Lets Race
Rabu, 28 September 2011
Selasa, 27 September 2011
2 weeks with them...
Assalamualaikum.
Tajuk gempak kot. English tu, wahh terasa seperti duk negara omputih nih. Hikhik. Woit, baru tulis tajuk dalam bahasa english pon dah nak kembang merata tempat. Saja nak tulih lagu tu. Boleh kan? Nak cerita pasai pa tak tau. Humm..
It's have been 3 weeks in USM. So for the studio this sem, we gets student from UNISA from Australia. Our task mix with them and doing collaboration in some particular research. So each team need to focus about something that they want to studies. Sudah, ini lah ayat bahasa inggeris aku. Berterabur ja nih. hahahhaha..
Pertama kali jumpa di Georgetown, Pulau Pinang. Sedikit taklimat dan berjalan kaki sekitar bandar untuk melihat keunikan dan ciri-ciri bandar warisan di Georgetown nih. Ini pertama kali aku berjalan kaki dalam bandar ni. Selama ni guna motor ja kalau nak datang sini. hahahahahaha..
Interesting place to visit. Gain experience and knowledge about historical at Georgetown. Kalau tak datang sendiri dan lihat kita takkan tahu sejarah kawasan ni. bagaimana ianya berkembang dan budaya masyarakat di sini yang unik menjadikan ianya menjadi satu tarikan kepada pelancong. It was awesome day to travel with UNISA student. Aku pon terpegun, pertama kali. buat malu ja. Duk dekat setahun tapi tak tahu sangat pasal Georgetown nihh.. Haahaha.
So this is our team 5 members including me. Aku dapat kawan baru. Hikhikhik. Mereka ni sangat baik. Sekarang tengah bertungkus lumus nak siapkan projek. Jumaat ni akan buat presentation di World Heritage Georgetown.
Setakat ni saja dulu. Nanti aku upload lah gambaq kami berusaha untuk menyiapkan segala kerja dan penat lelah melaksanakan kajian kat Georgetown tu. Macam-macam ragam berlaku. Tapi anggap ni sebagai cabaran dalam mencari ilmu. Hidup mau enjoy jugak. What is important we are gain something that interesting. Full of knowledge.
Jumaat, 16 September 2011
Rabu, 14 September 2011
Very Important....
Assalamualaikum
Haloooooooooo, mail lambung nak cakap sikit. Walaupun awak ganas macam SINGA,BERUANG,HARIMAU dan Segalanya tentang binatang BUAS tapi awak punyai hati LEMBUT macam GULA KAPAS yang ingin aku gigit! hakhakhak.
Sangat penting ohhh bagi aku untuk orang nih!!hahahahahaha... Errrrr, sedang melayan kuih raya yang masih tak habis-habis lagi.
Pemberian dari SINGA tersebut. Terima kasih banyak wokeh. Jangan terjun dalam KEPALA PARIT lak!! hahahahaha.. 1st time merasa SINGA ni buat. LULUS!! hohohohoho. Tak GAGAL noh.
P/S: Sudah lulus..lega ehhhh.. Milo Kaw satu!!!
Selasa, 13 September 2011
Perjuangan start dari sekarang.........
Assalamualaikum..
Halo halo. Aku muncul semula dimalam hari. Nak buat ayaq milo tapi malas pulak. Hohohohoh. Hari ni agak terkejut sikit sebab selepas aku pulang dari kelas, tiba-tiba aku cuba buka pintu bilik aku tak berkunci. Heran bin Pelik. Aku keluar kunci lahhh.
Ini yang membuatkan hati aku suspens gila. habislah barang-barang aku kena curi. Sebab tak kunci bilik kan! Tapi benda lain yang jadi. Yeayyyy, aku dapat roomate lah! Damnnn.. Buat aku terkejut ja tadi. Spoilll kan mood aku jah. Hohohoh..
Made in Indonesia roomate aku nih. Datang sekejap jer nih. 28 nih dah balik. Short travel sungguh lah. Dia just datang nak hantar report Tesis ja. Aku nih, tesis pon tak berjalan lagi. Terketar lutut dah nih. Hahahahhaha. Rilek, undercover semua dah. Dalam proses penilaian tajuk terbaik dahulu. Mencari satu lagi idea baru untuk diketengahkan. hohohohoh...
Sekarang aku tak da la bosan sangat dalam bilik nih. Asyik bercakap sorang-sorang jah selama satu tahun. Confom orang cop aku GILA...hahahahahha.. Tapi tak gila ok.masih sihat selalu..
Dah la. Aku lapaq.. Nak cari makanan. Hangpa nak belanja pon ok gak. Humm. nak tulis pa lagi noh.. Tak ada idea dah ni. Haish.. nanti la aku update benda-benda yang lebih bermanfaat dan boleh dikongsi bersama nohh...
Isnin, 12 September 2011
Adat dan Agama..
Assalamualaikum...
Haloooo. ada sapa-sapa tak? Aku hari sangat murah hati ingin belanja hangpa semua minum ayaq milo. Mau dak? Tak teringin ka nak merasa ayaq buatan tangan aku nih?? Sedap wohh.. hekhekhek..
Malam ni aku saja nk berbincang pasal satu benda yang selalu menghantui kaum-kaum melayu. Apa lagi kalau bukan ADAT. tapi AGAMA pulak macam mana? Persoalan aku satu ja? Mana lebih penting? ADAT atau AGAMA?? Kita sebagai orang MELAYU sah-sah la dah ISLAM kan. Kebanyakkan di Malaysia orang MELAYU semuanya adalah ISLAM. Tempat lain aku tak tahu la..
Kalau kita lihat, pengaruh ADAT sudah mula sejak zaman dulu kala lagi. Kini aku lihat ADAT lebih ditekankan dalam upacara kahwin, bertunang, merisik, bercukur, bersunat, bertindik dan macam-macam lagi. Paling ketara kita senang nampak ialah KAHWIN.
Sekarang timbul pelbagai cerita mengenai ADAT kahwin ni. Hantaran mahal, Kenduri nak grand-grand kalahkan prince William dengan Kate nuh. Macam-macam lah kita dengar kan. Terfikirkah kita, kenapa semua ini berlaku?? Hantaran ditetapkan dengan status pelajaran dan macam-macam lagi lah.
Pening ohh pening dengan masalah dunia sekarang. Tekanan dan kos sara hidup makin meningkat. Ni pulak tentang belanja kawin. Satu persoalan yang perlu dirungkai secara mendalam. Kenapa, Mengapa, Apakah, Bagaimana semua ini berlaku?
P/S: Lambat lagi la gamaknya aku nak kawin yer..hahahahahhaha
Jumaat, 9 September 2011
Mencari-cari....
Assalamualaikum..
Selamat malam semua. Dah masuk hari yang ke 4 aku berada di Penang. Lama betoi tak menjejak kaki kat sini. Kini aku kena ada sini buat tempoh beberapa bulan sebelum cuti tiba kembali. Ada berapa lama lagi ya? Kira-kira 10 bulan aku perlu berada di Penang.
Setelah cuti 4 bulan di kampung halaman. Rasa perit woih nak datang Penang semula. Setiap hari aku berperang DOTA dengan kawan untuk isi masa kosong. Kat sini, tak ada geng DOTA. Dermm ahhh. Tak best woihhh.. Bosan Bosan!!
Bila dah muncul semula kat sini, mula aku mencari-cari. Cari apa? Cari mood lah. Apa lagi. Nak study. Dah rehat 4 bulan. Otak tak berfungsi. Sekarang nak kena asah balik la otak nih. Berkarat gila-gila. Walhal kat rumah dulu study la jugak sikit-sikit. Cari idea untuk tesis aku. Demm tak jugak jalan-jalan sebab pengaruh kawan-kawan. Kawan-kawan jugak disalahkan. Diri sendiri? Confom lah tak mengaku salah kan..
Tapi ada lah hasil. Cuma kurang sikit ja. Hahhahaha. Tak sebanyak mana pon tapi ada jugak hasil study aku sikit. Memahami apa yang patut aku fahami. Hahahahah. Aku nih tak la hebat mana pon. Hanya pelajar biasa ja. Tak secemerlang macam top student yang selalu keluar paper nuh. Mencanang satu dunia dapat 80 A straight to the point. Hekhekhek.
Dah la. Kang aku tulis lagi merepek-repek tak ketahuan hala. Nanti ada pulak mamat sentap terasa. Kononnya TAFF la sangatkan. Tapi hati sentap. baik tak payah lahhh. Ehhh, aku merepek dah nih.. Tak ada idea nak tulis macam ni lah gamaknya.
Apa-apa pon. Kita nak menuntut ilmu ni perlu ikhlas dan berusaha dengan bersungguh-sungguh. jadikan kejayaan orang lain sebagai pendorong dan pemberi semangat untuk kita berjaya jugak. bersederhana lebih baik kan. Jadilah pelajar yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara. Itu lebih baik. Golongan berilmuan ni dipandang tinggi oleh AGAMA. Jadi menuntut ilmu selagi boleh..
Peace you All...
P/S: Doakan aku berjaya menempuh cabaran dan dugaan pada sem ni. Ada setahun lagi perjuangan nih. maknannya 2 sem ja lagi tinggal. harap-harap ok lah. Support wehhhh....
Rabu, 7 September 2011
Selasa, 6 September 2011
Habis lahhh...
Assalamualaikum
Halo halo rakyat jelata sekalian. Pagi tadi aku dengan semangatnya bangun awal. Kemas-kemas bilik. Buat rajin pulak secara tiba-tiba sejak dua menjak ni. Padahal pemalas piang*! Hikhikhik. Upsss, terkantoi sifat sebenar aku nih.. Sory yer tersasul tulis...
Dengan muka penuh perasaan aku terus mengadap laptop hitam aku nih. Buka Facebook di pagi hari. Dengan penuh taksubnya aku tulis status " La La La La La".... Kononnya mood tengah seronok. Pastu muncul pengomen lah. kawan aku si renjong!! Damn tahu nak mengutuk aku jah dia nihhh... tak pa tak pa. Aku rilek jer, tiba-tiba sorang lagi komeng!! Kali ni ayat dia " gembira nampak" dermmmm.. punah aku.
Prof aku komeng wehhh.... mampuh laa... Minggu depan dah start ketemu mereka! haaa sudahh.
P/S: bersiap sedia la aku minggu depan!! La la la la la hew hew hew!!
Isnin, 5 September 2011
Aksi Terlampau..
Assalamualaikum
Alhamdulillah. Aku selamat tiba di Kota Cahaya Malam. Biasa lah, aku bab cilok mencilok ni memang tahap terer dah. Pro beb. Tapi kebosanan mula melanda hidup aku pada malam ni. Jadi aku pun update lah belog. Hahahahaha.
mau tengok aksi terlampau perayaan Raya tahun ni? Tidak digalakkan menjadi tontonan kanak-kanak di bawah umur 1 tahun ke bawah. Jangan tiru kerana ianya akan membahayakan anda kelak. Aksi ni hanya boleh dilakukan oleh pro-pro sahaja. Yang amateur tu slow-slow. jangan duk gelojoh no...
mai kita tengok
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Jangan tiru aksi ni OK!! Hanya sapa-sapa yang pro saja boleh buat. HOHOHOOHOH..
P/S: Beraya dengan penuh keriangan.. Makan jangan tak makan...
P/S: Beraya dengan penuh keriangan.. Makan jangan tak makan...
Ahad, 4 September 2011
Menghitung Hari!!!!
Assalamualaikum..
Perjuangan yang perlu disudahkan kembali muncul semula. Setelah 4 bulan berbulan madu dengan jayanya di kampung dengan menternak berguni-guni hasil lemak. Akhirnya aku akan kembali ke tempat yang jauh dari kampung halaman aku.
Biasalahh. Nak pergi OBERSEA. Memang macam nih. Bukan selalu boleh pergi sana. Hohohohoho. Nantikan kedatangan aku wahai abang kawasan sana. Aku akan jajah kawasan tersebut. Errrrr, jangan pancung aku sudah lahh. Hikhikhik.
Doakan perjalanan aku selamat tiba disana. Masih ada 1 tahun lagi yang perlu diperjuangkan. Adakah aku mampu? sama-sama kita saksikan video dibawah nihhhh...
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
Tak ada video lah. Aku main-main ja. Doakan aku berjaya mencapai impian yang tidak pernah aku jangkakan selama ni. Tak pernah terlintas dalam kamus hidup aku mencapai hingga tahap ni. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan apa yang aku lalui selama ni.
Semoga jalan yang aku pilih memberi sinar yang terang benderang sambil diterangi dengan lampu-lampu yang bergerlipan. Merepek tak ketahuan dah ni.
Apa-apa pon aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua rakan-rakan yang mengenali diri ini. Mohon maaf dipinta diatas tingkah laku, pergaulan, percakapan dan segala berkaitan dengan diri aku tanpa aku sedari atau sedari.
sekian.
Mr.Straw
p/s: Nak duet raya. aku lum kerja. masih layak terima?hehehehehhe
Langgan:
Catatan (Atom)