Jumaat, 29 Julai 2011

kerdil

Assalamualaikum.

Tiada yang lebih baik melainkan Allah S.W.T
Ingin mencari ilmu yang diredhaiNya.
Terlalu banyak kesilapan lampau.
Doakan yang terbaik untuk aku.

*mungkin belog akan dilupakan*

Sekian. 

Rabu, 27 Julai 2011

wordless wednesday #9

Assalamualaikum

Khamis, 21 Julai 2011

Macam-macam hal...

Assalamualaikum

Selamat petang. Penat lelah aku hari ni. Kejar sana sini untuk menyelesaikan urusan aku yang boleh dikatakan terpenting. Sangat penting ohh.. harap-harap lepas la. dah siap hantar pon tadi. Semua dah lengkap. 

Tapi ada jugak kejadian yang membuatkan aku letih. Ulang alik sebab tak tahu. Bagi arahan pon tak lengkap. mana la aku nak tahu. Al-kisahnya macam gini. Ikut flow dari pagi aku buat benda ni.

Pukul 6.45 pagi aku bangun sebab aku dah pesan kat cik kak suh gerak aku. Hahahaha. Yang pasti aku tak tahu apa cakap kat dia. Besalah. Tido nyenyak punya pasai.  Macam biasa sambung tido balik la.. Pukul 8.30 bangun siap-siap.

Pukul 9 pagi aku keluar rumah dengan bersemangatnya. Habis orang rumah sebelah kiri kanan depan belakang menunjukkan muka hairan. 1st time tengok aku keluar awal pagi. Buang tebiat kot mereka kata kat aku (dalam hati masing-masing kot).

Aku buat muka slumber jer. Terus hidupkan MOTO besaq aku (a.k.a legenda ja pon) Destinasi, rumah tok penghulu la. Dia kan RETISS. Suka sain-sain ni. Disebabkan aku peminat setia dia so aku pon tanpa segan silu nak minta dia sain la. Tapi bila sampai awal-awal lagi dah keluar ke pejabat. Haish. Sia-sia aku bangun awal tapi sain tak dapat jugak. Tapi dia tinggal no tipon. Apa lagi, aku pon coll lah. Jumpa dia tengahari nanti. Ada meeting katanya... sabar jer la...

Balik rumah pulak. Dengan penuh kehampaan! damn. Pastu rehat-rehat sat. Sarapan dulu sambil layan movie. Malas nak on9 sebenarnya. Pukul 11 aku keluar rumah sekali lagi. Destinasi pejabat hasil sebab aku nak matikan setem

Dialoq aku kat sana:

Aku: Abang, saya mai nak matikan setem hasil!
Orang Hasil: Adik bawak surat perjanjian dak?
Aku: Tak bawak abang. 
Orang Hasil: Adik balik dulu pergi amik surat perjanjian dulu.
Aku: Takkan kot. jauh abang oii. Dalam arahan depa tak suh bawak surat tu pon. Suh datang matikan setem ja.
Orang Hasil: Kami kena tengok dulu surat tu. Kejap lagi adik mai lain
Aku: terus blah (bebel sorang-sorang)

Dua kali kerja aku buat. Balik umah pulak. Dah la jarak dia 16KM! pegi balik dah 30KM. Maknanya aku dah bergerak 60KM hari ni saja. Dah la ada mamat kerek mana ntah berlagak nak mampuih tak bagi aku parking moto kat depan pejabat hasil tu. Bukan makan ruang 1KM pon sampai tak leh nak lalu keta bos dia. (Hareeemm betoi)

Pukul 12 sampai rumah terus pecut memecut mencecah 300km per/jam aku hari ni demi mempercepatkan urusan. Sampai ja pejabat hasil. Kejap jer pon. 2 minit dah siap tapi membazir masa 1 jam lebih ulang alik. Damn. (lain kali bagi arahan lengkap-lengkap la) mana la aku nak tahu kena bawak jugak surat tu. tak jelaskan pon. bagi tau matikan setem ja. Haish. Tapi tak pa. Penting ohh benda ni. Masa depan cerah ni..

Pukul 12.30 lepak dengan member aku minum-minum lepaskan tension sebab ulang alik untuk buat kerja 2 minit ja. Tok Penghulu pulak Call aku. nak jumpa nak sain katanya. Hahahahhaha. So berlaku adegan sain-sain tepi jalan raya ja. Setel kerja aku hari ni. 

Tepat pukul 2.30 tapi pergi pejabat pos! Hantar surat. Setel kerja. Yes akhirnya. Selesai jugak urusan aku hari ni. Lega seleganya. Hahahhahaha. 

Jadi aku dah penat hari ni. Saja nak membebel kat sini. Dah lama tak hupdate belog.Hohohoho. 

MILO KAW SATU!!!!! TEKAK KERING NI!!!

Rabu, 20 Julai 2011

wordless wednesday #8

Assalamualaikum..


mengimbau kenangan dahulu....

Jumaat, 15 Julai 2011

Dah 20+++...hoohohohoh

Assalamualaikum

Penantian 10 hari dah berakhir. Hohohohoh. Happy Besday To Aku [Sipootcomel][Mr.Straw]... Haduyai. Makin bertambah usia. Tiada lagi kata-kata melainkan hanya ingin yang terbaik dari diri aku ni.

Dengan pertambahan usia ni. Aku berharap segala usaha aku dari kecil hingga ke besaq gedabak ni membawa sinar yang terang dan bercahaya kepada aku kelak. Apabila umur aku menganjak naik ke 20++ ni, tapi aku sentiasa comel ok! Fullstop, jangan duk bangkang ka apa! Aku Comel! hahahahaha.


Kepada yang bagi ucapan kat Facebook dan hantaq msj kat aku. Aku ucapkan terima kasih. Aku saja gunakan belog untuk tujukan khas untuk semua orang yang mendoakan aku. terima kasih semua.

Tak perlu aku bagitahu berapa umur aku sekarang. Biarlah rahsia. Tapi masih 20++ la.. Jauh lagi nak cecah 30++ nuu.. Lambat lagi nak cecahnya. Hehehe. So kira aku macih Muda, Remaja, Comel, Cute dan Miut.. HOhohooh..

Setakat ini sahaja entry di pagi buta oleh aku. Jumpa lagi..

Rabu, 13 Julai 2011

wordless wednesday #7


LAKSAM

Dijamah oleh perut comel aku! Konyang pakcik.

wordless wednesday #6




Selasa, 12 Julai 2011

Tak tahu tajuk apa...

Assalamualaikum..

Selamat petang.. Pekabor semua?? semoga hangpa semua sihat sejahtera. Kita abaikan BERSIH noh. Buka lembaran baru untuk keamanan negara. Itu yang penting. Hohohoh. Dah macam patriotik aku sekarang ni. Tapi betol lah. Aku pun sayangkan negara aku jugak. Tak suka la tengok orang-orang ditindas semua ni. Lebih suka negara yang aman. Cuba pemimpin tu kena la perbetulkan apa yang silap. jangan menindas rakyat. 

Rakyat takkan cetuskan revolusi sekiranya kepimpinan betul. Apa yang diinginkan rakyat ialah keadilan. Itu jer. Jadi, sebagai pemimpin, anda perlu mendengar keluhan dan pandangan rakyat. Perbetulkan mana yang silap. Peace no War ok!!!


Gambar diatas ni tiada kaitan pun. Saje aku suka-suka nak bubuh. hahahah. Alkisahnya aku amik curi-curi gambaq ni. Pemilik gambaq ni PEMES derr.. Hahahhaha. Orang lain tengah menyembang. Dia leh pergi hentam tengok citer kartun spongebob. Tengok muka kiri kanan dia. Semua fokus. Dia sorang jeling-jeling atas.

Hahahhahaha. Hamik hang. Nak tahu sapa? Pemilik Ladang TOMATO weh. Berjaya dah hasil ladang dia sekarang. Dengar cerita dia nk eksport tomato dia ke Langkawi jer. Support penjualan Jus Tomato oleh aku. Macih la susahkan hang ja. Hahhaha

Ok. Entry ini tiada kaitan apa-apa. Saja aku merepek dipetang hari. Tak tau nak menulis apa. hentam jer la update. Paling penting..............

MILO KAW 1 GELAS BESAQ!!!

Sabtu, 9 Julai 2011

Fenomena BERSIH...

Assalamualaikum

Wot wot dah tengahari der.. Aku bila tengahari mesti nak marah. Hohohoh. Perut lapaq weh. Nak makan. Dah kenyang terus senyum ja pastu. Hekhekhek. Apa kata hangpa mai belanja aku makan? Boleh la no. Banyak pahala membantu aku. Hohohoh

Fenomena BERSIH mula mengegar kita punya negara sejak dua menjak ni. Heran aku. Apa yang mereka nak BERSIHkan aku pun tak tahu. Hari ini merupakan hari terjadinya BERSIH tapi aku tak pasti la apa dah berlaku kat Kuala Lumpur sekarang.

Dari kita pergi perhimpunan BERSIH baik duduk umah. Sapa-sapa duk K.L time ni memang tak aman la. Roadblock memanjang kat sana. Sakit jiwa ada la. Menyusahkan orang ramai. Haduihhh. Seb baik aku duk kat Pulau. Hohohohoh. Traffic Jem pon tak da macam kat sana.

Dari kita duk pergi buat benda BERSIH tu. apa kata kita BERSIHkan benda lain. Macam boleh buat dengan BERSIH ni. Hohohohoho..

BERSIH IMAN
BERSIH FIKIRAN
BERSIH AKAL
BERSIH NAFSU
BERSIH AKHLAK
BERSIH AMALAN
BERSIH SIFAT KEJI
BERSIH BADAN
BERSIH HIDUP

Barulah hidup lebih sempurna. Ini membuang masa pergi buat benda tak berfaedah. Bab politik ini kadang-kadang terlalu difanatik oleh semua orang. Sebab apa? KUASA. dengan KUASA apa saja kita boleh buat.

Betul kan? Semua orang berebut nak amik KUASA. Tanpa KUASA kita tak boleh nak dapatkan apa yang kita nakkan. Itulah minda masyarakat masa kini. Usaha ada tapi dijalan sama ada betul atau tidak

Mungkin bagi mereke BERSIH itu dijalan yang betul. Tak kuasa aku nak melayan. Baik aku nikmati cuti-cuti aku selama berbulan-bulan ni. Hahahhahaha. Nasib baik tempat aku masih aman. Terpisah dari daratan wohh. Gangguan tu hanya di Kuala Lumpur. 

Silap-silap hari bulan Kuala Lumpur lumpuh hari ni. Yalah, semua jalan kena tutup. Orang nak keluar macam mana. Sapa naik keta memang tak leh nak masuk sangat lah. Yang untung sapa naik pengangkutan awam tu. Haaaaa. ini bagus. Kurangkan pencemaran. Hahahahha...

Sekian. Malas tulis panjang-panjang. kang aku dicopkan macam-macam pulak nanti. Hohohoho. Tapi setiap apa yang hendak dilakukan perlulah bijak. This is people choice bebehh. Buat amal jariah lagi baik. Hadoii. macam-macam Malaysia sekarang ni.

Khamis, 7 Julai 2011

BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?


Nak JOin? Klik SINI

Jemput-jemput datang belog aku yang tak ketahuan ni. Berblog kemain lama tapi masih banyak kekurangan. So silalah kritik dengan membina no. tak mau caci merca dengan bahasa yang paling sopan nohhh. Boleh ka? Harap-harap belog aku bebas dari kata-kata yang paling enak itu. 

Apa-apa pon tima kasih kepada yang berkunjung. Tak nak cari masalah hanya inginkan pertolongan dan bantuan dari anda semua. Itu jer. Sekian.

Miang Ram...kalau tak silap la..

Assalamualaikum..

Apa kabor? Dah makan tengahari ke? Hari ni aku minum ayaq Nescafe Ais 1 Jag ok! Aku sorang ja. hahahahha. Caya dak? Ada bukti weh!! hahahaha


Hari ni menu air aku bukan MILO ok..tapi Nescafe Ais.. Melantak sorang-sorang ditengahari...Cuaca tengah panas. Sekali telan kat celah tekak aku ni.. Perghhh, syahdu nak habaq kat hangpa wohhhh..

Penah dengar Miang Ram. Rasanya tu kot sebutan dia. Aku ingat-ingat lupa. Sejenis makanan woh.. Hari ini entry makanan ja. hahahaha. Bukan apa. Berkongsi jenis makanan kadang-kadang best jugak. tapi yang aku nak cakap hari ini makanan dari thailand punya mari. Mau tengok?


Ini bahan-bahan dia. 


Ini pula cara nak nak makan dia. Memang menarik aku nak habaq weh. Macam makan ulam-ulam sikit. Macam makan sirih pon ada. hahahahah. Tapi tak da sampai menumbuk sampai lumat macam sirih tu. Ni sekali kunyah terus. Pastu telan. Ibarat macam makan Pizza Hut, McD, Chicken Chop dan seangkatan dengannya.

Itu jerlah perkongsian aku untuk tengahari buta hari ni. Jumpa lagi dimasa akan datang. Hahahhaah. Apa-apa pon kalau teringat kat aku. Amik Straw gigit sampai lumat ok!! Chow.. Adiossss...

Santapan Malam


Mee Goreng Vietnam!

Rabu, 6 Julai 2011

wordless wednesday #5


Thailand 


Sabah

wordless wednesday #4

Assalamualaikum

Selamat Malam..


Cute kan!

Lokasi: sekitar Mangrove Tour Langkawi! Naseb bahek kaw tak minta MILO!! hohohoh/=..

Selasa, 5 Julai 2011

Lagi 10 hari...

Assalamualaikum..

Selamat pagi dunia. Aku sedang terbang diatas katil aku yang empuk lagi lembut macam belon-belon yang diisi air. errrrrr, sejuk tak leh nak nak kata bagai lah. Suasana kampung semakin sejuk sejak dua menjak ni. Layan ja tido aku sejak kebelakangan ni. Syahdu orang kata. 

Seperti biasalah, air milo aku tak buat hari ni. Stok habis. tak beli lagi, kejap lagi kot aku pergi beli. Hohohoh, nak beli yang 1tan punya kuantiti. Baru tahan lama, 10tahun tak habis. Hahahaha. errrrr, kesimpulan aku tak mandi lagi, Hakhakhak.

Cakap pasal hari ni, pejam celik pejam celik dah bulan julai. Bulan depan dah stat puasa. Cepat kan masa berjalan tapi otak aku tak jugak berjalan ni. Habis la tesis aku nanti tak ketahuan hala dah time-time macam ni. adoihhh.

Lagi 10 hari. Tak lama dah. Bercampur gembira dan duka. Hukhukhuk. Nak tahu? tunggu lah 10 hari lagi. Tak boleh bagitahu sekarang. tak suspen la orang kata. Hummm. Tapi mengharapkan best moment ever kat aku lah. Hekhek. Biasala tengah berangan macam-macam sekarang ni. 

Bila tengok belog aku ni dah cecah 4tahun kot. Perghhh. Lama siot aku berblog tapi masih kurang fofular berbanding orang lain. hahahaha. entry pon malas update, blogwalking pon makin kurang sejak dua menjak ni. Sapa la nak kenal aku ni. Haahhahaha.

Cuba tengok orang-orang lain yang dah fofular mengalahkan retis-retis sedunia mana hala tak ketahuan nu. Dahsyat masing-masing. Pengikut beriban-riban. tapi aku bersyukur ada la jugak pembaca yang sudi singgah. Macih weh. Budi hangpa semua tak mampu aku balas. 

Setakat ni sahaja aku punya updating belog. Nak tahu kisah 10 hari lagi, kena tunggu lah no. Misteri akan terungkai apabila tiba masanya. Seperti jalan yang berliku tiada penamatnya kecuali langkawi. Pusing-pusing situ la jumpa balik. Haish. tersekat sebab terputus ditengah lautan. OHhh mennn.. 

Nak MILO!!!!! hukhukhuk