Isnin, 24 Oktober 2011

Kelong Acheh Via Selatan

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis kat dalam belog nih. HOhohohohoh. Sibuk sejak dua menjak nih. Berjalan dan melancong untuk sekejap masa. Mencari ketenangan untuk menghilangkan stress pikir benda-benda teknikal nih. 

Jadi, lokasi yang dituju adalah Kelong Acheh yang terletak di Indonesia OK!!! haahahaha..mana ada..nama ja Kelong Acheh tapi terletak di Mersing, Johor. Naik bas selama 11 jam dari Penang ke Johor nuh. Kebas habis punggung weh.. Dah dua kali aku merasa trip macam nih. Hari tu masa 1st pergi Tioman. Tempat hampir dekat. Tak jauh mana sangat pon. 

Jom kita tengok gambar-gambar noh..








Inilah tempat yang aku duduk selama 3 hari 2 malam. Aktiviti kat sini hanya memancing sahaja + BBQ pon boleh tapi yang bestnya makan 5 kali sehari. Makan pulak sedap gila.Mewah weh makan. Boleh gemuk aku nanti kalau sebulan duk sini. Gambar makanan aku tak ambil sebab pakai kamera tipon murah ja. Nanti aku ambil gambar dari kawan aku. aku tunjuk apa yang kami makan di sana. 

Tempat ni macam chalet biasa ja. Tidur di atas Pelantar di tengah-tengah laut. Pusing-pusing atas pelantar tu ja lah. Boleh dikatakan seronok  juga lah. Nak mandi pantai pon boleh tapi kena minta kat owner tu tolong hantar kat pantai berdekatan. Boleh ja. Tak da hal. Harga aku tak pasti sebab kami pergi dengan pakej pelajar. So murah sedikit la. 

Apa-apa pon, sangat seronok. Tempat untuk beriadah dan merehatkan minda. Serabut dengan kerja teknikal dan tesis yang menunggu membuatkan hidup tak tentu arah. Hahahaha. Rasa macam terlalu muda ambil level nih.. Peluang datang sekali. Rebut ja lah.. 

Sekian. lama benar tak update.

6 ulasan:

fi berkata...

cer citer harga kos kat kelong tu brapa?? mcm teruja nk g

Ana Syanaz berkata...

berapa bro pakej studentnya macam cool gila g tenangkan dri tempat camni hehe

syukrihasshan berkata...

pakej student RM230.00 utk 3H 2M yg km dpt utk seorang..sekali dengan makan semua termasuk kos naik bot ke situ.. kos pengangkutan lain tak termasuk sebab guna bas U kan.Free jer lah..hahahaha

eZmALiZa berkata...

hahaha..malas nak bace..pjg nohhh..jujur x? ahhaha

anyway, gambar semua cantik2..tang tu suke laaa... :P

Erin Azizan berkata...

syuk walaupon ag cuba berposing macho dgn seluaq hijau ag tuh..NAMI jugak tetap paling comey yg aku nmpak *lalaa

Tanpa Nama berkata...

haaaa.. kalau bab tulis bloger ni rajin.. kalau suruh tulis thesis MALAS nak mampos tak ade idea la ape laa... puuiih.. :P