Selasa, 19 Jun 2012

5 Tahun

Setelah 5 tahun. Ya 5 tahun terseksa jiwa raga tanpa henti-henti. Apa yang 5 tahun ni? Kalau nak tahu hangpa semua kena baca entry-entry aku yang lama nuhhhh. Baru lah nampak jalan ceritanya.

Jadi aku nak meringkaskan cerita sahaja. Tadi pagi baru selesai satu lagi bab kehidupan aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran. 3 tahun di suatu bandaraya kota idaman manusia. 2 tahun di satu pulau penuh sesak dengan manusia.

Tapi masih belum selesai satu lagi bab. Minggu depan perlu berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu yang amat tinggi. Jadi tugas aku adalah perlu persiapkan diri untuk kena hentam selepas nih. Hahahahhaha.

Diharapkan dengan selesainya tugas terakhir tersebut maka satu lagi tahap dapat aku capai. InsyaAllah moga Allah S.W.T mempermudahkan urusan aku. Masih menanti dengan penuh debaran sebenarnya nih.

Selepas ni aku akan menjejak kaki di dalam arena lain pulak. Tiba masa aku mula mencari kerja selepas ni. harap-harap semua baik saja dan dipermudahkan setiap urusan aku. 


Adakah seperti benda diatas ni akan dialami oleh aku. Semestilah nama pon kerja mana ada benda senang nak dapat duit. Jadi kerja itu penting untuk mencari nafkah dan sumber kewangan untuk kehidupan terus menerus ni.

Masih banyak benda yang aku perlu belajar sebenarnya. Tak semua kita mampu laksanakan dan tak semua kita tahu. InsyaAllah aku akan tetap berbelog mengikut keadaan dan masa yang mengizinkan. Kalau tulis pon bukan ada orang yang baca sangat pon. Tulis pon tak ada info penting. 

Tak apa. mungkin bukan sekarang aku mampu memberikan sesuatu. Mungkin suatu hari nanti aku mampu berikan sesuatu. Semoga hari tersebut akan muncul.

Sekian. leteran aku yang malas update belog sejak dua menjak nih..

3 ulasan:

Zai Zamree berkata...

Moga semua dipermudahkan...Amin

eton berkata...

good luck cari kerja.. huhuhu.. ni pun tgh cari2 kerja kosong sementara nak grad..

syukrihasshan berkata...

tima kasih....