Rabu, 1 Disember 2010

Jenis-jenis lelaki..

Malam ni aku nak jadi pakar lelaki sedunia yer. Bukan apa, cuma nak menolong wanita-wanita diluar sana agar pandai pilih lelaki yang sebetulnya. Senang cerita macam mana anda wanita perlu menilai lelaki tu.

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai… Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia…. kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat

Lelaki macam ni ada boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Jenis ni pulak, sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.Mengalahkan VIP pulak tu!
 
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Yang ni korang kena *Mark* (perhati betul-betul). Lelaki jenis ni selalunya mereka seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Lelaki jenis ni mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Selalunya mereka ni agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
 
Lelaki Keparat

Lelaki jenis ni memang tak masuk dalam korum sebagai lelaki pilihan la. Suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja termasuk keluarga dia sendiri untuk kepuasan diri dia sendiri. Anda juga mungkin akan menjadi mangsanya kalau tak berhati-hati.

Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang huduh tahap gaban. tahap kekeparatan dan asyik meminta wang menjadikan lelaki jenis ni dayus. Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak!!!!.

Sekian dari pakar lelaki sedunia oleh aku! Hahaha. Aku tulis ni sekadar peringatan kepada anda terutama wanita kerana zaman sekarang macam-macam jenis lelaki ada. Perempuan pon sama jugak macam-macam jenis. Ini just nak membantu anda lebih memahami bagaimana nak cari calon-calon suami. Errrr, aku tak pasti tergolong dalam jenis mana tapi yang pasti bukan yang last tu la. Playboy pon tak ok!!! Biarlah rahsia dulu untuk sementara waktu. Akan diumumkan pada tarikh yang aku terasa nak!! Ni just pandangan aku. Tak ada kena mengena dengan sapa-sapa. Mana nak tau kot-kot aku kena serang nanti. HehHehHeh..

Selasa, 30 November 2010

Nak bersalin pon kena Tinju?

Ni lagi satu kes aku baca kat surat khabar hari ni. Nak tau kes apa? Pegawal keselamatan tumbuk ibu nak bersalin. Terkejut beruk aku!! Apa punya jenis manusia ni? Teruk betul, patutnya dia tolong la bawak ibu tu ke wad bersalin cara elok-elok. Ni ada ke patut pegi tinju ibu bersalin tu. Nak tahu lebih lanjut kena la tengok kat sini Hmetro

Tak sangka aku, apa kejenis sikap manusia zaman sekarang ni? Apa masalah pengawal keselamatan tu. Sesuka hati ja tumbuk bini orang. Dah orang tengah sakit nak bersalin. Ish-ish. Dunia-dunia oi. Kejam sungguh pengawal tu. Kena bagi tindakan keras terhadap dia.

Isnin, 29 November 2010

Lelaki, janggut dan misai...

Salam

Malam ni aku nak cakap tentang penampilan Lelaki. Aspek yang menjadi fokus utama aku malam ni ialah bahagian MUKA yer,macam pakar ja aku ni kan. Seperti yang anda selalu nampak la ada lelaki bermisai, ada berjanggut, ada kedua-duanya dan tak ada langsung. Kalu macam aku, suka simpan janggut tapi tak suka ada misai. Agak-agak hangpa yang mana ok? Selalunya yang menjadi kegilaan wanita zaman la suka tengok artis-artis korea yang muka mereka bersih tak ada janggut dan misai pon. Agak-agak orang pompuan suka laki yang muka cam na yer? yang ada janggut,misai tebal-tebal macam Datuk K tu. Jangan main-main dengan misai tebal-tebal tau, dapat Siti Nurhaliza tu. 



Sebenarnya apa wanita kat negara kita nak yer? Aku kadang-kadang tak faham gak. Ni semua orang cakap aset lelaki. Kalu tak da misai orang cakap tak matang la, belum cukup umur la. Apa punya terjemahan diorang rujuk mana aku pon tak tau. Kalu lelaki yang nak simpan misai tu, jaga la elok-elok. Buat treatment macam rebonding pon ok gak. Ya la nak jaga kelembutan misai. Hahahaha. Main-main ja, asalkan kemas ok la. Tak da la orang tengok serabut semacam ja. Sama jugak macam janggut. Kena jaga la walaupun janggut seciput yang hidup segan mati tak mau tu. Kena jaga gak bagi kemas. Baru la orang tengok kita pandai jaga penampilan.

P/S: Penampilan sangat penting, dari situ orang dah boleh nilai kita. 

Khasiat buah-buahan

Antara fakta menarik yang aku nak kongsi kat anda-anda pembaca sekalian, ramai tidak tahu pisang membantu menentang kemurungan. Selain itu, antioksidan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mengurangkan risiko kanser esofagus; buah kiwi meningkatkan kesihatan seksual lelaki dan kismis membantu menjaga kesihatan gigi serta pembangunan mental kanak-kanak.

Encik Google Imej
Bagi kanak-kanak misalnya, buah-buahan yang kaya dengan pelbagai khasiat seperti karbohidrat, mineral dan vitamin penting dalam pertumbuhan mental fizikal mereka. Karbohidrat dalam buah-buahan misalnya, adalah dalam bentuk gula yang menyumbang kepada tenaga badan. Selain itu, buahan-buahan juga tinggi dengan serat yang membantu dalam mengelak masalah sembelit terutama di kalangan kanak-kanak. 

Khasiat buah-buahan:

  • Anggur/kismis
    Mengurangkan risiko kanser; strok; penyakit jantung dan hilang ingatan; antipenuaan; antioksidan; antiradang; kesihatan kulit; mata; kardiovaskular; kesihatan gastrik; kesihatan saluran kencing dan penyakit gusi.

  • Buah oren
    Kesihatan jantung; penglihatan; pelalian dan mengurangkan risiko penyakit kanser. Pada masa sama, buah sitrus ini turut memiliki kelebihan sebagai antioksidan; membantu perkembangan otak janin dan mengawal tekanan darah.

  • Buah Epal
    Pengambilannya yang kerap dikatakan dapat mencegah dementia atau nyanyuk; mencegah kenaikan berat badan; menurunkan kolesterol; menentang kanser dan antioksidan.

  • Buah pear
    Bersifat antioksidan; menjaga kesihatan kardiovaskular; antiradang; menjaga kesihatan jantung; menyembuhkan luka dan lebam; membaiki tisu; menjaga kesihatan penglihatan; menentang jangkitan; menyokong transmisi saraf dan melawaskan perut.

  • Pisang kaki
    Menjaga kesihatan penglihatan, melegakan sembelit, cirit-birit, hemoroid (buasir) dan antioksidan.

  • Mangga
    Anti kanser; menjaga kesihatan penglihatan; membantu penghadaman; menjaga kesihatan kulit; membantu membaiki kesihatan seksual; menambah berat badan; menguatkan daya ingatan; berfaedah untuk anemia (kurang darah) dan mencegah selaran panas.

  • Kiwi
    Buah yang kaya dengan vitamin C dan berasal dari New Zealand ini membantu mengatasi insomnia (sukar tidur); mencairkan darah untuk kesihatan kardiovaskular (menurunkan kolesterol dan trigliserida); membantu membaiki pernafasan kanak-kanak (pendek nafas dan batuk malam); mencegah kerosakan kulit yang menyebabkan kanser kulit; menjaga kesihatan penglihatan; kesihatan kolon dan kesihatan prostat.


  •  Pisang
    Bagi mereka yang mudah stres atau alami tekanan, buah pisang boleh menjadi pilihan. Ini disebabkan ia kaya khasiat antikemurungan (membantu membaiki mood dan tidur); antioksidan; mengawal tekanan darah; meningkatkan daya tumpuan dan menguatkan ingatan; meningkatkan tenaga; menjaga kesihatan jantung; mengurangkan risiko kanser; menentang ulser peptik; melegakan cirit-birit dan sembelit.

  •  
    P/S : Pas ni makan buah banyak-banyak!

    Ahad, 28 November 2010

    Aku iras-iras Shahir AF8?

    Salam

    Selamat malam semua. Malam ni aku nak cerita sikit tentang kabor-kabor angin yang telah dilontarkan oleh kawan kg aku. Errr, mereka cakap muka aku iras-iras Shahir AF8 tu. Hohoho. Hangpa rasa betul ke tak? Meh aku nak try padankan gambar Aku dan Shahir yer.




    Errr.. sama tak? hahaha. Hangpa la bagi jawapan. Pelik benor. Aku rasa tak sama kot. Tak nampak seiras pon. Hahahahah. Lawak betul la. Adoih, aku merepek jer memalam ni. :-)