bulan yang mulia ni membawa sejuta perubahan terhadap keimanan kita sebagai Makhluk ciptaan Allah S.W.T. Aku kembali ke dunia belog setelah seminggu tidak aktif. Masih mempunyai semangat untuk berbelog.

Tiada apa-apa yang hendak dituliskan sangat. Tak tahu sangat nak update sebenarnya. Baru terasa nak menulis tapi bila masuk dalam post dah hilang pulak idea tu. Hampeh toi. 

Semoga Ramadhan tahun ni lebih baik dari sebelumnya. Membersih jiwa dengan mempertingkatkan amalan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui... Menjaga iman dan mendidik nafsu kita.

Sekian. Jumpa lagi.....