Rabu, 13 Jun 2012

Hampir

Assalamualaikum.

Sudah la aku tak update belog ni.Hari ini terasa nak tulis-tulis sikit. Tapi nak tulis apa pon tak tau. Hmmmm. Nak kata orang kenal belog ni pon tak pasti.. Tak sefemes geng-geng yang duk UP diri tu. DIGI sana DIGI sini. hahahahaha.

Abaikan DIGI tu, sekarang kita ke tempat lain. Nak cerita apa pon tak tau. Modal tak ada lah. haih... Nak cerita pasal diri pon entah apa-apa ja lagi.

Memandang aku masih belum bekerja kerana sedang mencari ilmu. Nak enjoy pon tak boleh sangat. Jimat  cermat sebab family bukan orang kaya raya. InsyaAllah bulan depan mengorak langkah ke arah jalan baru.


Bulan depan jugak umur aku akan bertambah. Haihh.. Rasa makin muda la pulak. kekehkehkeh.. Tiba masa untuk aku mencari benda baru, pengalaman baru, hidup penuh cabaran dan dugaan akan ditempuhi nanti. 

Alam bekerja dengan alam belajar lain. tak sama situasinya. Jadi, sapa-sapa nak sponsor aku sambung belajar dipersilakan. Kot la nak bagi biasiswa leh la aku sambung PhD pulak. Ehhhh.. Niat perlu ada tapi master pon tak ada lagi. celah mana nak lompat PhD nih! satu-satu lah kena buat..slow-slow..

Orang tua-tua selalu pesan, hidup perlu ada matlamat, cita-cita sebagai panduan untuk terus mencapai impian. Anggap ja cita-cita dan impian satu penggorak langkah ke hidup baru.

2 ulasan:

juicy X berkata...

auwwww abg master~

Zai Zamree berkata...

moga cita2 anda berjaya...