Ketabahan ruzana berusaha memajukan perniagaannya menjadikan dirinya amat disegani oleh penduduk sekitar.malah dirinya juga dijadikan sebagai ibu contoh di kawasan itu. Anak2 adalah penguat hidup, demi anak2 tercinta,ruzana bertungkus lumus dalam menjalankan perniagaannya bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Ruzana bertekad unuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Tambahan pula,dia memiliki anak2 yang menyerikan lagi kehidupannya seharian..semua yang dilakukan demi anak2 tercinta, merekalah penguat bagi dirinya untuk terus maju kehadapan.
Mengimbau kembali saat ketika suaminya masih disisi..ruzana menangis sendiri,mengenangkan dirinya yang terpaksa memikul tanggungjawab sbg ibu dan juga bapa bagi kedua permata hatinya. Walaupun ketika waktu itu anak2nya mungkin tak lagi mengerti, Ruzana tetap menjelaskan situasi yang berlaku sedaya upaya dengan harapan anak2nya akan faham suatu hari nanti.
Sejak itu, ruzana berazam untuk tidak lagi berputus asa dalam hidup dan terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Malah berjanji dalam diri untuk membesarkan anak2nya dgn penuuh kasih sayang dan cuba menyediakan segala keperluan mereka sedaya-upaya. Bagi ruzana anak2 merupakan semangat bagi dirinya untuk menepis segala cabaran yang dilalui tanpa seorg suami di sisi.
Hari ini merupakan hari pertama angah memasuki alam persekolahan, seperti kanak2 lain, semestinya Angah meminta agar ruzana menghantar dan menemaninya ke sekolah. “Ibu, boleh tak kalau angah tak nak masuk sekolah? angah nak tinggal di rumah saja, angah boleh jaga ibu, tolong ibu kat rumah, kalau angah pergi sekolah..siapa yang nak bantu ibu?’’..mendengar celoteh anak bongsunya itu, ruzana tersenyum sendri.. “angah, anak ibu mesti ke sekolah, belajar rajin2..angah nak jadi pandai kan?..kalau tak pergi sekolah, macam mana nak jadi pandai…macam mana nak jaga ibu bila ibu dah tua nanti?…” mendengar kata2 ibunya itu, angah mengangguk-angguk tanda mengerti.. “entah angah ni! cakap nak jadi doctor lah, pilot lah, tapi malas nak ke sekolah!..macam mana nak jadi suma tu?!’’ celah along sambil mencubit pipi adik bongsunya itu..angah hanya mencebik “alah! Along pon sama, hari2 ibu kena kejutkan Along pergi sekolah, along pon malas juga nak ke sekolah”... ruzana hanya tersenyum melihat kelakuan anak2nya..along merupakan putera sulung Ruzana, walaupun umurnya baru menjangkau 12 tahun, namun pemikiran dan perlakuannya amat berbeza berbanding teman2 sebanya..mungkin sudah biasa hidup berdikari, mengajar dirinya supaya lebih matang. Namun kelakuannya itu kadang2 menimbulkan pertelingkahan antara dua beradik ini..Ruzana sebagai ibu dan bapa bagi kedua2 putera kesayangan sedaya upaya mendidik dan memberikan yg terbaik untuk anak2nya itu.
Kesungguhan ruzana memajukan perniagaan dan membesarkan anak2nya menyebabkan dia sering mengabaikan kesihatannya..sejak akhir2 ni, dia sering mengalami sakit2 di bahagian belakang..malah kadang2 menyebabkan drinya sukar untuk melelapkAn mata untuk tidur..suatu malam, ruzana mengalami sakit belakang yang amat sangat..selepas menunaikan solat maghrib bersama anak2 nya, ruzana terus masuk kedalam bilik…tidak mahu membuatkan anak2nya risau dengan kesihatannya..ruzana merahsiakan tahap kesihatannya daripada pengetahuan anak2nya..mungkin terlalu letih,disebabkan itu ruzana sering mengalami sakit2 dibahagian belakang..ruzana megusap lembut belakangnya..tanpa disedari dia merasakan ada jari-jari kecil mengusap belakangnya. Bau minyak angin dapat dhidunya. Alangkah terkejut dan terharunya ruzana pabila melihat kedua anaknya yg sedang memegang botol minyak angin dan mengusap belakangnya sepertimana dia pernah melakukan kepada mereka sewaktu mereka sakit dulu. Sambil mengusap-usap lembut badan ibu mereka, anak2nya bertanya..”ibu, Kenapa ibu menangis??” ruzana terkedu, hiba rasanya mendengar kata2 itu keluar dari bibir anak bongsunya. Ruzana merasakan seperti titis2 air mengalir di pipinya..segera ditepis titis air mata itu,dgn harapan tidak dilihat oleh putera2 kesayangan nya itu ”..tiba2 along mencelah.. “Sabarlah ibu,ini kan ujian Tuhan.” Mendengar kata-kata dari bibir comel itu membuat ruzana terkedu dan terus memeluk kedua anaknya sambil menangis. Dirinya amat tidak menyangka anak2nya yang kecil itu seolah-olah memahami apa yg lalui olehnya.
Nak tahu 1st episode??sini nohhh... SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan