Selamat pagi dunia. Aku sedang terbang diatas katil aku yang empuk lagi lembut macam belon-belon yang diisi air. errrrrr, sejuk tak leh nak nak kata bagai lah. Suasana kampung semakin sejuk sejak dua menjak ni. Layan ja tido aku sejak kebelakangan ni. Syahdu orang kata.
Seperti biasalah, air milo aku tak buat hari ni. Stok habis. tak beli lagi, kejap lagi kot aku pergi beli. Hohohoh, nak beli yang 1tan punya kuantiti. Baru tahan lama, 10tahun tak habis. Hahahaha. errrrr, kesimpulan aku tak mandi lagi, Hakhakhak.
Cakap pasal hari ni, pejam celik pejam celik dah bulan julai. Bulan depan dah stat puasa. Cepat kan masa berjalan tapi otak aku tak jugak berjalan ni. Habis la tesis aku nanti tak ketahuan hala dah time-time macam ni. adoihhh.
Lagi 10 hari. Tak lama dah. Bercampur gembira dan duka. Hukhukhuk. Nak tahu? tunggu lah 10 hari lagi. Tak boleh bagitahu sekarang. tak suspen la orang kata. Hummm. Tapi mengharapkan best moment ever kat aku lah. Hekhek. Biasala tengah berangan macam-macam sekarang ni.
Bila tengok belog aku ni dah cecah 4tahun kot. Perghhh. Lama siot aku berblog tapi masih kurang fofular berbanding orang lain. hahahaha. entry pon malas update, blogwalking pon makin kurang sejak dua menjak ni. Sapa la nak kenal aku ni. Haahhahaha.
Cuba tengok orang-orang lain yang dah fofular mengalahkan retis-retis sedunia mana hala tak ketahuan nu. Dahsyat masing-masing. Pengikut beriban-riban. tapi aku bersyukur ada la jugak pembaca yang sudi singgah. Macih weh. Budi hangpa semua tak mampu aku balas.
Setakat ni sahaja aku punya updating belog. Nak tahu kisah 10 hari lagi, kena tunggu lah no. Misteri akan terungkai apabila tiba masanya. Seperti jalan yang berliku tiada penamatnya kecuali langkawi. Pusing-pusing situ la jumpa balik. Haish. tersekat sebab terputus ditengah lautan. OHhh mennn..
Nak MILO!!!!! hukhukhuk
4 ulasan:
wah..fav air milo ek..
miinda jd kuat dan cergas ni.. :)
akan sabar mennati apa akan jd lg 10 hari tu...
peace
tudia 10 hari lagi...
menghitung hari la ang..
ok !
10 hari lagi .
start counting
1.....
kira jgn tak kira..hahaha
Catat Ulasan