Selamat pagi. Jemput sarapan dengan aku. Antara menu-menu menarik ialah roti kering cap munchy serta ayaq teh o panas. Stok milo dah habis dekat sebulan tapi aku tak sempat nak beli! *alasan tak leh pakai sebab kadang-kadang pergi tesco*
Pada pagi yang indah lagi ceria sambil dihidangkan dengan terik matahari di kala pagi amat menyamankan bilik aku yang sentiasa berserabut. Dengan memandang diluar jendela dapat aku lihat segerombolan manusia berduyun-duyun bergerak pergi kerja. Oh betapa indahnya dunia nih. macam cilake jer ayat aku ni!hahahaah
OK.stop kat sini. aku nak cerita benda lain sebenarnya. Cuba tengok tajuk aku kat ataih nu. Apa kejadahnya punya tajuk. Langsung orang tak faham weh. Pedulik apa aku. Janji aku dapat sampaikan ceritanya yang aku masih belum mulakan lagi. Tertunggu-tunggu ka? sat sat bagi aku merepek sikit lagi. Kejap lagi aku bagitau la kat hangpa apa aku nak cakap.
Ok Ok, aku nak bagitau nih. Apa yang aku study sekarang nih! itu jer la sebenarnya. Sebenarnya aku pon tak pernah terfikir pon kearah jurusan aku nih. Entah macam mana boleh terjerumus dalam kancah dunia ini. bermula di Universiti Malaya aku pilih. Masa tu aku punya jurusan dipanggil sebagai Pengajian Perbandaran dan Perancangan.
Ini punya jurusan aku nak cakap betoi-betoi buat sakit otak ja. Aku dah malas nak mengadap buku-buku macam undang-undang nih. Hangpa faham-faham lah ayat undang-undang macam mana. Berbelit-belit sampai nak terkepak lidah aku nak baca. Tak faham tu semestinya lah kan. Maka alkisah aku bermula di sana selama 3 tahun der tuntut ilmu.
Akhirnya aku amik keputusan datang USM pulak! Kali ni baru mencabar der. Aku bagitau awai-awai la. Sapa nak amik bidang Perancang Bandar ni kena tahan sikit. Sebab bila hangpa mula jejak kaki dalam studio maka bermulalah. Disitu, disinilah, pada saat itu lah betapa indahnya hidup kerana lambakan kerja yang tak terhingga sampai hidup menjadi sangat terurus! Tidur semestinya 1 jam sehari. tengok pelan hari-hari. Membaca hari-hari. Berfikir setiap hari haaa. kalau nak cadangkan sesuatu tu. Backup mau power weh. kalau tak hang kena smash la..
Betapa penuh pancarobanya untuk menjadi seorang perancang bandar. Inilah pro pe syen aku sekarang yang tak pernah aku terlintas dalam buku hati aku nak menjadinya. Apa jadahnya perancang. Semua orang boleh merancang. Merancang anak tu. Kira sebagai perancang gak tu!hahahahhahaha.. Maka baru aku tahu apa itu nikmatnya kawin dalam kos aku nih! sepanjang masa tak leh tinggal bini aku a.k.a STUDIO tercinta!
Aku ni pulak buta huruf sikit bab-bab software. Gila ke hapa kena tahu berapa jenis software hardcore nu. Aku pon tak faham fungsi-fungsi dia sangat tapi buat macam der. Kena jugak belajar der. Zaman la kemahiran tu penting weh. Tak da kemahiran sapa la nak amik kita bekerja. Maka aku pon belajar dan boleh sikit-sikit faham nak guna. Basic ja tahu. Masuk dalam, hancur la aku!hahahahah
Contoh benda aku kena buat!
Ingat mudah ka? Semua benda kena tahu. Sebagai contoh, jalan yang hangpa duk guna tu. Bidang ni jugak kena pikior macam mana nak buat jalan yang paling mudah, efisien, tak sesak, dan lancar sepanjangnya. Tu baru sikit. Banyak lagi kena pikir weh. Alam sekitar, Sosial, Ekonomi, Tanah, dan segalanya di permukaan bumi yang ada tanah semua melibatkan bidang aku nih. Sungguh, bidang landscape pon kena tahu. Warghhhh leh gila ooo.
Sekian.itu jer la cerita aku dalam bab mengaji tak ketahuan hala sekarang nih. So kalau hangpa semua bijak boleh la tahu apa level aku sekarang. Aku tak nak bagitahu tapi harap hangpa fahamlah! aku tak cerita secara detail tapi pandai-pandai la hangpa pikir dan teka..hahahahhaa.
1 ulasan:
apa kata wat jalan kat penang.. tension asyik2 honnnnnn memanjang.. kL yg besar tu pun masih sopan lagi. huhuhu
Catat Ulasan