Jumaat, 28 Januari 2011

HILANG!!!!

Selamat petang semua....

Header aku sudah hilang.. Anda perasan tak? Dah dekat seminggu aku punya header hilang. Tak tahu hilang ke mana?? Main aci sembunyi kot dengan aku ni! Haish. Dah buruk aku punya page sekarang. Humm... Mungkin aku akan cuba keluarkan header baru pas ni!! Tapi sangat malas nak buat. Sapa-sapa nak tolong buatkan untuk aku tak?? hehehheheeh.. 

Aku belum ada idea lagi untuk mencipta header baru belog ni. Tapi sekarang aku dah tukar nama belog ni kepada Lagenda Budak Pulau! sebab aku nak masyurkan aku punya kampung da. Tanah tumpah darah ku.. Heheheh. Sangat patriotik ok!!! dan juga kisah hidup seorang mamat pulau yang tak pernah lupa asal usulnya.. erkkk.. yaka?? kawan-kawan aku semua ngutuk aku dah lupa daratan!! Apa kes pulak, aku keluar meneruskan perjuangan!!hahahah. bangga la sikit dengan aku ni. Kalu balik ni tobat kena paku lagi. tahan jer la.....

Nantikan kemunculan header baru belog ni... Tungguuuuuu... Tahun depan baru siap kot header baru ni. Sebab aku memang tak ada idea langsung!!! Apa-apa pon aku korang tunggu jer la. Kalau ada, ada la.. Tak da tu faham-faham jer la tuan belog lum ada idea. Hahahahahhaa...

Rabu, 26 Januari 2011

Image baru Kampung Aku!!!!!

Selamat pagi semua. jam dah menunjukkan pukul 1.22 pagi. Aku belum dapat tidor lagi da... Pagi-pagi buta ni aku nak cerita pasal kampung tercinta aku!! Langkawi is my hometown ok. Baru-baru ni aku terdengar desus-desus pembangunan Menara di Langkawi. Sekarang benda tu akan menjadi kenyataan di mana telah dimulakan upacara pecah tanah pada 22/1/11 baru-baru ni oleh Tun Mahathir. Beliau juga mencetuskan idea untuk pembinaan menara setinggi 135 meter dan dijangka siap pada tahun 2013. So lepas ni terdapat pula tarikan baru di Langkawi tak lama lagi. Meh kita pakat tengok lakaran menara tu!!


Jadi inilah bentuk lakaran menara tersebut dan terletak di Pekan Kuah. Satu lagi projek mega dan aku harap projek ni bukan seperti projek lain yang hanya hidup segan mati tak nak!! Moh la melawat kampung aku yer! Cuti-cuti Malaysia.. promote sikit pasal Pelancongan ni.

Ahad, 23 Januari 2011

Berjumpa si cantik putih IRA..i love u!!

Selamat pagi semua. Aku bangun awal hari ni (ceh padahal dah kul 9 pagi ). Tapi betul aku bangun awal ari ni. Kul 6.30 pagi. Solat dulu pastu baru buka laptop. Tapi aku tak buka belog aku lagi. Aku baca surat kabar dulu. Sekarang baru aku buka belog. Sejuk betul pagi-pagi ni. Mata kadang-kadang sangat berat nak buka. Perlu penuh keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menentang asakan tahap mengantuk dan malas bangun pagi-pagi.  Akhirnya berjaya jugak untuk hari ini. Hahahahahah.

Agak-agak hangapa siapa IRA tu? Dia sangat putih menyebabkan aku jatuh hati padanya. Matanya yang tajam merenung aku menyebabkan jantung aku berdebar-debar melihatnya. Hinggakan aku menjadi malu memandangnya.Gayanya amat mempersonakan aku. Aku ingin memilikinya. Tapi aku mampu ke nak memilikinya. Bukan mudah untuk menambat hatinya. Ingat sonang ke? Ke berusaha keras kot untuk mendapatkannya. Tapi berdasarkan kedudukan aku sekarang ni. Humm macam tak ada can la nak memikatnya. Dia begitu teristimewa sehinggakan aku tak sanggup nak lepaskan dia. Haish kena penangan si IRA ni buatkan aku tak leh duduk diam ja. Nafsu memuncak-muncak naik ni. Geram tengok weh. Haish. Kalu dapat IRA ni confom aku jaga dia elok-elok. Sayang sungguh-sungguh tau.

Nak tahu siapakah si IRA pujaan hatiku ini.. Akan aku perkenalkan dia kat hangpa semua......... Cair hati aku melihatnya. Tak pernah aku jatuh cinta sampai macam ni. First time rasanya..huhuhuhuhuhu

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADAAAAAAAA!!!


Ni lah IRA. Amacam menawan dan anggun kan. Sebenarnya keta la. Bukan pompuan tau. Hhahahahaha. Keta ini adalah hak milik AKU................................PUNYA KAWAN daaa.. Bukan hak aku la, mana la aku mampu nak beli lagi. Kerja pon tak ada, celah mana nak cekau duit nak beli keta ni. Ni merupakan keta member baik aku dari sekolah menengah lagi!! Pergh sangat jeles dengan dia sebab dia dah mampu beli keta, ada kerja yang bagus. Alhamdulillah kawan-kawan aku dah banyak yang berjaya. InsyaAllah mungkin lepas ni rezeki aku pulak. Keta Inspira dia baru ja kuar dari kilang! Baru jumaat lepas. Baru 3 hari la usianya campur hari ini. Semalam aku dah merasmikan keta dia!!! Hahahahha.

Macih tau sebab sanggup mai jumpa aku leh gak aku merasa keta hang ni. Aku dah test drive. Pergh. Tak tahan. Rasa macam nak ja aku amik!!hahahahah. dah siap Makeup tu tak tahan. Naik keta tu semua orang pandang ja. serius weh. Ini tak tipu, tapi betul-betul. Siap brader sorang tu sampai kuar kepala dia dari tinggkap keta dia nak tengok!! Masa buh minyak pon ramai gak duk pandang-pandang kami. Mungkin tak caya kot sebab aku n kawan aku ni MUDA lagi. Mungkin orang anggap ni keta BAPAK dia!! tak kisah pon, aku tahu siapa pemiliknya dan kawan aku memang berkemampuan! Keta ni hasil titik peluh kawan aku. Berbaloi la kan belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ada jugak hasilnya.


 


Yang tengah duk buh minyak tu, dia lah pemilik kereta ni. Muda lagi dia ni (macam aku la yang cute miut ni) dan juga avaiable!! Sapa nak aku leh rekemen. Dia tengah solo dan belum ada yang berpunya. Sapa nak habaq kat aku!!hahahahha. Nama dia Badd dan dia kawan baik sejak sekolah menengah lagi. Best tengok kawan-kawan dah berjaya. Aku pun nak jugak jadi macam dia. Lagipon dia ni memang kategori orang pandai la, kerja dia pon leh tahan hbt gak. Kerja kerajaan lak tu. Kalu tak mana dia mampu nak memiliki si IRA ni. Apa-apa pon tahniah la kat kawan aku. Aku jugak dapat merasa keta baru berusia 2 hari. Kira orang terawal la merasa keta dia.hahahahha.. Ok tamat sudah cerita. Entry ni bukan pasal pompuan la tapi pasal keta.hahahahhaa..

Khamis, 20 Januari 2011

Dah seminggu ni...

Selamat tengahari. Pa habaq semua? sihat no? Aku heran la.

-
-
-
-
-
-
-

Dah seminggu lebih ni aku BATUK. Tak lega-lega lagi. Ubat dah telan, klinik dah pergi tapi still tak ok jugak. Pelik benar. Musim BATUK ke sekarang??? Tapi aku tengok orang lain sihat ja. Heran heran. Air bergelen-gelen aku minum sampai leh masuk tandas 10 kali kot setiap hari. Ha punya la banyak aku minum air. Tapi tak jugak lega. Sabar jer la. Takat tu jer la entry aku hari ni. Tak da idea nak mengarang sangat sejak-sejak ni. faktor kesihatan membataskan aku!!

JOM GEGAR BLOG

 Nak Join?
Sini ---> Klik
Selamat malam. Malam ni aku nak join 1 lagi segmen Bro Ben kita. Jom pakat-pakat kita gegaq blog malam ni. LOMPAT!!!!!!!

Selasa, 18 Januari 2011

Tip Belajar!!!

Selamat malam semua. Hari ni aku nak berkongsi Tip-Tip untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Tak perlu risau sekiranya anda punya Grade@Result menjunam ke,teruk ke, tak dapat A semua ke. Tak perlu risau! Ok ada faham tak? Kenapa aku cakap macam tu? Sebab yang penting kita dapat ilmu. Dengan ilmu yang ada, digunakan sebaiknya insyaAllah akan berjaya kelak. Tapi kena usaha la, duk goyang kaki tak dapat apa la jawabnya.

Kaedah belajar yang betul....
1. Belajar ikut kemampuan.
2. Jangan tiru cara orang belajar. Jadi diri sendiri.
3. Selalu bertanya jika tak tahu jawapan.
4. Study group digalakkan, tapi jangan terlalu ramai. Sat g jadi benda len.       Menyembang tak habis!!
5. Tido kena cukup. jangan terlebih cukup lak.
6. Amalkan 5 perkara wajib. (solat)
7. Amalkan membaca surah yasin setiap hari.
8. Amalkan minum air yasin kerana air yasin suci dan tiada syaitan berada di dalamnya.
9. Bersukan dan beriadah untuk kesihatan.
10. Tawakal.

Itu jer la TIPS aku yang tak seberapa. Terpulang kalu nak amalkan atau tidak. Yang penting kita berusaha dan sentiasa ingat pada yang Maha Esa!!!

Ahad, 16 Januari 2011

BEN ASHAARI : CINTA MONYETKU


Join segmen baru Ben Ashaari. Kali pasai cinta monyet ku! Oh, nak cerita tapi malu-malu kucing! Dah blushing muka aku tengah hari mengambang ni!! 

Al-kisahnya bermula ketika aku Form 2, Ketika tu aku baru jer bertukar sekolah. Dari sekolah AGAMA ke MENENGAH biasa. Bila 1st time aku masuk kelas baru aku tu, ohh aku kenal beberapa orang sebab pernah sama  semasa sekolah rendah. Ketika itu, aku terpandang si DIA. Makin ayu la pulak aku tengok sebab kenal dia sejak sekolah rendah lagi. Tangkap leleh mata aku. Tapi biasala budak baru tukar sekolah. Buat-buat muka cool + macho! Hahahaha. Kebetulan pulak meja yang aku duduk tu sebelah si DIA sebab memang meja tu jer yang kosong! tak ada meja lain dah. Dulu-dulu kan meja selalu susun cantum 2. Macam jiran sebelah la aku dan DIA. 

Aku pon tegur la DIA sebab aku memang kenal dia. Bila dengar ja suara dia. Perghhhh, menusuk lubang jantung weh. Lama tak dengar suara dia, lembut + ayu jer! Geram aku. Tapi aku tak pernah pun luahkan perasaan kat DIA. Malu kot nak luah-luah perasan ni. Aku mana la reti bab-bab ni. Pendam jer la, tapi kawan-kawan dia perasan la aku ni ada minat kat si DIA tu. Aku tak pasti la sama ada dia perasan ke tak aku suka DIA!!! Setahun satu kelas dengan DIA aku sikit pon tak penah luahkan yang aku suka kat DIA. Tapi aku seronok berkawan dengan DIA!


Bila masuk Form 3 aku kena tukar kelas! Naik kelas atas sikit, So makin berjauhan la dengan DIA, oh sedihnya time tu,huhuhuhuhu. Tapi aku tetap tengok DIA curi-curi bila time waktu rehat. Sebab kelas dia depan kantin. Aku suka mengendap dan intip curi-curi time tu! ahahahahah. Yang best, aku selalu tipon dia masa Form 3. Setiap kul 3 Petang aku akan tipon umah dia! Sampai kak dia pon leh agak sapa yang tipon time-time macam tu!! Tapi aku ni pemalu, tak jugak luah perasan(rugi kan) peluang ada depan mata!!!

Bila Form 4 dan 5 kelas aku dan si DIA makin berjauhan dan kami dah jarang berhubung sejak tu. Dia pulak dah tukar no tipon rumah so aku tak dapat nak tipon dah time tu. Dulu-dulu mana nk kenai lagi Handset2 ni. mahai kot! Nokia 3310 pon mahal time tu!! hahahahaha. Pastu terputus hubungan sebab tamat belajar, DIA plak sambung ke poli. Aku masih buat form 6 di sekolah yang sama. Sekarang aku dengar citer dia tengah bercinta! Melepas sudah! apa tak dapat! hanya cinta monyet sorang-sorang aku! 

Pesanan aku kat budak-budak sekolah, jangan la duk bercinta monyet. Buang masa jer tu. Macam aku, buang masa sorang2. Last-last belajar ntah kemana! Dah besar, ada kerja, ada duit cari la calon isteri yang baik2!

Sabtu, 15 Januari 2011

Tolong beradab sikit.

Panas, panas, panas hati aku hari ni. Apa ke hal la tiba-tiba ada manusia macam ni. Heran la aku. Bukan aku bercakap pasal hangpa pon! Aku bercakap pasal lain yang tiba-tiba duk perasan kenapa? Kau duk meja kau sudah la. Sembang la dengan member2 kau tu!!  Pelik benar manusia zaman la ni!! Al kisahnya aku pergi melepak dengan kawan aku lepas abis tengok wayang. Pergi lepak sambil pekena Char Koew Teow di tepi pantai. Tapi mood aku nak makan kat situ di SPOILKAN oleh minah-minah kerek yang tiba-tiba terasa lebih! Apa kes weh. Orang bercakap pasal lain. Suka-suka dia sampuk!! Nih aku buat rakaman perbualan aku dengan kawan-kawan aku tadi.

Kawan aku 1: Wei, pasai pa mat bad dapat keja tu? aku mohon tak dapat pon.
Kawan aku 2: Rezeki dia. Lagipun tak semua yang dapat kan. Ada juga yang tak terpilih mula-mula lagi.
Kawan aku 1: Tapi pelik gak macam mana dia leh lepas. Jurusan sama ja. SPA buat pemilihan macam mana?
Aku : Aku jawab!! SPA guna sistem berkomputer. Jadi pemilihan tu berdasarkan maklumat yang diisi oleh kita! Lagipun depa dah buat limit berapa orang yang depa nak untuk temuduga.
Kawan aku 1: Takkan sebab aku pompuan tak dapat?
Aku: Mungkin hang kalah sikit! Aku bagi contoh: Kalau hang dapat B sejarah tapi sorang lagi dapat A. Mestila yang A tu menang! Tiba-tiba....

(group meja sebelah)
Gadis X : Aku sejarah pon dapat A. SPM dulu senang jer!! Bukan susah pon.
Gadis Z: Ntah, aku fizik lepas jer. Siap dapat A- lagi. Jawab biasa-biasa jer. Dah leh dapat A-.
rakan2: membebel apa ntah, pasal result diorg apa kebenda!! Aku malas nak dengar

Aku dan kawan aku pandang muka masing2 dengan muka penuh kehairanan????! Aku ada kutuk depa ka? Aku cakap pasal contoh sistem yang dilaksanakan oleh SPA. Sistem SPA memang telah disetting macam tu! Yang tiba-tiba nak sampuk apa kejadah! Pelik aku. Bukan ada kena mengena dengan hangpa pon. berlagak semacam ja minah-minah kerek tu. Macam la bagus sangat!! terus kami stop perbualan! damn...

P/S : Sila la beradab sikit. Dengar betul-betul dulu. Suka-suka ja sampuk.

Terima kasih....

Akhirnya setelah 3 tahun bergelumang dengan belog tercinta. Baru sekarang berjaya melepasi had! Yang otai-otai memang tak leh aku challenge la. Jauh benar mereka tinggal aku. Belog yang baru buat pon jauh lagi hebat dari aku ni. Aku yang 3 tahun baru ja berjaya nak cecah jumlah tu! Bukan apa, dulu belog ni sering tersadai sangat. Tak pernah mata aku ingin datang menyinggah walaupun sesaat. Ish-ish teruk betul tuan belog macam aku ni. Tapi baru sekarang la aku kembali berjinak-jinak. Hasilnya pon ok la. Jadi la dengan usaha aku. Hohoho. Sekarang aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi datang menjejak tapak KAKI, TANGAN, KASUT, MUKA, TELINGA, PIPI, HIDUNG dan seangkatanya... Mencecah jugak 100 orang follower. Punya la lama tunggu baru sekarang dapat. Hikhikhik....Thank kepada YATIE kerana menjadi orang yang 100!!! 


Terima kasih semua. Nah aku bagi award yang tak seberapa ni. Harap terima seadanya. Hehehe. Tak lawa pon. Saje nak bagi tanda penghargaan kepada anda yang sudi follow belog ini!!!!


Hope anda semua sering datang menjengah belog aku ni! Walaupun kadang-kadang aku jarang update. Agak buzy ckit. Tapi lepas ni aku akan cuba postkan 1 entry setiap hari. Harap-harap boleh la. Orait, nak kena membaca kes!! Lemah betul bab mengkaji kes ni. Tak faham ayat UNDANG-UNDANG yang selalu membelit lidah ketika nak membaca!!! Bye-bye

Wah...tak kusangka!!!!

Selamat malam semua. Ni mesti semua dah nyenyak tidor. Hari ini baru aku berpeluang nak update belog sebab agak TERBUSY dengan asgment! Letih nak menyiapkan benda-benda tu!! Malam ni aku teruja sikit. Sebab tak sangka belog aku telah di Follow bro Ben Ashaari. Terharu betol. Tak bro Ben sudi jugak menyinggah kat belog aku ni yang seringkali terbengkalai! Kalau time aku sibuk..


Terima kasih diucapkan kepada Bro Ben Ashaari kerana sudi mengFOLLOW belog ni. tak sangka OTAI belog sudi singgah kat sini. ;-). mood gembira la malam ni! jom tdo....

Khamis, 13 Januari 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U

Selamat malam. Hari ni aku nak join lagi satu segmen Ben Ashaari. Baru jer leh join sebab kat tempat aku terputus bekalan elektrik dari tengahari tadi. Pukul 6.45 ptg baru ada balik. Perghh.. Sabar jer la.


Kena jawab beberapa soalan ok! Nak join? Klik sini.....

1.Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
Ok... Dulu aku belajar di Universiti Merapu (UM). Selepas tamat ijazah disana, sekarang aku dah masuk Universiti Suka Makan (USM)!! hahahahaha.. Aku sedang buat dalam bidang Msc Perancang Bandar. Baru jer masuk tahun 1, dan akan habis tahun 2012!! InsyaAllah. 

2.Asal mana ? Umur ?
Cakap pasal asal ni. Tempat aku orang semua kenal sangat-sangat dah! Kalu tak tau jugak aku tak tau nk cakap apa dah. Mungkin tak pernah dengar kot!!! Aku berasal dari Langkawi. Tau tak? Mesti tau kan. Cakap pasal umur ni malu la!! adoi.. Baru menjengah usia 24 tahun! Muda lagi kan..hahahahhaah. Still comel la orang cakap!!

3.Kenapa amik jurusan itu ?
Soalan ni memang buat aku terkelu tangan nak menulis!! Betul ke ayat aku tu? Bantai jer la!! Harharhar. Sebab aku amik jurusan ni!! hummm, jap yer nak fikir!! Ntah la, aku pon tak pasti macam mana leh terjerumus di dalam jurusan ni tapi semua bermula di UM! Dari situ timbul minat aku ingin tahu lebih.

4. Cita cita .. peewwittt  
Kalu dulu cita-cita aku nak jadi POLIS. Tapi bila fikir balik aku ni yang tak berdisiplin, langsung memang tak kena dengan jiwa la. Tapi sekarang aku dah ada satu cita-cita baru! Menjadi seorang perancang bandar yang mampu menghasilkan sebuah bandar yang free untuk semua orang!! hahahahah.. Tobat tak dapat la. Aku harap bidang aku ceburi ni mampu menolong serta mengelakkan alam sekitar dari musnah akibat pembangunan tak terkawal!! kadang-kadang orang tak fikir kepentingan alam sekitar. Apa yang mereka nampak? DUIT!! PROFIT!!! Buat rumah untuk apa? PROFIT ok bukan untuk masyarakat!!! tu yang aku nak ubah! Panjang lebar pulak aku membebel!! 

Dah cukup..tamat. Full Stop!!

Rabu, 12 Januari 2011

Thanks Tau.........

Aku muncul semula. Ohhhh, aku dah sihat semula. Alhamdulillah, sudah beransur pulih. Hari ni aku nak cerita apa ya! humm.. Ok, dah ingat! Sebelum aku tak sihat baru-baru ni. Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang yang begitu pemurah. Tiba-tiba depa ni berbaik hati belanja aku makan. Aku ingatkan makan biasa-biasa ja. Sekali depa ni bawak tempat yang paling susah aku nak jejak kaki. Seingat aku last sekali aku makan benda ni pada tahun 2008. Itupun ketua projek belanja sebab untung banyak dulu. Nak harapkan aku PERGI, SINGGAH, TERMASUK, TERJEJAK, TERLANGKAH, SENGAJA LANGKAH, SENGAJA MASUK.... OHHH tidak sesekali aku nak masuk!!!! Aku pun tak tahu sebab aku tak teringin nak masuk pun tempat ITU!!!! Nak tahu tempat apa? Jangan terkejut ok! Diam-diam sudah! Jangan gelak! 








Thanks tau sebab hgpa berdua nak belanja aku..huhuhuhuu.. Terharu sikit! harharhar (dalam hati memang lega la) Orang belanja kan!! Serius weh! PIZZA HUT la tempat paling aku susah jejak kaki! Rasanya baru 3 kali kot aku makan sampai la aku sebesaq dalam gambar tu!! harhar. Tak mau cakap bab umur disini ok!! Cuba tengok muka tu! Ntah apa-apa muka. Mungkin teruja makan PIZZA!!hakhak.. Apa-apa pon THANKS TAU kat hgpa!! Makan sampai muak ek!! Tu la, order banyak sangat!!! hihihi.. Tamat!!

Isnin, 10 Januari 2011

Tak suka macam ni.

Aku demam. Arghhhh. Dah lama tak demam. Sekali kena, mak aii dahsyat yg amat. Ok lah, aku dah mula pening kepala. Bye. doakn aku cepat sembuh no. Tak suka la...... waaaahhhhhhhh!!!! thx kepada yg baru follow aku. nnti aku follow hgpa balik. sory kalau lambat...

Khamis, 6 Januari 2011

Segmen 2011: MEREKA KATA


Assalamualaikum......
Hari ini aku terdetik untuk mengJoin segmen En. Ben Ashaari. Ni segmen terbaru untuk tahun baru. Kalu hangpa semua nak join boleh klik kat nama yang diberi yer!! Walaupun otak aku tengah berserabut nak kena buat terjemahan untuk esoknya. Aku gagahkan jugak tangan ni nak masuk segmen ni. Tak banyak kena buat cuma kata alu-aluan jer. 

Mula-mula aku nak ucapkan selamat datang kepada anda-anda semua ke belog aku yang penuh bersawang sebab aku belum bayar gaji pekerja aku nak cuci belog aku ni. Hangpa boleh panggil aku Syahir... Eh eh eh tak tak tak yer. Boleh panggil aku SYUKRI @ KRI @ SYUK (tak suka panggilan ni). Umoq aku masih remaja dan sangat COMEL ok. Dah lama mengembara dalam dunia belog ni sejak tahun 2008 tapi tahun 2010 baru kembali aktif. 

Belog aku ni lebih kepada personal life aku. Apa aku INTIP, MENGENDAP, TEROPONG, PANDANG semua tercatat dalam belog bersawang ni. Terpulang kepada hangpa semua sama ada suka atau tak dengan apa yang aku tulis dan aku tak pernah paksa siapa-siapa untuk membaca belog ni. Apa-apa pon aku hanya insan biasa yang ingin mencari kepuasan sendiri dan melihat persekitaran melalui perspektif dan pandangan aku. Tak berkaitan dengan siapa-siapa pon OK!! Sekali lagi aku ucap selamat datang dan harap anda semua terima aku seadanya. We are not perfect!! But we can make it different...