Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet...Bajet Gempak!

Assalamualaikum..


Terasa nak menulis pulak hari ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia alam maya. Maka dengan ini guwa nak menyebut kisah Bajet.

Bercakap mengenai Bajet ni semalam dengan senyum lebar dibentangkan Bajet 2014 oleh PM kita sapa lagi kalau bukan Datuk Najib.

Intipati secara keseluruhan memang menyentuk setiap aspek dalam memperkasakan ekonomi dan memakmurkan rakyat. 

Tetapi, itu hanya pengumuman. Apa yang rakyat Malaysia ingin lihat ialah perincian setiap perbelanjaan itu dijelaskan dengan lebih baik. Pihak pentadbiran Malaysia perlu mengeluarkan satu laporan untuk menunjukkan kemana hala tuju wang rakyat itu disalurkan.

Setiap perincian ini untuk mengelakkan berlakunya ketirisan wang kepada pihak yang tidak sepatutnya, dimakan oleh kroni-kroni dan sebagainya.

Suara rakyat hanya inginkan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Walaupun berita beberapa kenaikan cukai seperti GST dan serta subsidi gula dikurangkan sememangnya sudah dijangka.

Namun, adakah rakyat malaysia bersedia menghadapi perubahan ini? sama-sama kita nantikan laporan dengan lebih terperinci pelaksanaan cukai GST ini terhadap barang-barang keperluan. Jadi, adakah PTPTN juga akan dimansuhkan cukai perkhidmatan???

jeng jeng jengg..

Ahad, 6 Oktober 2013

Im coming Home.....






Seketika guwa meninggalkan blog ini tanpa sebarang kabar berita nusantara bagai. Alkisahnya guwa sibuk sikit. tak banyak mana pon sibuk tu tapi masih kira sikit aja lah.. maklumlah sifat pemalas guwa update makin menjadi-jadi sejak pindah randah. macam orang nomad pulak kehidupan guwa sekarang. tapi itu rezeki. kita kena bersyukur. macam guwa jugaklah. bersyukur guwa mendapat rezeki dari Allah S.W.T.. 

Jangan risau belog ini pasti akan kembali meriah cuma bergantung kepada tahap obesiti guwa nak update ke tak.. sejak pindah randah ni berat makin naik mendadak haa.. 

betul cakap orang-orang tua, luas perjalanan luas pemandangan. perkataan merantau memang dah sebati dalam hidup guwa rasanya. sudah 3 tempat guwa merantau termasuk yang terbaru ni. kesimpulannya guwa memang belajar macam-macam benda.

guwa sudah mampu mengenal manusia mengikut pekerjaan dan sebagainya. memberi ilmu baru dalam selok belok perhubungan antara manusia. tengok lah gambar di atas. kronologi guwa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. kehkehkeh...

sekian update dari guwa si kaki perantau dan memantau.. apa-apa guwa update lain kali lah.. abaikan gambar yang banyak makanan tu.. penyebab guwa makin membesar..

guwa bukan lagi sipoot dlm kerang kerana kerang sudah pecah sebab kegemukkan melampau guwa..hahahahhaha.