Jumaat, 11 Mei 2012

Tak perlu tunjuk sangat..

Assalamualaikum..

Aku tengah berserabut sekarang. Segala bagai kerja perlu aku setelkan. Sekarang aku nak luahkan dalam belog tercinton aku nih..

Alkisahnya aku kadang-kadang terbuka la jugak fb a.k.a muka buku biru yang menjadi kesukaan sekelian makhluk muka bumi ni buat masa ni. 

Aku lihat, aku pandang, aku baca dan akhirnya aku menyampah. Damnn tetiba emosional disini. Ya aku tahu tu FB masing-masing tapi kalau setakat post benda macam tu tak payah la. macam riak ja aku nampak.

Tahu la hangpa leh masuk Universiti. tapi tak perlu nak bagitau sekelian alam hangpa tu leh masuk Universiti. Tahu la hangpa tu bijak pandai tapi tak perlulah bagitau sekelian alam bagitau pasai segala kajian hangpa tu.

Post ni juga harap terpalit jugak kat diri agar insap jangan terlalu riak dan bongkak. Tak semestinya kita masuk Universiti masa depan tu terpampang cerah. In the end hangpa kena pandai jual diri *bukan bermaksud jual body ke apa* tapi jual diri dari segi kecerdikan, kematangan, kepimpinan dan kesungguhan dalam bekerja.

Aku tahu aku tak sepandai hangpa hangpa tu. Ya la tahu la hangpa berusaha tiga tahun nak menggulung ijazah tapi bayangkan lah kalau kawan-kawan kita yang tak ada degree terbaca..apa perasaan mereka?Tapi rezeki ni Allah yang berikan cuma kita sendiri kena kuat berusaha dan sentiasa dekat dengan Allah. Itu yang penting sebenarnya.

Moral of stories. Nak post apa-apa pon biarlah sesuatu yang membawa kepada arah kebaikan. Tapi tak perlu tunjuk-tunjuk sangat keriakkan anda semua tu.  

2 ulasan:

نورعيم berkata...

betul tu, kalau kita tak ikhlas buat tu langsung tak dapat apa2.

syukrihasshan berkata...

ya betoi..