Isnin, 28 Jun 2010
Menyeberangi Jambatan Pulau Pinang.....
Baru aja tadi aku mendapat panggilan dari kwn aku. Berkenaan nk langkah jauh ni. Kwn aku ckp boleh tangguh dlu nk masuk hingga bulan 12 ni pon boleh. Ok jgk 2. So nk tangguh ke tak yer??
Labels:
buntu
Selasa, 22 Jun 2010
Melangkah lebih jauh lagi..........
Assalamualaikum.
Entry malam ni pasai seperti tajuk diatas tu. Hummm, aku pon tak tau pa motif tajuk tu sebenarnya. Duk terpikiaq jgk kan apa sebenarnya aku nk cakapkan (tulis dlm belog ni lah). Orang tua-tua ckp pegi lah cari ilmu sementara masih muda lagi, nnti dah tua-tua dah malas nk cari dah ilmu ni. Dengan laut yang bergelora sekarang ni (kg aku kat langkawi ) jadi perjalanan sangat lah berliku untuk melepasi ombak-ombak. Cewah ayat baik punya ni. Aku dah merepek-repek dah ni.
Aku harap dengan melangkah lebih jauh ni dapat lah merubah sedikit kehidupan aku di masa akan datang. Kita hnya mampu merancang tapi Allah yang tentukan rezeki kita ni. Tapi kena jugak berusaha kalu tak macam mana kita nk dapat sesuatu benda tu. So kali ni aku akan melangkah lebih jauh dari dulu, mengharungi cabaran yang lebih mencabar. Peluang ni hanya datang sekali ja. Aku harap dapat buat pilihan yang tepat sebab ni akan membuatkan hidup aku menjadi lebih baik dari sekarang. InsyaAllah.
Labels:
harapan
Piala Dunia 2010
Assalamualaikum.
Di malam dinihari yg sejuk sambil memeluk bantal busuk sememangnya sangat melayan kalbu tp sejak bulan 6 ni ramai dah yang tak tdo malam gara-gara demam bola sepak. Haish, tapi kan aku tgk piala dunia tahun ni mcm kurang menarik. Pasukan-pasukan handalan nampak tak mengancam dan sukar nk sesuaikan diri dengan keadaan bola dan padang. Permainan yang bermutu kurang ditunjukkan dan kebanyakkan taktik permainan pasukan-pasukan lemah ialah serang balas lepas tu bertahan sampai abis perlawanan. Menjadikan corak permainan membosankan dan tidak terhibur. Mmg la semua taktik nk menang. Semua team nk menang kan tapi tu lah lama-lama jadi bosan bila tgk sebab tak rancak.
Borin kot tgk permainan cam 2. Jadi bosan gila-gila. Pastu masalah dalaman pasukan negara Perancis yang bergolak apabila Nicolas Anelka telah dihantar pulang. Penjaga gol kritik bola macam bola jual kat tepi jalan. Capello bagi alasan England tertekan. Macam-macam lah. Hope lepas ni dpt tengok permainan yang lebih rancak dan best.
Labels:
tentang bola
Sabtu, 19 Jun 2010
Kenangan Episod 1
Malam ni aku nk cakap pasai zaman mula2 aku jejak kaki dekat U ni. Kalau tak silap tarikh aku mula jejak kaki kat UM pada 1 Julai 2007. Time pendaftaran mmg agak kelam kabut ckit. Aku pulak paling last daftar diri..hahah. Biasa lah hero mmg slalu lambat. Lawak bila teringat balik saat mula masuk U ni. Langsung tak tahu apa benda. Tp kira ok la sebab ada gak geng seKolej iaitu Suhaizat Rashid dan Siti Zubaidah Saad. Dpt UM dan kolej yg sama.
Ni mula-mula org ckp 1st year. Zaman tak tahu apa-apa lagi. Kira sronok ja. Bukan nk belajaq sgt. hahaha. Cuba tgk muka si Ejad ni. Ntah apa-apa perangai. Adoi. Letih melayan budak skolah rendah ni. Tp dia mmg happy slalu tak kira tempat, masa, saat dan alam sekitarnya. Aku tak panggil dia Ejad tp Angah sbb gelaran dr skolah lagi. Kat UM geng-geng aku pggl dia Ejad Gila. Haha * tu aku saja tambah *. hakhak.. Ok Ckuplah crita ni. Nnti smbung dlm episod seterusnya.
Labels:
kenangan
Ahad, 13 Jun 2010
SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER
Assalamualaikum..
Ok. Malam ni aku just nk sertai segmen Ben Ashaari. Bukan pa, dah syarat nk join benda ni mestilah follower bawah dari 100. Jadi blog aku yg tak seberapa popular ni memang layak la. Tima kasih kepada Ben Ashaari kerana komited betol nk menolong blogger-blogger.
So kepada sapa2 yg berkeinginan nk join boleh la membuat seperti di bawah:
Anda hanya perlu buat satu entri seperti berikut :
1) letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19 (Cth)
2) letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri ini.
Sebarang maklumat silalah melawat ke
http://www.benashaari.com
dan bolehlah berhubung dengan Ben Ashaari yang begitu komited dan prihatin.
http://www.benashaari.com
dan bolehlah berhubung dengan Ben Ashaari yang begitu komited dan prihatin.
Labels:
harapan
Isnin, 7 Jun 2010
Masa Depan!
Bermulanya saat aku balik kg memang tak ada mood langsung nak berBelog ni. Tak tahu kenapa? Mungkin hati ku runsing mengenangkan nasib di masa akan datang. Berjiwa emosional sikit sekarang ni. Mood aku sekarang hanya terpikiaq (Bhs Kedah) mewakili fikir ok. Kot la anda-anda semua tak faham. Pikiaq masa depan aku ni selepas selesai belajar. Biasalah lepas belajar mesti kita nak kerja kan!. Sapa la tak kerja, takkan nak jadi pengganggur pulak. Menggaji *maksudnya belajar* tinggi-tinggi tapi kalau malas nak berusaha mencari kerja tiada guna jugak kan.
Sebenarnya aku dah mencari kerja merata-rata tempat ok. Tapi haram senyap dan sunyi sepi. Adegan paling best pernah aku buat masa nak cari kerja ialah aku pergi audition. Ini bukan audition AF, Mentor, Bintang RTM ke apa-apa yang merepek tu. Tapi benda ni memang lari bidang yang aku belajaq dulu Ok. Aku pergi Audition Deejay Radio. Terkejut tak? Kira apa janji aku mencuba ok. Dari duk umah goyang kaki tangan tak ada guna jugak kan. So dapat la pengalaman membaca skrip berita. Yang hairannya ada jugak kena baca macam pembaca berita setiap pukul 8.00 malam tu. Macam tu la aku kena baca. Tergelak-gelak baca. Pengalaman kot.hahahah
Sekarang ni, hati ku sedang meronta-ronta tak tahu nak pilih kerjaya atau lanjutkan lagi pengajian. Cewah, macam la aku rajin sangat nak sambung belajaq ni. Malas gak pikiaq-pikiaq benda ni. Tapi kena pilih jugak la secepat mungkin. Harap-harap peluang kerja sampai dengan cepat.
Labels:
buntu
Langgan:
Catatan (Atom)