Khamis, 21 Julai 2011

Macam-macam hal...

Assalamualaikum

Selamat petang. Penat lelah aku hari ni. Kejar sana sini untuk menyelesaikan urusan aku yang boleh dikatakan terpenting. Sangat penting ohh.. harap-harap lepas la. dah siap hantar pon tadi. Semua dah lengkap. 

Tapi ada jugak kejadian yang membuatkan aku letih. Ulang alik sebab tak tahu. Bagi arahan pon tak lengkap. mana la aku nak tahu. Al-kisahnya macam gini. Ikut flow dari pagi aku buat benda ni.

Pukul 6.45 pagi aku bangun sebab aku dah pesan kat cik kak suh gerak aku. Hahahaha. Yang pasti aku tak tahu apa cakap kat dia. Besalah. Tido nyenyak punya pasai.  Macam biasa sambung tido balik la.. Pukul 8.30 bangun siap-siap.

Pukul 9 pagi aku keluar rumah dengan bersemangatnya. Habis orang rumah sebelah kiri kanan depan belakang menunjukkan muka hairan. 1st time tengok aku keluar awal pagi. Buang tebiat kot mereka kata kat aku (dalam hati masing-masing kot).

Aku buat muka slumber jer. Terus hidupkan MOTO besaq aku (a.k.a legenda ja pon) Destinasi, rumah tok penghulu la. Dia kan RETISS. Suka sain-sain ni. Disebabkan aku peminat setia dia so aku pon tanpa segan silu nak minta dia sain la. Tapi bila sampai awal-awal lagi dah keluar ke pejabat. Haish. Sia-sia aku bangun awal tapi sain tak dapat jugak. Tapi dia tinggal no tipon. Apa lagi, aku pon coll lah. Jumpa dia tengahari nanti. Ada meeting katanya... sabar jer la...

Balik rumah pulak. Dengan penuh kehampaan! damn. Pastu rehat-rehat sat. Sarapan dulu sambil layan movie. Malas nak on9 sebenarnya. Pukul 11 aku keluar rumah sekali lagi. Destinasi pejabat hasil sebab aku nak matikan setem

Dialoq aku kat sana:

Aku: Abang, saya mai nak matikan setem hasil!
Orang Hasil: Adik bawak surat perjanjian dak?
Aku: Tak bawak abang. 
Orang Hasil: Adik balik dulu pergi amik surat perjanjian dulu.
Aku: Takkan kot. jauh abang oii. Dalam arahan depa tak suh bawak surat tu pon. Suh datang matikan setem ja.
Orang Hasil: Kami kena tengok dulu surat tu. Kejap lagi adik mai lain
Aku: terus blah (bebel sorang-sorang)

Dua kali kerja aku buat. Balik umah pulak. Dah la jarak dia 16KM! pegi balik dah 30KM. Maknanya aku dah bergerak 60KM hari ni saja. Dah la ada mamat kerek mana ntah berlagak nak mampuih tak bagi aku parking moto kat depan pejabat hasil tu. Bukan makan ruang 1KM pon sampai tak leh nak lalu keta bos dia. (Hareeemm betoi)

Pukul 12 sampai rumah terus pecut memecut mencecah 300km per/jam aku hari ni demi mempercepatkan urusan. Sampai ja pejabat hasil. Kejap jer pon. 2 minit dah siap tapi membazir masa 1 jam lebih ulang alik. Damn. (lain kali bagi arahan lengkap-lengkap la) mana la aku nak tahu kena bawak jugak surat tu. tak jelaskan pon. bagi tau matikan setem ja. Haish. Tapi tak pa. Penting ohh benda ni. Masa depan cerah ni..

Pukul 12.30 lepak dengan member aku minum-minum lepaskan tension sebab ulang alik untuk buat kerja 2 minit ja. Tok Penghulu pulak Call aku. nak jumpa nak sain katanya. Hahahahhaha. So berlaku adegan sain-sain tepi jalan raya ja. Setel kerja aku hari ni. 

Tepat pukul 2.30 tapi pergi pejabat pos! Hantar surat. Setel kerja. Yes akhirnya. Selesai jugak urusan aku hari ni. Lega seleganya. Hahahhahaha. 

Jadi aku dah penat hari ni. Saja nak membebel kat sini. Dah lama tak hupdate belog.Hohohoho. 

MILO KAW SATU!!!!! TEKAK KERING NI!!!

2 ulasan:

dang intan duka berkata...

urusan ptptn ker?? utk ujrah??
hohoho


peace

♥anas♥ berkata...

wee..hepi belated100x bday yea..hee.sory la.ak da lame xupdate