Khamis, 19 Julai 2012

25 + 4 hari...

Usia aku seperti diatas.. ohhh.. Tapi muka still remaja kot.hahahahhaa. Macam tak percaya ja sekejap ja masa berlalu.

Sekarang sudah tiba masanya aku mengubah corak hidup aku. Alam pekerjaan menjadi sasaran aku. Dunia sekarang susah nak mendapatkan pekerjaan.

Berduyun-duyun degree keluar setiap tahun. Jumlah pekerjaan yang mempunyai ilmu yang tinggi semakin baik tetapi peluang semakin sempit. Cabaran tambah berliku sebab wujud persaingan. Bagi aku ini merupakan saingan yang baik.

Sekarang degree semakin banyak, akan datang mungkin master dan phd semakin menjadi lambakan di pasaran. Tak mustahil perkara ini akan berlaku.

disebabkan berlaku tekanan menyebabkan pihak SPA pon memberi kelonggaran kepada pemohon degree memohon jawatan untuk peringkat SPM. Bayangkan kenapa situasi ini wujud? 

Weh, aku ni dah 25 tapi kerja pon tak ada lagi. Kawan-kawan dah bertimbun simpan duit. Siap ada yang sudah kahwin dan ada anak. 

Mengharapkan pintu rezeki sentiasa terbuka dan aku mengharapkan aku mendapat peluang tersebut. hohoohoho. Risau pon ada sebab makin berumur kan. 


Situasi aku sekarang di gambar atas sekali. Hahahahahhaa. tapi tu bukan aku, member aku. Gambar ini tak ada kena mengena tapi saja aku nak upload sebab tak tahu nak tulis apa dah.hahahahah.

3 ulasan:

Semut Senyum berkata...

alaa... orang laki, umur 25 tu muda lagi la... orang laki ni makin berusia makin meningkat saham tau!

Selamat bkerja... =)

Zai Zamree berkata...

Selamat mengumpul duit :p

cimöt berkata...

selamat selamat selamat...