Isnin, 7 Jun 2010

Masa Depan!

Bermulanya saat aku balik kg memang tak ada mood langsung nak berBelog ni. Tak tahu kenapa? Mungkin hati ku runsing mengenangkan nasib di masa akan datang. Berjiwa emosional sikit sekarang ni. Mood aku sekarang hanya terpikiaq (Bhs Kedah) mewakili fikir ok. Kot la anda-anda semua tak faham. Pikiaq masa depan aku ni selepas selesai belajar. Biasalah lepas belajar mesti kita nak kerja kan!. Sapa la tak kerja, takkan nak jadi pengganggur pulak. Menggaji *maksudnya belajar* tinggi-tinggi tapi kalau malas nak berusaha mencari kerja tiada guna jugak kan.

Sebenarnya aku dah mencari kerja merata-rata tempat ok. Tapi haram senyap dan sunyi sepi. Adegan paling best pernah aku buat masa nak cari kerja ialah aku pergi audition. Ini bukan audition AF, Mentor, Bintang RTM ke apa-apa yang merepek tu. Tapi benda ni memang lari bidang yang aku belajaq dulu Ok. Aku pergi Audition Deejay Radio. Terkejut tak? Kira apa janji aku mencuba ok. Dari duk umah goyang kaki tangan tak ada guna jugak kan. So dapat la pengalaman membaca skrip berita. Yang hairannya ada jugak kena baca macam pembaca berita setiap pukul 8.00 malam tu. Macam tu la aku kena baca. Tergelak-gelak baca. Pengalaman kot.hahahah

Sekarang ni, hati ku sedang meronta-ronta tak tahu nak pilih kerjaya atau lanjutkan lagi pengajian. Cewah, macam la aku rajin sangat nak sambung belajaq ni. Malas gak pikiaq-pikiaq benda ni. Tapi kena pilih jugak la secepat mungkin. Harap-harap peluang kerja sampai dengan cepat. 

2 ulasan:

wenk berkata...

relax la bro...keje tu tetap ade tapi kena usaha la cket. Cuba kuar dari kg...pg duk kat kl. dalam resume tu pakai alamat kl.baru majikan senang nak ambik ko koje kat kl.

Mr. Straw berkata...

ok bro..tq bagi nasihat.tp wat masa skrg duit tgh sengket..so aku duk kg dlu la.cri duit..dah ada duit pket baru aku nek k.l..