Ahad, 30 Oktober 2011

Pro Pe Syen aku.

Assalamualaikum

Selamat pagi. Jemput sarapan dengan aku. Antara menu-menu menarik ialah roti kering cap munchy serta ayaq teh o panas. Stok milo dah habis dekat sebulan tapi aku tak sempat nak beli! *alasan tak leh pakai sebab kadang-kadang pergi tesco*

Pada pagi yang indah lagi ceria sambil dihidangkan dengan terik matahari di kala pagi amat menyamankan bilik aku yang sentiasa berserabut. Dengan memandang diluar jendela dapat aku lihat segerombolan manusia berduyun-duyun bergerak pergi kerja. Oh betapa indahnya dunia nih. macam cilake jer ayat aku ni!hahahaah

OK.stop kat sini. aku nak cerita benda lain sebenarnya. Cuba tengok tajuk aku kat ataih nu. Apa kejadahnya punya tajuk. Langsung orang tak faham weh. Pedulik apa aku. Janji aku dapat sampaikan ceritanya yang aku masih belum mulakan lagi. Tertunggu-tunggu ka? sat sat bagi aku merepek sikit lagi. Kejap lagi aku bagitau la kat hangpa apa aku nak cakap.

Ok Ok, aku nak bagitau nih. Apa yang aku study sekarang nih! itu jer la sebenarnya. Sebenarnya aku pon tak pernah terfikir pon kearah jurusan aku nih. Entah macam mana boleh terjerumus dalam kancah dunia ini. bermula di Universiti Malaya aku pilih. Masa tu aku punya jurusan dipanggil sebagai Pengajian Perbandaran dan Perancangan. 

Ini punya jurusan aku nak cakap betoi-betoi buat sakit otak ja. Aku dah malas nak mengadap buku-buku macam undang-undang nih. Hangpa faham-faham lah ayat undang-undang macam mana. Berbelit-belit sampai nak terkepak lidah aku nak baca. Tak faham tu semestinya lah kan. Maka alkisah aku bermula di sana selama 3 tahun der tuntut ilmu.

Akhirnya aku amik keputusan datang USM pulak! Kali ni baru mencabar der. Aku bagitau awai-awai la. Sapa nak amik bidang Perancang Bandar ni kena tahan sikit. Sebab bila hangpa mula jejak kaki dalam studio maka bermulalah. Disitu, disinilah, pada saat itu lah betapa indahnya hidup kerana lambakan kerja yang tak terhingga sampai hidup menjadi sangat terurus! Tidur semestinya 1 jam sehari. tengok pelan hari-hari. Membaca hari-hari. Berfikir setiap hari haaa. kalau nak cadangkan sesuatu tu. Backup mau power weh. kalau tak hang kena smash la..

Betapa penuh pancarobanya untuk menjadi seorang perancang bandar. Inilah pro pe syen aku sekarang yang tak pernah aku terlintas dalam buku hati aku nak menjadinya. Apa jadahnya perancang. Semua orang boleh merancang. Merancang anak tu. Kira sebagai perancang gak tu!hahahahhahaha.. Maka baru aku tahu apa itu nikmatnya kawin dalam kos aku nih! sepanjang masa tak leh tinggal bini aku a.k.a STUDIO tercinta! 

Aku ni pulak buta huruf sikit bab-bab software. Gila ke hapa kena tahu berapa jenis software hardcore nu. Aku pon tak faham fungsi-fungsi dia sangat tapi buat macam der. Kena jugak belajar der. Zaman la kemahiran tu penting weh. Tak da kemahiran sapa la nak amik kita bekerja. Maka aku pon belajar dan boleh sikit-sikit faham nak guna. Basic ja tahu. Masuk dalam, hancur la aku!hahahahah


Contoh benda aku kena buat!

Ingat mudah ka? Semua benda kena tahu. Sebagai contoh, jalan yang hangpa duk guna tu. Bidang ni jugak kena pikior macam mana nak buat jalan yang paling mudah, efisien, tak sesak, dan lancar sepanjangnya. Tu baru sikit. Banyak lagi kena pikir weh. Alam sekitar, Sosial, Ekonomi, Tanah, dan segalanya di permukaan bumi yang ada tanah semua melibatkan bidang aku nih. Sungguh, bidang landscape pon kena tahu. Warghhhh leh gila ooo. 



Contoh buku yang WAJIB dibaca setiap masa!

Sekian.itu jer la cerita aku dalam bab mengaji tak ketahuan hala sekarang nih. So kalau hangpa semua bijak boleh la tahu apa level aku sekarang. Aku tak nak bagitahu tapi harap hangpa fahamlah! aku tak cerita secara detail tapi pandai-pandai la hangpa pikir dan teka..hahahahhaa. 

Sabtu, 29 Oktober 2011

Apa tajuk woi....

Assalamualaikum.

Seperti biasa, hidup aku sentiasa dengan berfaceboooking jer. Muka paling tak senonoh ditambah jerawat-jerawat kematu yang selalu menjadi peneman aku dikala kesepian. Jadahnya aku menulis macam cilake ni? 

Sambung cerita. Sedang sibuk membuat kerja sekolah yang bertimbun dengan buku-buku 20 bijik tersusun rapi sebelah laptop aku ni. *tipu jer lebih nih*. aku tertarik dengan satu komen yang tiba-tiba muncul dari mana. Si Cool, kawan aku bagi komen dalam FB aku. kantoi lah gini study FB ja nih! Ok. Sambung citer, aku pon dengan penuh perasaan membaca komen dia. 

Dia tulis macam ni *Oi, tak reti-reti nak balik ka?cuti panjang duk penang lama2 buat?balik la, tengok mak hang ni.sibuk jadi otai penang ka?* begitulah tulisannya kalau tak silap aku. Aku dah lupa sebenarnya apa dia tulis tapi macam tulah bentuk ayat dia. 

Huhh, menggunakan mak aku untuk pujuk aku balik kampung latewww, aku buat derk jer dengan komen tu. hahahahah. itu jer lah aku nak citer sebenarnya... Nampak sangat depa merindui aku latewww.. Eleh, padahal nak aku main DOTA.. baik aku duk Penang. Study lagi bagus.

Tesis sedang menunggu aku. Aku sekarang bukan nak cakap la, tapi semangat tu semakin tinggi yang amat tapi pemalas piang!*maksud sangat malas la* Biasalah, cita-cita tinggi tapi usaha rendah..puihhhhh, sampai bila tak berjaya woiiii...

Kesimpulan, guwa nak cakap, eehhh, aku nak cakap. Jangan membazir masa tak ketahuan, usaha kena lah tinggi. Kesimpulan boleh rujuk aku sendiri la..hahahahah.. Mesti ada yang tak faham ending cerita nih.. lantak kat hangpa la..ada aku kisah?haahhaha

Versi Bayangkan...tiru Onie!

Assalamualaikum.

Macam biasa, aku bab meniru high class gitu. Tak da masa nak koner-koner. Terus straight to the point orang omputih cakap. Sori no onie aku TERtiru tajuk hang. Boleh noh.. 

Sekarang mai pakat tengok versi Bayangkan dari aku pulak! ingat hang sorang ja ka leh duk bayang-bayang. Aku pon boleh lah.

1) bayangkan tak perlu kerja..hidup memang senang tanpa tekanan apa pon!
2) bayangkan tiba-tiba ada kuasa macam superman..aku nak campak onie ke planet lain..nyemak jer ada kat sini!!hahahahahaha
3) bayangkan tiba-tiba dunia ni bukan bulat tapi 3 segi! haaaa..letih mata kita nanti nak tengok permukaan bumi,laut,gunung ganang bercabang tiga..
4) bayangkan kalau lelaki diwajibkan kawin 4. agak-agak nak kawin 4 ka kawin sorang ja? fikir-fikirkan. cam na tu?hahahhahahaha

sekian..aku tak buh banyak-banyak..nanti lagi merepek tak ketahuan!!

Jumaat, 28 Oktober 2011

PSA 2011

Assalamualaikum

Baru ja balik opening event PSA 2011 pagi tadi. Pukul 9.00 pagi. Saja nak tunjukkan gambar sikit budak-budak planning organize event tu.






Buku aturcara program dengan kitchen ni untuk mediapress tapi kami ni muka tak malu pergi duduk situ dan hasilnya beg ni menjadi milik kami jugak lah!hahahahhaha..geng tu tak kata apa pon.slumber je duduk situ. Tak sabar tunggu GRAND DINNER ESOK!!!hahahahah.. Padahal tak da kena mengena sangat.


P/S: Support dari jauh cukuplah..

Rabu, 26 Oktober 2011

Wordless Wednesday #15



Selasa, 25 Oktober 2011

Kelong Acheh Part 2

Hanya gambar sahaja. Update dari 1st entry semalam. So kita tengok gambar dah la. Malas nak ulang tayang apa aku tulis semalam!




Master of Tourism

Planning Group





Gambar makanan belum dapat sepenuhnya lagi..Hohohoh..kalau boleh nak cari gambar apa yang kami makan sepanjang 3 hari kat sana!

Isnin, 24 Oktober 2011

Kelong Acheh Via Selatan

Assalamualaikum..

Lama benar tak menulis kat dalam belog nih. HOhohohohoh. Sibuk sejak dua menjak nih. Berjalan dan melancong untuk sekejap masa. Mencari ketenangan untuk menghilangkan stress pikir benda-benda teknikal nih. 

Jadi, lokasi yang dituju adalah Kelong Acheh yang terletak di Indonesia OK!!! haahahaha..mana ada..nama ja Kelong Acheh tapi terletak di Mersing, Johor. Naik bas selama 11 jam dari Penang ke Johor nuh. Kebas habis punggung weh.. Dah dua kali aku merasa trip macam nih. Hari tu masa 1st pergi Tioman. Tempat hampir dekat. Tak jauh mana sangat pon. 

Jom kita tengok gambar-gambar noh..








Inilah tempat yang aku duduk selama 3 hari 2 malam. Aktiviti kat sini hanya memancing sahaja + BBQ pon boleh tapi yang bestnya makan 5 kali sehari. Makan pulak sedap gila.Mewah weh makan. Boleh gemuk aku nanti kalau sebulan duk sini. Gambar makanan aku tak ambil sebab pakai kamera tipon murah ja. Nanti aku ambil gambar dari kawan aku. aku tunjuk apa yang kami makan di sana. 

Tempat ni macam chalet biasa ja. Tidur di atas Pelantar di tengah-tengah laut. Pusing-pusing atas pelantar tu ja lah. Boleh dikatakan seronok  juga lah. Nak mandi pantai pon boleh tapi kena minta kat owner tu tolong hantar kat pantai berdekatan. Boleh ja. Tak da hal. Harga aku tak pasti sebab kami pergi dengan pakej pelajar. So murah sedikit la. 

Apa-apa pon, sangat seronok. Tempat untuk beriadah dan merehatkan minda. Serabut dengan kerja teknikal dan tesis yang menunggu membuatkan hidup tak tentu arah. Hahahaha. Rasa macam terlalu muda ambil level nih.. Peluang datang sekali. Rebut ja lah.. 

Sekian. lama benar tak update.

Khamis, 20 Oktober 2011

Selatan...here i come!!

Assalamualaikum

Malam nih.. Destinasi menjelajah ke JOHOR bermula. Akan sunyi sepi selama 3 hari di sana. Melancong ke selatan. Ke Kelong ke apa ntah nama dia. hummm.. pergi jer la.


Jumpa lagi 3 hari nanti noh. Apa pon, ayaq milo jangan lupa bawak! mai secawan!


NAMI pon ikut jugak!! Sekian..

Rabu, 19 Oktober 2011

Story 2..

Meeting!
Face of me right now!

Isnin, 17 Oktober 2011

Story...

1st Year! 



2nd Year!


3 Year! Final.. Rambut pendek time nih!

Ahad, 16 Oktober 2011

Sunset View


View Of Cenang Beach, Langkawi!

Rabu, 12 Oktober 2011

wordless wednesday #14


Mee Mamak Periuk
&
Sirap Bandung USM


Orang belanja. Alhamdulillah.

Isnin, 10 Oktober 2011

End Of Story


Ahad, 9 Oktober 2011

Antara Dia, Kau dan Aku 2

Ketabahan ruzana berusaha memajukan perniagaannya menjadikan dirinya amat disegani oleh penduduk sekitar.malah dirinya juga dijadikan sebagai ibu contoh di kawasan itu. Anak2 adalah penguat hidup, demi anak2 tercinta,ruzana bertungkus lumus dalam menjalankan perniagaannya bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga.  Ruzana bertekad unuk berusaha bersungguh-sungguh untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.  Tambahan pula,dia memiliki anak2 yang menyerikan lagi kehidupannya seharian..semua yang dilakukan demi anak2 tercinta, merekalah penguat bagi dirinya untuk terus maju kehadapan.

Mengimbau kembali saat ketika suaminya masih disisi..ruzana menangis sendiri,mengenangkan dirinya yang terpaksa memikul tanggungjawab sbg ibu dan juga bapa  bagi kedua permata hatinya. Walaupun ketika waktu itu anak2nya mungkin tak lagi mengerti, Ruzana tetap menjelaskan situasi yang berlaku sedaya upaya dengan harapan anak2nya akan faham suatu hari nanti.

Sejak itu, ruzana berazam untuk tidak lagi berputus asa dalam hidup dan terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. Malah berjanji dalam diri untuk membesarkan anak2nya dgn penuuh kasih sayang dan cuba menyediakan segala keperluan mereka sedaya-upaya. Bagi ruzana  anak2 merupakan semangat bagi dirinya untuk menepis segala cabaran yang dilalui tanpa seorg suami di sisi.

Hari ini merupakan hari pertama angah memasuki alam persekolahan, seperti kanak2 lain, semestinya Angah meminta agar ruzana menghantar dan menemaninya ke sekolah. “Ibu, boleh tak kalau angah tak nak masuk sekolah? angah nak tinggal di rumah saja, angah boleh jaga ibu, tolong ibu kat rumah, kalau angah pergi sekolah..siapa yang nak bantu ibu?’’..mendengar celoteh anak bongsunya itu, ruzana tersenyum sendri.. “angah, anak ibu mesti ke sekolah, belajar rajin2..angah nak jadi pandai kan?..kalau tak pergi sekolah, macam mana nak jadi pandai…macam mana nak jaga ibu bila ibu dah tua nanti?…” mendengar kata2 ibunya itu, angah mengangguk-angguk tanda mengerti.. “entah angah ni! cakap nak jadi doctor lah, pilot lah, tapi malas nak ke sekolah!..macam mana nak jadi suma tu?!’’ celah along sambil mencubit pipi adik bongsunya itu..angah hanya mencebik “alah! Along pon sama, hari2 ibu kena kejutkan Along pergi sekolah, along pon malas juga nak ke sekolah”... ruzana hanya tersenyum melihat kelakuan anak2nya..along merupakan putera sulung Ruzana, walaupun umurnya baru menjangkau 12 tahun, namun pemikiran dan perlakuannya amat berbeza berbanding teman2 sebanya..mungkin sudah biasa hidup berdikari, mengajar dirinya supaya lebih matang. Namun kelakuannya itu kadang2 menimbulkan pertelingkahan antara dua beradik ini..Ruzana sebagai ibu dan bapa bagi kedua2 putera kesayangan sedaya upaya mendidik dan memberikan yg terbaik untuk anak2nya itu.

Kesungguhan ruzana memajukan perniagaan dan membesarkan anak2nya menyebabkan dia sering mengabaikan kesihatannya..sejak akhir2 ni, dia sering mengalami sakit2 di bahagian belakang..malah kadang2 menyebabkan drinya sukar untuk melelapkAn mata untuk tidur..suatu malam, ruzana mengalami sakit belakang yang amat sangat..selepas menunaikan solat maghrib bersama anak2 nya, ruzana terus masuk kedalam bilik…tidak mahu membuatkan anak2nya risau dengan kesihatannya..ruzana merahsiakan tahap kesihatannya daripada pengetahuan anak2nya..mungkin terlalu letih,disebabkan itu ruzana sering  mengalami sakit2 dibahagian belakang..ruzana megusap lembut belakangnya..tanpa disedari dia merasakan ada jari-jari kecil mengusap belakangnya. Bau minyak angin dapat dhidunya. Alangkah terkejut dan terharunya ruzana pabila melihat kedua anaknya yg sedang memegang botol minyak angin dan mengusap belakangnya sepertimana dia pernah melakukan kepada mereka sewaktu mereka sakit dulu. Sambil mengusap-usap lembut badan ibu mereka, anak2nya bertanya..”ibu, Kenapa ibu menangis??” ruzana terkedu, hiba rasanya mendengar kata2 itu keluar dari bibir anak bongsunya. Ruzana merasakan seperti titis2 air mengalir di pipinya..segera ditepis titis air mata itu,dgn harapan tidak dilihat oleh putera2 kesayangan nya itu ”..tiba2 along mencelah.. “Sabarlah ibu,ini kan ujian Tuhan.” Mendengar kata-kata dari bibir comel itu membuat ruzana terkedu dan terus memeluk kedua anaknya sambil menangis. Dirinya amat tidak menyangka anak2nya yang kecil itu seolah-olah memahami apa yg lalui olehnya.


Nak tahu 1st episode??sini nohhh... SINI

Selasa, 4 Oktober 2011

Freedom!!!!


YES!

Isnin, 3 Oktober 2011

Entry Cari Penampar!

Assalamualaikum.

Halooooooo. Lama benar aku tak tulis dalam belog nih. Bukan tak mau tulis tapi masa tu tidak mengizinkan aku meluangkan masa bersama belog aku nih. Sibuk sikit dengan beberapa tugasan yang tak ketahuan hala. Terbelit lidah selama 2 minggu sambil air liuq mencurah-curah ke ladang gandum kerana speaking bahasa omputih dengan jayanya. 

Seperti dalam entry aku baru-baru ni aku ada tunjuk gambar-gambar geng Australia datang ke Pulau Pinang. So team work antara kami untuk menghasilkan satu projek berdasarkan Bandar Warisan Georgetown. Boleh dikatakan projek tu berjaya. Kot lah, entah lah. Bagi aku rasanya tempoh 2 minggu tu sangat padat dan singkat. bekerja keras jugak la nak siapkan segala benda!!

Tapi itulah pengalaman orang kata. Aku belajar dari pengalaman. Dari pengalaman terdahulu hingga sekarang berjaya membentuk aku seperti yang ada sekarang nih. Aku tak nak bermegah dan suka low profile. Sapa yang kenal aku tahulah perangai aku macam mana kan. Kalau ikutkan level aku sekarang nih. Ramai kot tak percaya dan tahu. Tapi tu semua berkat usaha dan kerja keras aku sendiri. 

Kegagalan aku semasa SPM dulu sememangnya satu musibah paling besar pernah aku lalui. Akibat kebodohan dan kelalaian aku sendiri menyebabkan aku malu dengan diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan. Result yang tidak memberi sebarang makna. Kalau lihat, tiada peluang langsung untuk berjaya. Tapi aku masih diberi rezeki untuk menebus kegagalan tersebut dan aku sahut cabaran tersebut.

Terbukti, setelah aku berusaha. Usaha itu membuahkan hasil dan aku kini berdiri dengan kerja keras aku sendiri dan dengan bantuan dari rakan-rakan serta pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan ilmu. kalau nak dikirakan terlalu banyak ilmu yang aku dapat. 

Sekarang aku sedang berusaha untuk menyelesaikan pengajian aku yang berbaki 2 sem lagi. Sudah hampir 5 tahun aku belajar. Tak sangka la pulak. Tapi ok lah, ada pengalaman baru. Lihat kawan-kawan berjaya lagi membuatkan aku ingin terus berusaha. Bayangkan dalam seusia aku, dia berjaya beli Kereta Honda Accord!! Woihh, jeles weh. 5 tahun plak bayar tu. Cuba bayangkan sebulan berapa dia bayar?? kalau aku, tak mampu tapi dia boleh sebab dia berusaha dan bekerja keras.

Kalau siapa yang tengok aku termasuk NAMI! mungkin tak percaya apa yang sedang kami lakukan ni. Hahahahaha. Ramai jugak la family KBU yang terkejut kan. Tapi biarlah Family KBU ja tahu apa yang sedang kami lakukan sekarang. Yang pasti aku sedang menuntut ilmu. Apa yang aku harapkan anda semua tolong doakan aku berjaya!Termasuklah NAMI sekali.

Mereka yang telah berjaya!!!

Sekian dari aku. Entry panjang lebar la pulak! hahahahha.

P/S: Kejayaan memerlukan pengorbanan dan usaha yang berterusan. Ilmu tak datang dengan sendirinya. Hanya diri sendiri mampu mengubah nasib kita! Tawakal dan berusaha...

Ahad, 2 Oktober 2011

Tut tet tot....


Finally

Sabtu, 1 Oktober 2011

Working with them...

Assalamualaikum...

Just want to show the picture. Part of stress episode! Experience and work hard to finish objective of studies. 










Already in the final chapter!