Sabtu, 31 Mac 2012

Passion and Impression

Assalamualaikum.


Sudah 31/3/2012. Laju dan pantas masa berlalu. Baru ja rasa januari semalam. Rupanya dah nak masuk April esok. Damn masa sungguh cepat.

Jadi mari kita semua gunakan masa dengan sebaik mungkin kerana ianya pergi takkan kembali. Aku sekarang otak agak tak berapa nak sharp sebab terlalu banyak baca artikel dan segala mak nenek mengenai hijau, mampan, hijau, mampan, synthesis dan special special special area jadahnya semua kena ingat dalam pala hotak nih!

Today, i would like to say something. Apa kes berojakkan bahasa nih *menandakan sesuatu sedang merasuk pikiran aku*. 

Dengan ini aku ingin mengumumkan bahawasanya belog is not my passion anymore. It just a place or tools for impression in deep from the sincere and pure heart of me! kehkehlehlehkeh...

If their some kata-kata yang menyakitkan hati anda semua, itu bukan aku tulis mungkin orang lain hacked aku punya belog nih *bajet macam ada orang teringin nak hacked belog aku yang tak femes ni*

Jadi that is the reason why my belog not up to date. Banyak kerja lagi mau bikin dari update belog. Something more important to do in my life. To achieve the greatness successful in gain knowledge. Sebab in the real life, belajar dan kerja is something different dan totally new experince dari belajar nih.

People have dream. This is my dream. To persue study to the highest level. After 25 years changing dream. Hahahaha. Impian dan harapan berubah mengikut persekitaran.

Zaman kecik-kecik nak jadi polis, bila besaq nak jadi chef, lawyer, doctoq, cikgu, dan sebagainya. Kita mempunyai hak untuk mencorakkan apa yang kita mahukan. 

Tak perlu nak meniru orang sana situ sini. You know your self better then others. Pedulikkan apa orang kata. Asalkan setiap perkara yang kita buat tu memberikan kepuasan kepada kita.

People can talk anything, but do they know everything? That all bullshit lah cakap tak serupa bikin kan. Kalau tak tahu cakap tak tahu, tak perlu pura-pura tahu.

Haaa tengok, aku dah melalut sampai kemana punca nih. Angin tak da, ribut tak teringin nak muncul, aku sesuka hati cuba mencipta angin dan ribut. 

Point penting. Impian itu satu harapan, keinginan, pencapaian, kehendak, dan pencetus kearah kejayaan dimasa hadapan.

Ini bukan cerpen tapi satu impression. Damnn right!!hahahahhahaha

Jumaat, 30 Mac 2012

Green View in Campus



Ini merupakan pemandangan dalam kampus SEJAHTERA!! boleh dikatakan SEJAHTERA la. Hijau bijik mata lihat pokok-pokok *tengok pokok ja, benda lain tak*

Inilah kerja aku. Memusing setiap petang untuk menenangkan pikiran dari melihat buku dan mukabuku! hohohohohohoh..

Selasa, 27 Mac 2012

Cerita Keluarga Bahagia

Assalamualaikum..
Assalamualaikummmmmmm.....
Assalamualaikummmmmmmmmmmm.......

tiba-tiba bunyi sesuara sesuatu membalas

Waalaikumussalam.... 

Mai la masuk. Duk tercegat depan pagaq apa kes!! 
Sampai jugak retiss kita nih..
Amboi segak betoi ehh Nahhh Jurr Ehhh..
Janggut hang buat teknik rebonding ka sekarang?

Nahhh Jur Ehhh senyum lebaq macam sarung nangka!!
Sekali dia menjawab:
sebulan aku p kedai salon trim janggut ni.
buah hati aku terpikat sebab janggut ni haaa..
langsung terTunang....

Tiba-tiba datang pulak Arnis BSKG menyampuk.
Hangpa berdua memang!! Diam-diam ja duk main ngenyit mata.
Tup tup dan tunang.. Bila nak langsung ni? Aku dah tak sabaq nak 
senyum manih-manih kat tepi hangpa nanti. Aku cop nak jadi pengapit?
Hang tak bagi siap la!!

Nahhhh Jur Ehhh jadi serba salah.
Dah la gila kosa. Pastu nak cop cop jadi pengapit "nada cakap dalam hati'
takut nanti Arniss BSKG ni sentap tetiba la pulakkan.
Hang boleh jadi pengapit tapi dengan syarat...

Hang duk main syarat-syarat dengan aku pulak.
Ni kira untung tau tak aku offer nak jadi pengapit RETISS..
cuba la bersyukur skit. Kehkehkeh Arnis BSKG gelak tak ingat dunia!

Dah la aku suh hang wish besday aku guna VLOG tak layan dah..Buat derk ja.
Sejak fofular ni tak mau dah VLOG dengan kawan-kawan.
Tahu la aku tak femes macam si Mat Straw tu!! 
Tapi kurang-kurangnya aku jujur kot! 
Arnis BSKG buat-buat merajuk demi membodek Nahh Jur Ehhh..

Eleh, Nah Jur Ehhh balas.
hang semua nak free.. Photoshot pon nak free.
Mamat jual kamera pon leh bankrup kalu ada pelanggan macam hang ni.
Dah la bagi makan free dah. Pastu suka interfremm plak.
Kahkahkah terguling-guling gelak Nah Jurr Ehhh mengata si Arnis BSKG..

Tetiba suara Garang muncul!
hangpa berdua ni tak reti duk diam ka..
Asal jumpa ja berleter sana sini. Tak reti-reti duk diam.
Marah si KAKABESAQ sambil duk pebetui spek mata haluih dia.
Dari hangpa berdua duk bising-bising mai tolong KAKABESAQ buat kek karamel nih..
Ada jugak paedah! 

Nahhh Jur Eehh dan Arnis BSKG pon senyap!
sambil angguk-angguk faham mereka berdua.
terus masuk ke dapur tolong KAKABESAQ siapkan kek karamel.

Arnis BSKG berkata dalam hati:
"Tak boring ka duk buat kek karamel hari-hari"
"Jemu aku asyik duk makan benda yang sama ja"
"buat la benda lain pulak"
"Pizza ka, KFC ka, MCD ka dan pon Tutti Prutti ka"
"baru best..kena la ngan selera aku yang makin sihat ni"

KAKABESAQ bersuara:
kita nak siapkan kek-kek ni cepat.
kejap lagi jemputan nak sampai dah!
Ada retis pulau, retis sp, retis jitra dan segala retis utara nak mai.
depa tu semua bajet retisss ja lebih.

Maka petang tersebut penuhla rumah KAKABESAQ dengan retis-retis tak sedaq diri!
Sekian cerita cerpen merepek!!!

Isnin, 26 Mac 2012

Terabai..

Assalamualaikum.

Tersangat la penat sejak dua menjak tiga empat semenjak nihh. Kepenatan sehingga mencecah tahap gaban. Susah untuk digambarkan macam mana bentuk aku yang sedang kepenatan tak terhingga.

Jadual tersangatlah padat sampai kesannya merebak ke belog aku yang semakin kurang seri tanpa cerita dan update terbaru. I have idea but time is jelous with me. Haaaa sudah ayat inggeris aku lintang pukang. Sila jangan tiru contoh tak senonoh dari aku nih.

Berbalik kepada cerita yang aku sedang nak cuba reka tanpa sebab musabab. Begini ceritanya, aku sebenarnya sibuk. Itu ja cerita sebenarnya. 

Tengoklah statistik pengeluaran entry aku sejak 3 bulan ni. Menjunam sampai kadang-kadang nak cecah 5 entry dalam masa sebulan pon susah. bayangkan betapa sibuknya aku. 

It not easy when your doing something that very important. Bayangkan la aku terpaksa skip kelas selama 1 minggu demi menyiapkan kajian. Tak terkira dengan godaan yang sentiasa datang menjelma setiap kali tangan aku nak menulis @ menaip nih. 

Asal aku nak tulis ja datang la sorang ajak pergi teman minum. Datang sorang lagi tambah hasut DOTA seround. Rilek, masa panjang lagi. Tahik korak mung la.... Ha tengok apa kesan kepada aku sekarang. Tak ketahuan hala.

Cukup disini aku sekadar menulis tanpa sebarang niat untuk update di dalam belog. Hanya sekadar picisan idea untuk meluahkan kadar ketidakpuasan hatian aku apabila kerja tertangguh sampat tak tertanggung dek akal. 

Guane aku nak menjawab nih? Tidoooooooooooo. jer la jawapannya. sekian.

This is learning proces.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dalam hidup mesti ada Kebahagiaan dan Kesengsaraan. Kenapa mesti ada baik dan buruk. Kenapa semua itu perlu terjadi?

Semua orang ingin sesuatu yang baik. Inginkan kebahagiaan di dalam kehidupan. Semua itu adalah satu impian namun sudah tertulis setiap perjalanan manusia adalah tidak sama.

Jika kita gagal dan tidak berusaha untuk berjaya maka kita akan sentiasa akan gagal. Setiap kegagalan tidak bererti kita akan gagal selamanya. Hanya dengan usaha dan memohon pertolongan dari Maha Esa tanpa jemu pasti akan mendapat syafaat dan keredhaanNya kelak.

Pokoknya USAHA perlu ada didalam setiap diri manusia. Ketabahan dan Kesabaran adalah satu kunci dan merupakan resepi kepada kejayaan akan datang.

Jadi janganlah kita berputus asa dan mengalah, Teruskan perjuangan sehingga kita juga mampu membuktikan setiap manusia mampu mengubah hidup dan nasib. Setiap perkara yang berlaku adalah satu ujian yang membantu kita untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

Selasa, 20 Mac 2012

1 minggu.

Home sweet home.

Mission in hometown.

1) Collection Data
2) Interview with management
3) Finishing Analysis (maybe) hahahahaha
4) Work and work.

Almost done the list and moving forward for another 2 months. Hope it will be fine lah katakan. Tak lama dah ni. Cukup dengan apa yang telah dilalui.. Inginkan fasa baru dalam hidup. Satu persekitaran dan cabaran baru. Hope semuanya berakhir dengan lebih baik.

Sabtu, 10 Mac 2012

Misi mencari burger..



Kalau tengok kat atas tu adalah burger OBLONG.. Memang sedap. Harga hanya RM 4.00 ja. Kalau nak yang special kena la tambah sikit tapi tak da la mahal sangat. Berbaloi la makan.

Rabu, 7 Mac 2012

Pasti ada jalannya..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama bulan Mac hampir pertengahan. Aku baru terasa nak menulis sesuatu. Haisshh apa kes jadi macam skema pelik ja ni? 

Dulu masa kecil kita semua telah di didik untuk menjadi seorang manusia yang tahu menggunakan akal secara waras dan matang. Bagi aku, setiap peristiwa yang berlaku bagi setiap manusia pasti berbeza-beza.

Ada manusia yang dilahirkan cukup sifatnya dan ada sebaliknya. Itulah asam garam kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita perlu bersyukur dan sentiasa berusaha mencari setiap kejayaan baik di dunia dan akhirat.

Jalan cerita kita pasti berbeza. Ianya ibarat seperti sebuah Filem blockbuster yang pasti ada kesudahan yang yang sedih, gembira, tragis dan sebagainya. Namun perjalanan kita hanya akan tamat apabila hilangnya roh dibadan. Ketika itu, bermulalah satu lagi kehidupan baru iaitu di Alam Barzakh.

Mati itu pasti, syurga itu hakiki. Berpijak di bumi Allah hanya sebagai khalifah untuk mencari amalan untuk dikira pada hari timbang tara. Adakah kita ni menunaikan kewajiban?mengikut petunjuk dan meninggalkan laranganNya? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Bagi aku, setiap manusia adalah tidak sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangan. Setiap perlakuan kita ini sentiasa tak terlepas dari tercatit. Pintu taubat sentiasa terbuka. Bagi mereka yang tidak melaksanakan setiap arahanNya. Nilailah diri anda. Adakah ini betul?baik lelaki dan perempuan, pasti ada salah silapnya.

sekian. sekadar perkongsian. aku hanya insan yang lemah yang sentiasa tidak terlepas dari membuat kesilapan dan dosa. Moga kita semua diberi petunjuk dan jalan yang lebih baik.