Rabu, 28 Disember 2011

In progress


Sedang berusaha untuk menyiapkan chapter 2 dan 3. warghhh. tekanan jiwa macam nih! minggu depan start exam dah. sempat ke tak sempat ni?huhuhuhuh.
Merana hidup demimu yang hanya tinggal 1 sem lagi.

Isnin, 26 Disember 2011

Ketemu Diva 4 Tokai

 Assalamualaikum.

Semalam pergi jumpa DIVA!!hahahahahaha.

 


 Langsung aku demam hari ni. So rehat jer la..hohohohohoh..

Jumaat, 23 Disember 2011

Jamuan selepas penat..hohoho

Selepas selesai presentation pagi tadi. Kami semua telah dibelanja oleh Pensyarah. Perghhhh.. Terbaiklah, memamg berbaloi. Hohohoohoh..






Makan Steambot sampai pecah perut! Hahahahhaa..Kualiti gambaq yang tak seberapa. Biasalah, dari handset murah ja. Hohohoh

Isnin, 19 Disember 2011

Sekitar Lima 2011

Jom layan gambar. Entry paling malas dari aku.hahahahhaa

















Sekian. Enjoy!! MILO KAW 1..

Ahad, 18 Disember 2011

M.A.S.A

Assalamualaikum

Lama benar tak jengah kat belog aku nih. Baru hari ni ada mood nak tengok-tengok. Datang ziarah kejap kat belog tak ketahuan nih. Bila fikir, baru aku sedar dah 4 tahun aku berblog. Lama jugak tu. 

Sekarang aku dapat rasakan makin cepat masa berlalu. Dah dekat exam pon. Mampus!!! Study tak tentu hala. Report dan Master Plan tak siap-siap lagi. Mati la. Tesis yang tercinta tertangguh gara-gara kerja yang terlalu banyak. 

Sem depan dah last. Sudah nak habis pon perjuangan aku hampir 2 tahun di bumi Penang nih. Dah hampir 5 tahun aku belajar saja. Cepatkan. Lepas ni menempuh alam baru. Alam pekerjaan. Macam mana la agaknya alam baru ni??hohohohoh

Harap-harap aku berjaya tamat dengan baik tahun depan. Genggam skrol sekali lagi. Penamat yang tak pernah aku janggakan. Kalau ikut kronologi jalan cerita *dah macam filem dan drama bersiri* tak terjangka sampai tahap nih. macam mimpi pon ada..

Kepada kawan aku, selamat menempuh alam perkahwinan. Dah kawin pon hang no. Dulu merepek merapu meraban dengan aku. Sekarang hang dah kawin pon. Dah ada keluarga pon noh. Rasa cepat sangat masa berlalu. Kawan satu persatu semua menempuh hidup baru. Aku akan menyusul nanti. Cuma bila masanya akan tiba? suatu hari nanti...



Dalam 7 orang ni sapa la pulak akan kahwin dulu? hahahahhahaa. Tunggu dah lihat ja nanti. Paling pasti aku last kot. Sebab aku masih belajar. Boleh terima dak alasan ni???hahahhahaha. 6 orang lagi tu semua dah kerja..





Perbezaan muka aku..hahahahahha..lawak betoi ehh..cukup disini saja..sekian.

Ahad, 11 Disember 2011

Kerja Gila.

Sabtu: 10/12/2011, Feri 8.30 dari Penang ke Langkawi...
Ahad: 11/12/2011, Feri 5.15 dari Langkawi ke Penang..

Demi kawan baik yang menikah selepas isyak tadi...Alhamdulillah..dah di dunia baru dia sekarang..aku? haish...lambat lagi ler...

Khamis, 8 Disember 2011

Kupon Kupon..makan murah...






Kupon RM5.00 leh makan yang harga RM16.00!
Sekali ni ja cuba. Lepas ni tak dah kot..hahahah

Rabu, 7 Disember 2011

Wordless Wednesday #18

 
 Gambar blur sebab si snap tu tengah ketaq lutut!

Sabtu, 3 Disember 2011

Senyum Itu Penting..

Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday #17


Mari Membaca!!!

Selasa, 29 November 2011

Alone...

Assalamualaikum

Selamat malam!! Wahhhh, kenyang perut aku hari ni tanpa mengeluarkan duit kerana aku pergi trip hari ni ke Bertam Properties dan Rumah pensyarah aku. Pakat jamu makanan saja hari ni.

Mata pon dah layu sebenarnya nih. Kenyang dari petang tadi tak habis-habis lagi. Tapi aku gagahkan mata aku untuk dibuka secara meluas demi menulis di belog tercinta "cinta la sangat"... sebab dah cinta benda lain kot..hahah..

Tajuk aku tulis english tapi aku tulis dalam bahasa melayu. Lantak lah, belog aku suka hati aku lah nak tulis tajuk dalam bahasa apa pon. Berbalik kepada cerita Alone nih. Aku pernah alami benda. Bahkan sekarang pon aku tengah alami.

Duk dalam bilik tanpa roomate. Ada orang nak duk sorang-sorang, ada yang nak kawan atau roomate dalam bilik. Kes aku lain sikit, sebab bilik aku patut ada roomate tapi tak ada orang pon masuk dalam bilik aku nih. Privasi aku lebih sikit la dalam bab nih. Hhahahahahah.

Dulu di Kuala Lumpur aku ramai roomate sebab duk satu rumah jadilah housemate. Hahahhaha, so ramai lah kan. Sejak berpindah ke Penang nih, sorang-sorang ja. Sedih benor yob. Dulu masa 1st sem aku kat Penang ni, perghhh aku boleh buat gila pergi tengok wayang sorang-sorang.

Makan sorang, pergi kedai sorang, pergi jalan-jalan sorang dan segala aku buat sorang-sorang dulu. Maklumlah tempat baru, belum jumpa geng sekepala lagi.. Tapi kini tak da la keluar sorang-sorang dah cuma duk dalam bilik ja masih sorang sebab tak da tanda-tanda akan dapat roomate pon. Haduihhhh..

Sudah jumpa geng sekepala dan segila aku nih dan jumpa penyeri hidup aku. Syukurlah dengan segala kurniaan dan dugaan yang aku terima. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. 

Berada dalam tahap terakhir penghabisan pengajian. Semoga semuanya berjalan lancar dan memudahkan aku. Hohoohoho..ingin tahap yang lebih tinggi tapi fikir-fikir balik hutang pon makin banyak. Cari duit bayar hutang dululah. 

P.h.D akan digenggam bila masa sesuai akan tiba dan bila rezeki adalah (cewah sembang macam layak ja buat). Buat masa sekarang nak kerja cari pengalaman selepas nih...cepat la habissssssss....tak larat dahhhh nihh....

Hanya Gambar....


Isnin, 28 November 2011

26.11.11




:-)

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday #16


Lapar.sekian..

Selasa, 22 November 2011

Meraikan Harimau Muda Menang....hahaahaha.

Assalamualaikum...

Fuhhhh, syahdu rasanya setelah perut guwa disumbat segala mak nenek makanan. Berbaloi-baloi guwa ikut kawan sekelas guwa pergi makan tadi. Sebab dia belanja guwa pon senyum lebar lah. Kalau makan biasa-biasa tak la beb, tapi ini tempat guwa pon tak berapa mampu nak makan. Duk berguwa-guwa pulak aku sekarang nih. Setel kelas pagi tadi kawan guwa ajak la guwa pergi makan kat korea selatan. Guwa apa lagi. ikut jer la.. orang nak belanja.

Kalau tengok tempat aku makan ni. Hummmm, aku pon pikir berpuluh kali jugak nak makan. Entah 1 tahun sekali ja kot makan. Mungkin 3 tahun sekali pon boleh jugak. Hahahahahha. Disebabkan Harimau Muda menang EMAS!! Kami pon pergi raikan. Sebenarnya tak da kaitan pon. Hahahhaha, saja nak pergi lepak-lepak untuk hilangkan tekanan jiwa dan perasaan terhadap studio tercinta serta tesis yang menunggu bab-bab seterusnya yang perlu dihantar.

Jom layan gambar-gambar guwa dibawah dengan melihat muka-muka yang sedang kelaparan tahap gaban. Champion makan paling banyak dapat kat wanita beb. aku pon tak mampu nak makan dah. Perut apa la kawan aku sorang tu.







Hohohoho. Orang belanja jangan tolak. Gila banyak aku makan. Sumbat bermacam benda.Hahahahaha, bayar mahai-mahai kena la merasa semuanya.Hahahahhaha.. 

Perut pon dah kenyang. Mata pon dah layu. Apa lagi, panggilan katil tercinta memanggil dengan ghairahnya. Aku dah penat, kenyang, keras perut, dan segala bagai aku terasa dalam perut nih. So tido merupakan aktiviti paling efisien sekali untuk menamatkan perjalanan hari ni.hahahahha