Jumaat, 29 Jun 2012

Finish Already...

Akhirnya

Setelah 2 tahun di Pulau Pinang mengadap pulau yang pesat membangun di sebelah utara ni. Misi aku sudah tercapai dengan jayanya.

Berakhirnya perjuangan aku di Pulau Pinang dan perkara baru akan ditempuhi pada minggu hadapan bermula 2/7 ini. Selama 10 minggu mencari pengalaman baru pulak. harap-harap dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah InsyaAllah...

Jadi, diharapkan keputusan yang akan keluar nanti memberansangkan dan mencapai satu lagi tahap yang membuka ruang dan peluang yang lebih baik. Seperti kata NAMI, aku dah berjaya tempah "PODIUM". Hebat la boleh tempah "PODIUM". aku tempah "STAGE" ja.. Dia belasah "PODIUM" teruih.. Cemerlang gayanya..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Kepada ahli keluarga yang berkorban masa dan duit ringgit dan memberi sokongan tanpa henti. Berkat doa dan memberi semangat serta sokongan kepada aku telah membawa hasilnya. Terima kasih jugak kepada cik puan "SINGA" kononnya sweet kiut miut yang sentiasa menyapot dan sokong tanpa penat lelah.kehkehkeh..

Kepada mereka yang banyak memberi ilmu dan nasihat serta dorongan. Terima kasih diucapkan dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mencipta satu lagi sejarah baru. Alhamdulillah berkat usaha dan pengorbanan serta penat lelah akhirnya berjaya juga menamatkan satu lagi perjalanan yang sudah tiba penghujungnya.

Jadi, kita tunggu pada bulan 9 pulak. InsyaAllah diharapkan semua perkara tersebut berlaku dengan izin Allah S.W.T.

P/S: Tidak pernah terlintas semua ini akan berlaku dalam hidup aku. Setiap kegagalan, halangan dan dugaan membuka ruang ke arah kejayaan yang lebih baik. Jangan Putus Asa...

5 ulasan:

Mek Onie berkata...

cik puan SINGA, ekekekeke...mesti garang dengan ang kan sipoot :P

Cik Puan iLa berkata...

Misi apa yg dh berjaya tu? Taknak kongsi?

Zai Zamree berkata...

slmt menempuh step yg seterusnya... :)

syukrihasshan berkata...

onie: berani dia garang..dah kunci dlm "sangkaq" dah..hehehehe..

Cik Ila: errrr..misi tamat bljr ja..hahahaha..

Kak Zai: ya.tima kasih..

Mek Onie berkata...

amboiiiii,kunci2 lakkkk,hehe