Ahad, 18 Disember 2011

M.A.S.A

Assalamualaikum

Lama benar tak jengah kat belog aku nih. Baru hari ni ada mood nak tengok-tengok. Datang ziarah kejap kat belog tak ketahuan nih. Bila fikir, baru aku sedar dah 4 tahun aku berblog. Lama jugak tu. 

Sekarang aku dapat rasakan makin cepat masa berlalu. Dah dekat exam pon. Mampus!!! Study tak tentu hala. Report dan Master Plan tak siap-siap lagi. Mati la. Tesis yang tercinta tertangguh gara-gara kerja yang terlalu banyak. 

Sem depan dah last. Sudah nak habis pon perjuangan aku hampir 2 tahun di bumi Penang nih. Dah hampir 5 tahun aku belajar saja. Cepatkan. Lepas ni menempuh alam baru. Alam pekerjaan. Macam mana la agaknya alam baru ni??hohohohoh

Harap-harap aku berjaya tamat dengan baik tahun depan. Genggam skrol sekali lagi. Penamat yang tak pernah aku janggakan. Kalau ikut kronologi jalan cerita *dah macam filem dan drama bersiri* tak terjangka sampai tahap nih. macam mimpi pon ada..

Kepada kawan aku, selamat menempuh alam perkahwinan. Dah kawin pon hang no. Dulu merepek merapu meraban dengan aku. Sekarang hang dah kawin pon. Dah ada keluarga pon noh. Rasa cepat sangat masa berlalu. Kawan satu persatu semua menempuh hidup baru. Aku akan menyusul nanti. Cuma bila masanya akan tiba? suatu hari nanti...



Dalam 7 orang ni sapa la pulak akan kahwin dulu? hahahahhahaa. Tunggu dah lihat ja nanti. Paling pasti aku last kot. Sebab aku masih belajar. Boleh terima dak alasan ni???hahahhahaha. 6 orang lagi tu semua dah kerja..





Perbezaan muka aku..hahahahahha..lawak betoi ehh..cukup disini saja..sekian.

2 ulasan:

Syahbinar Shuib berkata...

Lokasi: Masjid Pdg Matsirat

hahaha.. anjakan paradigma !

syukrihasshan berkata...

tepat sekali..