Assalamualaikum.
Lama gila aku tak hupdate belog. Bulan 4 catat rekod tak ada langsung entry. Menunjukkan aku teramat sibuk la kot. Hahahahhaa. Tapi memang sibuk pon sebenarnya.
pejam celik pejam celik ada lagi 2 bulan sebelum aku menamatkan perjuangan aku di pulau pinang ni. Sudah hampir 2 tahun aku berada di sini. Sekelip mata dah hampir tamat.
Selepas ini, kemana arah tuju aku? tak dapat dipastikan lagi kerana masih belum mendapat jawapan. susah benar menunggu jawapan. mungkin kekal di pulau pinang atau kembali berhijrah ke suatu tempat yang baru.
tak siapa pon tahu lagi masa depan macam mana.
aku dah cuba mencorak perjalanan tapi jawapan masih tak dapat, jadi jalan aku masih tersekat dan masih belum dapat disambung. Kena tunggu lagi la jawabnya.
Bila dah dapat jawapan aku akan beritahu kemana arah tuju aku selepas pulau pinang. apa yang penting perjalanan kali ini mencari sesuatu yang berbeza setelah 5 tahun menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar.
3 tahun di Kuala Lumpur dan 2 tahun di Pulau Pinang, satu tempat yang berbeza dan ada tarikan yang tersendiri. Pelbagai pengalaman aku pelajari hampir 5 tahun berkelana.
Sebahagian ekspedisi yang aku ikuti semasa di Pulau Pinang. Merata jugak aku berjalan sebenarnya. ahahahahah. Aku nak cakap satu ja. Jika ada kemahuan disitu ada jalannya.
Jangan cepat mengalah sebaliknya kita kena berusaha dengan lebih gigih untuk mencari kejayaan. Sekarang aku sedang mencari hala tuju masa depan aku pulak dengan membawa bekalan 5 tahun pengalaman dan cabaran yang telah aku tempuhi selama ini.
Doakan aku mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mungkin selepas ini dunia baru, alam baru, hidup baru bakal menyusul. Zaman berkeluarga akan muncul. Cuma lambat dan cepat sahaja. Diharapkan cik puan simpang 4 sabar menunggu la. Kena mencari duit sekarang untuk kumpul-kumpul.
Cukup sekadar sini saja. Aku tak tahu nak tulis apa dah. aku tak suka heboh-heboh dan siapa yang kenal aku tu harap anda semua tegurlah aku jika ada buat salah dan silap. cukuplah sekadar hangpa semua tau aku masih belajar. tahap mana tu biarlah rahsia. yang tahu tu buat-buat tak tahu. simpan dalam hati sudah..
1 ulasan:
hebakkkkk...jln merata nooooo....
Catat Ulasan