Isnin, 3 Oktober 2011

Entry Cari Penampar!

Assalamualaikum.

Halooooooo. Lama benar aku tak tulis dalam belog nih. Bukan tak mau tulis tapi masa tu tidak mengizinkan aku meluangkan masa bersama belog aku nih. Sibuk sikit dengan beberapa tugasan yang tak ketahuan hala. Terbelit lidah selama 2 minggu sambil air liuq mencurah-curah ke ladang gandum kerana speaking bahasa omputih dengan jayanya. 

Seperti dalam entry aku baru-baru ni aku ada tunjuk gambar-gambar geng Australia datang ke Pulau Pinang. So team work antara kami untuk menghasilkan satu projek berdasarkan Bandar Warisan Georgetown. Boleh dikatakan projek tu berjaya. Kot lah, entah lah. Bagi aku rasanya tempoh 2 minggu tu sangat padat dan singkat. bekerja keras jugak la nak siapkan segala benda!!

Tapi itulah pengalaman orang kata. Aku belajar dari pengalaman. Dari pengalaman terdahulu hingga sekarang berjaya membentuk aku seperti yang ada sekarang nih. Aku tak nak bermegah dan suka low profile. Sapa yang kenal aku tahulah perangai aku macam mana kan. Kalau ikutkan level aku sekarang nih. Ramai kot tak percaya dan tahu. Tapi tu semua berkat usaha dan kerja keras aku sendiri. 

Kegagalan aku semasa SPM dulu sememangnya satu musibah paling besar pernah aku lalui. Akibat kebodohan dan kelalaian aku sendiri menyebabkan aku malu dengan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Result yang tidak memberi sebarang makna. Kalau lihat, tiada peluang langsung untuk berjaya. Tapi aku masih diberi rezeki untuk menebus kegagalan tersebut dan aku sahut cabaran tersebut.

Terbukti, setelah aku berusaha. Usaha itu membuahkan hasil dan aku kini berdiri dengan kerja keras aku sendiri dan dengan bantuan dari rakan-rakan serta pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu. kalau nak dikirakan terlalu banyak ilmu yang aku dapat. 

Sekarang aku sedang berusaha untuk menyelesaikan pengajian aku yang berbaki 2 sem lagi. Sudah hampir 5 tahun aku belajar. Tak sangka la pulak. Tapi ok lah, ada pengalaman baru. Lihat kawan-kawan berjaya lagi membuatkan aku ingin terus berusaha. Bayangkan dalam seusia aku, dia berjaya beli Kereta Honda Accord!! Woihh, jeles weh. 5 tahun plak bayar tu. Cuba bayangkan sebulan berapa dia bayar?? kalau aku, tak mampu tapi dia boleh sebab dia berusaha dan bekerja keras.

Kalau siapa yang tengok aku termasuk NAMI! mungkin tak percaya apa yang sedang kami lakukan ni. Hahahahaha. Ramai jugak la family KBU yang terkejut kan. Tapi biarlah Family KBU ja tahu apa yang sedang kami lakukan sekarang. Yang pasti aku sedang menuntut ilmu. Apa yang aku harapkan anda semua tolong doakan aku berjaya!Termasuklah NAMI sekali.

Mereka yang telah berjaya!!!

Sekian dari aku. Entry panjang lebar la pulak! hahahahha.

P/S: Kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. Ilmu tak datang dengan sendirinya. Hanya diri sendiri mampu mengubah nasib kita! Tawakal dan berusaha...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

goodluck both of u ! berusaha ! ^^

Erin Azizan berkata...

syuk...gambatae!!!
aku pon kena usaha macam ag jugak, btw tenks for the entry betul2 naik sheikh, semangat aku baca.