Sabtu, 9 Julai 2011

Fenomena BERSIH...

Assalamualaikum

Wot wot dah tengahari der.. Aku bila tengahari mesti nak marah. Hohohoh. Perut lapaq weh. Nak makan. Dah kenyang terus senyum ja pastu. Hekhekhek. Apa kata hangpa mai belanja aku makan? Boleh la no. Banyak pahala membantu aku. Hohohoh

Fenomena BERSIH mula mengegar kita punya negara sejak dua menjak ni. Heran aku. Apa yang mereka nak BERSIHkan aku pun tak tahu. Hari ini merupakan hari terjadinya BERSIH tapi aku tak pasti la apa dah berlaku kat Kuala Lumpur sekarang.

Dari kita pergi perhimpunan BERSIH baik duduk umah. Sapa-sapa duk K.L time ni memang tak aman la. Roadblock memanjang kat sana. Sakit jiwa ada la. Menyusahkan orang ramai. Haduihhh. Seb baik aku duk kat Pulau. Hohohohoh. Traffic Jem pon tak da macam kat sana.

Dari kita duk pergi buat benda BERSIH tu. apa kata kita BERSIHkan benda lain. Macam boleh buat dengan BERSIH ni. Hohohohoho..

BERSIH IMAN
BERSIH FIKIRAN
BERSIH AKAL
BERSIH NAFSU
BERSIH AKHLAK
BERSIH AMALAN
BERSIH SIFAT KEJI
BERSIH BADAN
BERSIH HIDUP

Barulah hidup lebih sempurna. Ini membuang masa pergi buat benda tak berfaedah. Bab politik ini kadang-kadang terlalu difanatik oleh semua orang. Sebab apa? KUASA. dengan KUASA apa saja kita boleh buat.

Betul kan? Semua orang berebut nak amik KUASA. Tanpa KUASA kita tak boleh nak dapatkan apa yang kita nakkan. Itulah minda masyarakat masa kini. Usaha ada tapi dijalan sama ada betul atau tidak

Mungkin bagi mereke BERSIH itu dijalan yang betul. Tak kuasa aku nak melayan. Baik aku nikmati cuti-cuti aku selama berbulan-bulan ni. Hahahhahaha. Nasib baik tempat aku masih aman. Terpisah dari daratan wohh. Gangguan tu hanya di Kuala Lumpur. 

Silap-silap hari bulan Kuala Lumpur lumpuh hari ni. Yalah, semua jalan kena tutup. Orang nak keluar macam mana. Sapa naik keta memang tak leh nak masuk sangat lah. Yang untung sapa naik pengangkutan awam tu. Haaaaa. ini bagus. Kurangkan pencemaran. Hahahahha...

Sekian. Malas tulis panjang-panjang. kang aku dicopkan macam-macam pulak nanti. Hohohoho. Tapi setiap apa yang hendak dilakukan perlulah bijak. This is people choice bebehh. Buat amal jariah lagi baik. Hadoii. macam-macam Malaysia sekarang ni.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mesti riuh rendah kl..

tomato berkata...

kau kotor mmg tak layan bersih lah kan ;p