Assalamualaikum...
Fuhhhh, syahdu rasanya setelah perut guwa disumbat segala mak nenek makanan. Berbaloi-baloi guwa ikut kawan sekelas guwa pergi makan tadi. Sebab dia belanja guwa pon senyum lebar lah. Kalau makan biasa-biasa tak la beb, tapi ini tempat guwa pon tak berapa mampu nak makan. Duk berguwa-guwa pulak aku sekarang nih. Setel kelas pagi tadi kawan guwa ajak la guwa pergi makan kat korea selatan. Guwa apa lagi. ikut jer la.. orang nak belanja.
Kalau tengok tempat aku makan ni. Hummmm, aku pon pikir berpuluh kali jugak nak makan. Entah 1 tahun sekali ja kot makan. Mungkin 3 tahun sekali pon boleh jugak. Hahahahahha. Disebabkan Harimau Muda menang EMAS!! Kami pon pergi raikan. Sebenarnya tak da kaitan pon. Hahahhaha, saja nak pergi lepak-lepak untuk hilangkan tekanan jiwa dan perasaan terhadap studio tercinta serta tesis yang menunggu bab-bab seterusnya yang perlu dihantar.
Jom layan gambar-gambar guwa dibawah dengan melihat muka-muka yang sedang kelaparan tahap gaban. Champion makan paling banyak dapat kat wanita beb. aku pon tak mampu nak makan dah. Perut apa la kawan aku sorang tu.
Hohohoho. Orang belanja jangan tolak. Gila banyak aku makan. Sumbat bermacam benda.Hahahahaha, bayar mahai-mahai kena la merasa semuanya.Hahahahhaha..
Perut pon dah kenyang. Mata pon dah layu. Apa lagi, panggilan katil tercinta memanggil dengan ghairahnya. Aku dah penat, kenyang, keras perut, dan segala bagai aku terasa dalam perut nih. So tido merupakan aktiviti paling efisien sekali untuk menamatkan perjalanan hari ni.hahahahha
3 ulasan:
bab makan serah kat hang,,,
terbaik dari ladang punya perut...
keh3...
secret garden kan.. waaa.. sedapnya...
GKSB: hahahhaa..tapi xleh lawan hg lagi..
Eton: seoul garden..bkn secret garden..hohohoho
Catat Ulasan