Sabtu, 29 Oktober 2011

Apa tajuk woi....

Assalamualaikum.

Seperti biasa, hidup aku sentiasa dengan berfaceboooking jer. Muka paling tak senonoh ditambah jerawat-jerawat kematu yang selalu menjadi peneman aku dikala kesepian. Jadahnya aku menulis macam cilake ni? 

Sambung cerita. Sedang sibuk membuat kerja sekolah yang bertimbun dengan buku-buku 20 bijik tersusun rapi sebelah laptop aku ni. *tipu jer lebih nih*. aku tertarik dengan satu komen yang tiba-tiba muncul dari mana. Si Cool, kawan aku bagi komen dalam FB aku. kantoi lah gini study FB ja nih! Ok. Sambung citer, aku pon dengan penuh perasaan membaca komen dia. 

Dia tulis macam ni *Oi, tak reti-reti nak balik ka?cuti panjang duk penang lama2 buat?balik la, tengok mak hang ni.sibuk jadi otai penang ka?* begitulah tulisannya kalau tak silap aku. Aku dah lupa sebenarnya apa dia tulis tapi macam tulah bentuk ayat dia. 

Huhh, menggunakan mak aku untuk pujuk aku balik kampung latewww, aku buat derk jer dengan komen tu. hahahahah. itu jer lah aku nak citer sebenarnya... Nampak sangat depa merindui aku latewww.. Eleh, padahal nak aku main DOTA.. baik aku duk Penang. Study lagi bagus.

Tesis sedang menunggu aku. Aku sekarang bukan nak cakap la, tapi semangat tu semakin tinggi yang amat tapi pemalas piang!*maksud sangat malas la* Biasalah, cita-cita tinggi tapi usaha rendah..puihhhhh, sampai bila tak berjaya woiiii...

Kesimpulan, guwa nak cakap, eehhh, aku nak cakap. Jangan membazir masa tak ketahuan, usaha kena lah tinggi. Kesimpulan boleh rujuk aku sendiri la..hahahahah.. Mesti ada yang tak faham ending cerita nih.. lantak kat hangpa la..ada aku kisah?haahhaha

3 ulasan:

eton berkata...

????

Umie Artoqiemie berkata...

Jangan main dota je hui..

eton berkata...

sy budak seni duk kat ik.. minggu lepas baru nampak awk mkn kat ik.. :)