Rabu, 30 Mei 2012

aku dan telur

Assalamualaikum

Ini kisah guwa kecil-kecil dulu. Dulu punya cerita masa guwa budak hingus-hingus la baru cecah umor 3,4,5,6 tahun gitu lah.

guwa selalu pergi umah tok guwa waktu tengahari. tok guwa boleh agak dah kenapa guwa selalu datang time tu. sebab tok guwa selalu simpan stok telur ayam dalam bekas tapawer besar.

dulu-dulu guwa cukup pantang kalau telur goreng guwa ada telur kuning tu. guwa cukup bengang la dan selalu buang telur kuning tu.


alasan dia mudah jer. orang tua-tua cakap makan telur kuning kentut busuk. Jadi demi mengelakkan kentut guwa busuk guwa tak makan lah. sebab tu guwa selalu makan kat umah tok guwa. sebab dalam telur ayam dalam bekas tapawer tok guwa tu dah diasingkan telur kuning dan putih.

ohhh heaven guwa rasa time tu. guwa leh goreng bukan ikut saiz telur ayam biasa tapi ikut saiz senduk bulat yang besar tu. perghhh telur goreng guwa selalu besar lahh..hahahahhaha..

itulah kisah guwa dengan telur goreng masa kecik-kecik dulu. sekarang guwa bedal jer semua. hahahaha. tak kisah la kentut busuk ke tidak..janji kentut adalah untuk buang angin kotoran..hahahahahhaha.memang la busuk kan..hahaha..

Selasa, 29 Mei 2012

sukar nak puaskan hati semua orang

Assamualaikum.

Situasi macam di atas ni memang selalu dah semua orang alami. Mesti semua orang ada pengalaman benda-benda macam ni. 

Benda ini akan terjadi atas pelbagai faktor-faktor lah. Ajakan rakan-rakan, majlis penting dan macam-macam lagi peristiwalah.

Tapi sekurang-kurang kita kena faham jugak situasi pihak orang lain. Mungkin ada sebab tertentu kenapa tak dapat hadir atau ikut ajakan orang. asalkan kita jelaskan sebab-sebab tertentu supaya orang faham.

Sepatutnya kita sebagai kawan ucaplah terima kasih dan sebagainya tapi susah kita nak puaskan hati semua orang. Benda ini akan timbul jugak. Walaupun sekadar melawak atau sebagainya sekurang-kurang fikir lah perasaan orang.

Bagi aku, semua benda aku akan cakap kenapa tak dapat hadir atau penuhi permintaan orang. Sebab kita pon ada masalah dan komitmen lain. Jadi harap semua faham lah.

Tapi tu lah..manusia, ada ja yang tak kena. Ini tak puas itu tak puas. Sebab hati orang ni macam-macam. Bukan kita boleh baca hati dan fikiran orang tapi sekurang-kurangnya kita minta orang faham keadaan dan komitmen kita ni. Ituja. benda simple dan mudah untuk faham.

tapi kalau tak faham jugak nak buat macam mana. ada otak ada akal fikir sendiri lah.

Isnin, 14 Mei 2012

Oh... Nyah kau...

Assalamualaikum...


Nak dijadikan cerita, guwa baru ja abis belajar kat suatu tempat bernama bandar K to L.  Tapi sekarang guwa sudah pindah ke lokasi baru iaitu Anak Mami Jarum.

Guwa selalu dengar cerita kengkawan yang cakap awek-awek Anak Mami ni cun melecun. Guwa teramat teruja time tu sebab guwa nak pindah ke sana. 

Dalam hati guwa berbunyi " cun sangat ke anak mami ni. hati guwa tertanya-tanya". tetapi nak dijadikan cerita guwa rasa tak penah pulak nampak anak Mami lagi buat masa ni sepanjang guwa kat pulau anak Mami ni.

"hati guwa berkata, pupus dah kot anak mami ni?" lantoi punya hati guwa berkata begitu rupa. Jadahnya guwa tak tahu tetiba guwa berkata begitu.

Ok fine guwa telah melakukan satu ekspidesi menerjah Anak Mami namun sesaampai hari ini misi guwa tak tercapai kerana guwa sibuk dengan tuition. kehulu kehilir guwa merantau sana sini padahal guwa balik kampung ja.

Ok, fine fine, dijadikan kisah guwa menginap kat kondo guwa sekarang ni. Ada 4 bilik dalam kawasan guwa. Sebelah paling dekat dengan tangga Pak Arab pakistan mana hala guwa tak kenal. Senyum pon tak nak. Guwa leh tengok aja sebab badan dia besar. Konfom guwa KO kena kalau main aci cubit-cubit ngan Pak Arab tu.

Abaikan Pak Arab, guwa punya jiran ada kiri dan kanan. sebelah kiri guwa punya ada brader kecik halus moleh jer. Ada lebih kurang tinggi paras perut guwa. "tanda guwa menipu". sebenarnya dia di paras bahu guwa jer. tapi kira guwa bangga la sebab guwa rasa besar dari dia. Oh terasa bongkak tetiba guwa.

 ********************************
 
Sebelah kanan guwa punya jiran adalah 2 alam punya orang. Tetiap malam sebelum tido ada ja bunyi orang mengilai-ngilai tepi tingkap cari geng 2 alam dia.

hati guwa dah panas mengelegak sakit hati tak dapat tido ada hantu menjerit tak tentu pasal. ini orang punya Nyah ni buat guwa punya hati bikin panas malam-malam buta.

kerbau pon tahu tido lah. tak da la menjerit macam suara kecik + garau. Loya telinga guwa terdengar. Setiap malam guwa akan check bilik guwa kunci ke tidak.

diatas faktor-faktor keselamatan. Guwa telah menambah aksesori kunci bilik guwa. Gila bilik sebelah guwa rasa tergugat ja. takut diapa-apakan.

ada satu hari guwa bawak guwa punya puan seri singa datang menghadap lokasi kondo guwa. Guwa suruh puan seri singa guwa tunggu bawah. Guwa nak amik barang kat kondo guwa yang teramat mewah.

setelah sekian lama guwa tak ternampak specis Nyah itu sejak jiran guwa terpindah, berpindah ke ntah la guwa pon tak tahu tapi guwa dah rasa terlepas dari ancaman keselamatan. tetiba guwa ternampak bekas jiran guwa berjalan lenggok macam ayu terlebih ja.

kalau lawa tak pe gak. ni guwa tengok kaler dah sama macam orang aprika nuh.. ditambah lagi dengan lomak-lomak kat selaput "perut" dan sebagainya membuatkan guwa mula rasa pening. Terus guwa jalan tengok bawah. konon-konon guwa takut tersadung kalau berjalan kaki tengok benda tak sepatutnya.

**********

setelah selesai guwa punya urusan. Guwa tanya sama puan seri singa guwa ada cakap tak dengan Nyah Aprika tu. Puan seri guwa cakap si Aprika tu tegur dengan suara lelembut gitu. Ohhh tak tahan guwa rasa telinga guwa dengar.

Puan seri guwa kata ingatkan perempuan rupanya "JANTAN". Sebab puan seri guwa kata si Aprika tu pakai "COLI". ohhh makin teruk perubahannya.

Nasib baik guwa sudah terselamat kerana si Nyah Aprika tersebut berpindah lokasi. bukan jiran guwa dah.

oh sekian guwa punya cerita tak tentu pasal...tetiba mula cerita lain.ending cerita lain..


Jumaat, 11 Mei 2012

Tak perlu tunjuk sangat..

Assalamualaikum..

Aku tengah berserabut sekarang. Segala bagai kerja perlu aku setelkan. Sekarang aku nak luahkan dalam belog tercinton aku nih..

Alkisahnya aku kadang-kadang terbuka la jugak fb a.k.a muka buku biru yang menjadi kesukaan sekelian makhluk muka bumi ni buat masa ni. 

Aku lihat, aku pandang, aku baca dan akhirnya aku menyampah. Damnn tetiba emosional disini. Ya aku tahu tu FB masing-masing tapi kalau setakat post benda macam tu tak payah la. macam riak ja aku nampak.

Tahu la hangpa leh masuk Universiti. tapi tak perlu nak bagitau sekelian alam hangpa tu leh masuk Universiti. Tahu la hangpa tu bijak pandai tapi tak perlulah bagitau sekelian alam bagitau pasai segala kajian hangpa tu.

Post ni juga harap terpalit jugak kat diri agar insap jangan terlalu riak dan bongkak. Tak semestinya kita masuk Universiti masa depan tu terpampang cerah. In the end hangpa kena pandai jual diri *bukan bermaksud jual body ke apa* tapi jual diri dari segi kecerdikan, kematangan, kepimpinan dan kesungguhan dalam bekerja.

Aku tahu aku tak sepandai hangpa hangpa tu. Ya la tahu la hangpa berusaha tiga tahun nak menggulung ijazah tapi bayangkan lah kalau kawan-kawan kita yang tak ada degree terbaca..apa perasaan mereka?Tapi rezeki ni Allah yang berikan cuma kita sendiri kena kuat berusaha dan sentiasa dekat dengan Allah. Itu yang penting sebenarnya.

Moral of stories. Nak post apa-apa pon biarlah sesuatu yang membawa kepada arah kebaikan. Tapi tak perlu tunjuk-tunjuk sangat keriakkan anda semua tu.  

Sabtu, 5 Mei 2012

2 bulan lagi

Assalamualaikum.

Lama gila aku tak hupdate belog. Bulan 4 catat rekod tak ada langsung entry. Menunjukkan aku teramat sibuk la kot. Hahahahhaa. Tapi memang sibuk pon sebenarnya.

pejam celik pejam celik ada lagi 2 bulan sebelum aku menamatkan perjuangan aku di pulau pinang ni. Sudah hampir 2 tahun aku berada di sini. Sekelip mata dah hampir tamat. 

Selepas ini, kemana arah tuju aku? tak dapat dipastikan lagi kerana masih belum mendapat jawapan. susah benar menunggu jawapan. mungkin kekal di pulau pinang atau kembali berhijrah ke suatu tempat yang baru.
tak siapa pon tahu lagi masa depan macam mana.

aku dah cuba mencorak perjalanan tapi jawapan masih tak dapat, jadi jalan aku masih tersekat dan masih belum dapat disambung. Kena tunggu lagi la jawabnya.

Bila dah dapat jawapan aku akan beritahu kemana arah tuju aku selepas pulau pinang. apa yang penting perjalanan kali ini mencari sesuatu yang berbeza setelah 5 tahun menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar.

3 tahun di Kuala Lumpur dan 2 tahun di Pulau Pinang, satu tempat yang berbeza dan ada tarikan yang tersendiri. Pelbagai pengalaman aku pelajari hampir 5 tahun berkelana. 





Sebahagian ekspedisi yang aku ikuti semasa di Pulau Pinang. Merata jugak aku berjalan sebenarnya. ahahahahah. Aku nak cakap satu ja. Jika ada kemahuan disitu ada jalannya.

Jangan cepat mengalah sebaliknya kita kena berusaha dengan lebih gigih untuk mencari kejayaan. Sekarang aku sedang mencari hala tuju masa depan aku pulak dengan membawa bekalan 5 tahun pengalaman dan cabaran yang telah aku tempuhi selama ini.

Aku bermula dari kosong, cukup sekali merasa kekecewaan, aku inginkan sesuatu yang memberi kepuasan dalam hidup aku.

Doakan aku mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Mungkin selepas ini dunia baru, alam baru, hidup baru bakal menyusul. Zaman berkeluarga akan muncul. Cuma lambat dan cepat sahaja. Diharapkan cik puan simpang 4 sabar menunggu la. Kena mencari duit sekarang untuk kumpul-kumpul.

Cukup sekadar sini saja. Aku tak tahu nak tulis apa dah. aku tak suka heboh-heboh dan siapa yang kenal aku tu harap anda semua tegurlah aku jika ada buat salah dan silap. cukuplah sekadar hangpa semua tau aku masih belajar. tahap mana tu biarlah rahsia. yang tahu tu buat-buat tak tahu. simpan dalam hati sudah..

Khamis, 3 Mei 2012

Journey to the Historical State!

Assalamualaikum.

Sudah lama guwa tak hupdate belog. Guwa rasa teramat rindu pada belog guwa ini namun apakan daya masa guwa sentiasa tersekat dengan hal-hal remeh temeh seperti tido berlebihan, ber "smash" bersama rakan-rakan dan sekian waktu dengan buku * kenyataan yang agak menipu disini *

Jadi guwa hanya nak update gambar jer sekarang. Tak nak tulis panjang-panjang sebab guwa dah malas nak mengarang merapu meraban nih. Sebab guwa rasa tak ada idea dah nak tulis apa apa.








Travel menggunakan kaki dan mengayuh GEREK @ Basikal lebih seronok berbanding travel menggunakan kereta dan sebagainya. Walaupun guwa teringin naik beca tapi memandangkan harga sekepala RM10.00 so baik sewa gerek ja RM10.00 satu hari.pusing sampai pecah peluh..

Lepas ni guwa rasa nak datang lagi la Melaka. Guwa tak puas musing lagi nih. Hahahahaha. Sekian the journey of young people + cute + comel.