Assalamualaikum
Selamat malam!! Wahhhh, kenyang perut aku hari ni tanpa mengeluarkan duit kerana aku pergi trip hari ni ke Bertam Properties dan Rumah pensyarah aku. Pakat jamu makanan saja hari ni.
Mata pon dah layu sebenarnya nih. Kenyang dari petang tadi tak habis-habis lagi. Tapi aku gagahkan mata aku untuk dibuka secara meluas demi menulis di belog tercinta "cinta la sangat"... sebab dah cinta benda lain kot..hahah..
Tajuk aku tulis english tapi aku tulis dalam bahasa melayu. Lantak lah, belog aku suka hati aku lah nak tulis tajuk dalam bahasa apa pon. Berbalik kepada cerita Alone nih. Aku pernah alami benda. Bahkan sekarang pon aku tengah alami.
Duk dalam bilik tanpa roomate. Ada orang nak duk sorang-sorang, ada yang nak kawan atau roomate dalam bilik. Kes aku lain sikit, sebab bilik aku patut ada roomate tapi tak ada orang pon masuk dalam bilik aku nih. Privasi aku lebih sikit la dalam bab nih. Hhahahahahah.
Dulu di Kuala Lumpur aku ramai roomate sebab duk satu rumah jadilah housemate. Hahahhaha, so ramai lah kan. Sejak berpindah ke Penang nih, sorang-sorang ja. Sedih benor yob. Dulu masa 1st sem aku kat Penang ni, perghhh aku boleh buat gila pergi tengok wayang sorang-sorang.
Makan sorang, pergi kedai sorang, pergi jalan-jalan sorang dan segala aku buat sorang-sorang dulu. Maklumlah tempat baru, belum jumpa geng sekepala lagi.. Tapi kini tak da la keluar sorang-sorang dah cuma duk dalam bilik ja masih sorang sebab tak da tanda-tanda akan dapat roomate pon. Haduihhhh..
Sudah jumpa geng sekepala dan segila aku nih dan jumpa penyeri hidup aku. Syukurlah dengan segala kurniaan dan dugaan yang aku terima. Walau apa pun hidup mesti diteruskan.
Berada dalam tahap terakhir penghabisan pengajian. Semoga semuanya berjalan lancar dan memudahkan aku. Hohoohoho..ingin tahap yang lebih tinggi tapi fikir-fikir balik hutang pon makin banyak. Cari duit bayar hutang dululah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan