sejak 3 bulan lepas sampai la hari ni aku sentiasa mengadap komputer ofis aku. boleh kata tetiap hari aku menaip tapi sikit pon tak penah aku teringin nak update dalam belog. kalau ada pon hanya entry yang dipelopori gambar. nak taip pon malas dohhh. bahasa budak-budak tengah up sekarang.
walaupun aku punya belog tak popular. tak penah pon ada orang datang merayu kat aku silalah update entry ke apa. demmmm.. memang nampak sangat dah aku tak pemes. demmm demm demm. dah la team aku man utd baru kalah 2-4 ari ni. sedangkan menang pon orang cakap beli pengadil, menang nasib, tipu ini tipu itu. sudahlah. ada aku kisah. bukan aku lahir kat england pon. hekhek.
ok, berbalik kepada kisah yang aku nak cerita sebenarnya. waktu kejadian itu pada jam 9.00 pagi. mesti hairankan kepada perlu pukul 9.00 pagi, ada 12 nombor dalam jam tapi kenapa aku pilih jam 9.00 pagi. segalanya akan terungkai.
ketika jam 9.00 aku baru tengah bersiap-siap dengan amat smart + hensem + macho. sambil menghadap cermin di dalam bilik membelek muka aku. aku amik minyak rambut jenama "x" yang mempunyai cover warna merah menyala. aku calitkan sikit kat rambut demi membuat gaya rambut remoih ke depan. apa jadah aku cerita tentang aktiviti pagi-pagi bersiap ni.
selalunya orang yang bekerjaya akan bersemangat masuk ofis jam 9.00 pagi. ada yang terlebih rajin jam 8.30 pagi dah terpacak depan pintu kononnya mempunyai semangat berkobar-kobar untuk bekerja. tapi aku masih steady bersiap dengan penuh berdisiplin. puiii. macam haprak woiii.. masuk ofis pukul 9.00 pagi la banggang.. ingat tu ofis bapak hang ka.. demmm...
macam biasa aku masuk ofis tanpa rasa bersalah kerana lewat sehingga 30 minit. so faham-faham sajalah aku masuk ofis pukul berapa.dasar tak ada disiplin punya orang. jadi rutin aku seharian adalah memberi khidmat urutan badan profesional kepada pelanggan yang inginkan khidmat aku. demmm aku menipu. hahahhahah.. woit aku bukan kerja urut-urut lah. mau patah tulang orang kena urut dengan aku nanti.
aku kerja sebagai kuli kepada bos aku yang terlibat dalam beberapa projek. jadi dengan alasan kerja yang semakin bertimbun menyebabkan tangan aku tak termampu untuk mengepost bebanyak entry untuk dikongsi kepada fans-fans fanatik aku..puii boleh blah woi..perasan tahap gaban pa. femes pon dak. entah-entah orang pon tak tau pon belog aku ni..hahahhahahaa....
jadi inilah punca segalanya aku tak terupdate benda pa pon kat belog nih.hahhahaha..
pentingkan kerja dulu lah..baru bergiat untuk menjadi pekerja efisien katanya..hahahhaha
demmm.
kena ubah perangai tak senonoh masuk ofis lambat. disiplin disiplin woiii...
2 ulasan:
potong gaji...hehhe
hahaha sy suka cara awak tulis ni. buat org nk gelak je.
sila jd pekerja yg baik ok! hihi.
Catat Ulasan