Isnin, 23 Januari 2012

1st and Last....

Assalamualaikum

Sudah lama aku tak merapu meraban dalam belog nih. Hari ni baru ada rasa kelapangan sikit. Biasalah full time studies memang macam nih. Berlagak sibuk entah apa-apa. Hahahahah. Tapi memang benar, aku tersangat sibuk.

Setelah setel semua kerja. Tinggal lagi tesis ja still on going. Peneman sejati dikala sunyi membelah awan sekitar kawasan kampus usm nih!!damn arghhh..orang lain sedap-sedap bercuti kat kampung. Aku terperuk sorang-sorang kat sini. 

Dalam sibuk sempat pergi Queensbay. Tempat keramat orang-orang muda nak berpoya-poya. Tempat dating antara famous la kat penang nih.Aku saja nak pergi tengok-tengok ada apa yang menarik sangat.

Kat situ aku decide nak merasa aiskrim. Orang kata sedap. Aku pon nak try la jugak la sedap macam tu. Nak tau aku makan aiskrim apa?Hohohohoohoh.. tengok jer gambar kat bawah ni. Hohhhhhh..


Sedap tu sedap tapi. Tapi harga dia yang tak tahan..Hummm. Ni orang kaya-kaya boleh la makan. Aku? kali pertama dan terakhir la kot. Baik makan aiskrim McD! kualiti sama tapi murah.Hahahahhaha..

Ditamatkan perjalanan dengan view yang boleh dikatakan cantik la. Duk tepi laut kena angin sepoi-sepoi bahasa best gak. Hindarkan diri dari tengok buku tebal-tebal. Walhal dah siap beli buku guna baucar RM200. Tapi baru ja guna RM100. ada lagi 100. nak beli apa lagi?hmmmmmmm


Sekian entry yang tak berapa ada motif. Nak share apa pon tak tau. Tapi yang pasti kalau nak berbelanja tu. Ikut kemampuan la. kadang-kadang kita boleh dapatkan sesuatu benda dengan kualiti yang sama tapi lebih dengan harga lebih murah. Buat apa nak membazir. 

Nasihat dituju khas kepada diri sendiri dan sapa-sapa nak terasa la..

5 ulasan:

tomatokering :) berkata...

hamboihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh~
walaupong hang musuh aku tapi aku doakan hg berjaya buat thesis hang ! :p

Mr. Straw berkata...

timakasih mendoakan aku wahai musuh!!

Umie Artoqiemie berkata...

weh, baik kau beli eskrem rm1.50 sodap pun sodap haha.

Semut Senyum berkata...

mencari kualiti yang terrrbaikkk!!! =)

QasehMizTipah berkata...

cantek awan awan tu! ^_^