Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesanan. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Disember 2010

7 petanda?

Assalamualaikum..  
Selamat hari jumaat. Aku pegi solat jumaat hari ni. Tak ada kena mengena dengan tajuk di atas. Sebenarnya aku agak letih sejak akhir-akhir ni. Mood nak berbelog pon susah nak datang. Tapi hari ni aku cuma bawak mai balik mood aku untuk berbelog. Anda rasa apa sebenarnya aku nak cakap dengan 7 petanda tu? Nak tahu? Kena la baca la yer apa yang aku merepekkan selepas ini. Aku tulis sekadar untuk suka-suka saja. Tak da kena mengena dengan sesiapa.

Ok, berkenaan tajuk di atas tu. Sebenarnya apa aku nak bercakap ni pasal perkara-perkara yang akan dilakukan oleh wanita!!! Apa sebenarnya wanita nak buat ni? 7 petanda lak tu. Tetapi lelaki perlu berjaga-jaga apabila petanda ini muncul. Alamatnya mampus la lelaki tu nak menghandle benda ni. Jenuh cari alasan nak mengelak kalau la lelaki tu rasa rimas. Aku cakap kalau la tapi kalau lelaki tu layan habislah. Kalau lagi aku tulis. Hidup kita jika tak guna kalau boleh tak? Sat-sat aku nak translate makna Jenuh (bermaksud susah) takut ada tak faham apa makna Jenuh tu (bahasa kedah tau). Heheheh.

Ok-ok dah melalut jauh dah aku tadi. Berkenaan petanda ni, sangat merbahaya kerana pada waktu ni wanita akan bertindak. Bahaya ni bagi kaum lelaki, anda perlu berjaga-jaga. Hehehe. Sebenarnya petanda tersebut ialah 7 petanda bila wanita menyukai lelaki!! Itu ajer sebenarnya. Nak tahu apa petanda tersebut? Nak tak? Tak perlu bayar pun, aku kongsi dengan hangpa semua free jer. Ok. Petanda yang pertama ialah:

1) Menghadiahkan sesuatu..
Selalunya orang lelaki yang suka bagi adiah kan. Teddy bear, bunga, jam dan benda-benda mak nenek yang orang pompuan suka la walaupun bunga tu kutip tepi jalan tapi demi cinta dan kasih sayang pompuan suka jugak!! Tapi kalau benda ni terjadi secara terbalik, maka kaum lelaki perlu berjaga-jaga. Maknanya pompuan tersebut nak mengenali kita ni dengan lebih mendalam... Tu dah tanda-tanda dia dah mula suka kat lelaki tersebut. So lelaki, kalau ada perempuan bagi adiah secara tiba-tiba, pandai-pandai lah hangpa pikiaq no.


2)Bercerita kisah peribadi..
Sebenarnya susah untuk wanita nak cerita pasal kisah hidup dia kat orang lelaki yang tak dikenali. Tapi bila dia dah mula cerita pasal kisah peribadi dia kat anda. Faham-faham jer la yer.. Dia dah mula nak kongsi tentang diri dia kepada anda. Ni boleh dikatakan pada peringkat awal perkenalan orang cakap. Kenal-kenal dulu pastu baru boleh ke jalan seterusnya..

3)Lirikan mata
Yang ni dari dulu lagi dah betul, tak kira la laki ka pompuan sama ja. Dari mata turun ke hati. Pergh jiwang sungguh aku hari jumaat ni. Tapi kena faham la mata jenis mana yang turun ke hati tu. Jangan pi salah tengok lak mata, kalau mata tu merah menyala tanda angkat kaki la. Tapi kalu mata dia jernih, pastu buat malu-malu kucing di tambah dengan tersipu-sipu senyum meleret sampai mencecah telinga tu, memang dah tanda dia la. Apa lagi, masuk jarum jelah..hahahaha

4)Memuji anda..
Puji-puji ni ada banyak makna, ada kala suh kita bawak jalan-jalan, belanja makan, belanja tengok wayang, bagi adiah. Kalau puji yang ni alamatnya cerah la dahi. Jatuh miskin. Tapi tak semestinya dia puji untuk benda-benda tu kan. Pujian tu bermakna pompuan dah mula terpikat kat anda. Tiba-tiba dia kata anda macho hari ni, jangan terus kata dia suka kat anda terus. Tu namanya terperasan lebih, tapi kalau tiap kali jumpa pompuan selalu puji tu bermakna dia memang dah suka kat anda.


5)Belikan minuman..
Selalunya lelaki akan belanja pompuan minum masa bertemu buat pertama kalinya. Tapi kalu benda ni terbalik bila si pompuan belanja anda minum tu dah tunjuk petanda bahawasanya pompuan dah menyukai anda lah. 1st time jumpa pompuan belanja tau, bukan ke2,3,4 dan seterusnya. 1st time!! Ingat tau!! Tu baru betul petanda pompuan suka kat lelaki.

6)Membenarkan anda menyentuhnya...
Ni bukan sentuh tak tentu hala na. Tengok keadaan dan situasi la. Buat trick sikit, kononnya kena lintas jalan, kalau pompuan tu bagi anda pegang tangan dia dah ada petanda suka la tu. Kalau dia tak bagi mungkin dia malu-malu lagi. So jangan terlalu menaruh harapan sangat leh pegang pompuan sesuka hati ja yer. Sapa bagi lesen kat hangpa nak pegang anak orang!! Pi amik lesen sah dulu baru leh pegang. hahahaha. orang yang tulis ni pon kena beringat sama la jugak. hahahaha..

7)Dia menyentuh anda..
Lebih kurang macam atas tu, tapi yang ni pompuan lagi berani dari lelaki la. Pompuan dulu sentuh lelaki, yang tu dah sah-sah menunjukkan pompuan suka kat anda. Tu maknanya pompuan ni nak perhubungan yang serius maka terjadilah jerat percintaan..hahahahaha. Susah nak jumpa pompuan jenis berani cam ni tetapi kalau terjadi kat anda semua dah terbukti pompuan tersebut dah mula suka kat anda.

Sekian setakat ini saja hasil kerahan keringat aku mencurahkan pengetahuan serba sedikit mengenai tanda-tanda pompuan suka kat kita wahai lelaki. Aku pernah lalui benda ni. Jadi ni boleh dikatakan sedikit sebanyak pengalaman aku la. Just nak share dengan anda semua. Tak la semua ok, tapi aku tambah2 sikit dengan pembacaan la. Takkan saja-saja nak tulis kalau tak rujukan jugak kan.

Rabu, 1 Disember 2010

Jenis-jenis lelaki..

Malam ni aku nak jadi pakar lelaki sedunia yer. Bukan apa, cuma nak menolong wanita-wanita diluar sana agar pandai pilih lelaki yang sebetulnya. Senang cerita macam mana anda wanita perlu menilai lelaki tu.

Tiap orang punya perasaan untuk mencintai dan dicintai. Tipulah kalau ada yang menafikannya. Cuma mungkin ada yang masih belum bersedia untuk menjalinkan sebarang komitmen dan maintain single. Bukan apa, itupun satu langkah berjaga jaga.. takut tersalah pilih! Maklumlah, lelaki ni banyak jenis dan spesisnya (sama macam perempuan juga)! Tersilap pilih, merana badan. Tak usah terlalu memandang paras rupa yang tampan bergaya tapi perangai… Tuhan saja yang tahu! Yang penting, hati kita bahagia bersamanya. Rupa tu, asalkan `sedap’ mata kita memandang, cukuplah. Orang lain tu, peduli apa! Kalau bahagia…. kita. Kalau derita pun… kita yang tanggung! Di bawah ini diberikan beberapa cara untuk mengenali jenis lelaki yang ada agar anda boleh membuat pemilihan yang sewajarnya!

Lelaki Bersemangat

Lelaki macam ni ada boleh dikenali menerusi penampilan fizikal mereka. Selalunya mereka yang punya semangat tinggi dalam hidup akan sering kelihatan kepenatan. Mungkin selepas makan atau merokok. Dia juga seorang yang lebih suka memendam rahsianya seorang diri dan dari segi kewangan, tidaklah begitu berwang sangat. Satu lagi sikapnya, sering marah dengan ahli keluarga yang lain. Mungkin sebab kekurangan rehat akibat penat bekerja dan melakukan segalanya begitu bersungguh-sungguh.

Maknanya biarpun mereka ini sering keletihan tapi sebenarnya mereka ini
seorang yang sangat bersemangat dalam hidup dan sanggup bekerja keras demi kepentingan keluarga. Kamu boleh bergantung hidup padanya. Cuma sekiranya kamu tak dapat menyesuaikan diri dengan sikap mereka yang keterlaluan dalam kerjaya, boleh membuatkan hubungan itu tidak berjaya seperti yang sepatutnya! Sebaliknya kamu mungkin boleh menjadi pendorongnya di dalam kerjayanya itu.

Lelaki Takut Komitmen

Jenis ni pulak, sememangnya seorang lelaki yang sangat pandai bergaya dan sentiasa berpakaian kemas. Tiap apa yang dipakainya cukup sesuai dengan majlis dan suasana. Pendek kata, mereka memang trendy dari segi pemakaian dan imej diri. Selain itu, telefonnya juga asyik berdering dan pemanggilnya sudah tentu terdiri dari-pada gadis-gadis.Mengalahkan VIP pulak tu!
 
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka padamu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.

Lelaki Anti Perempuan

Perhatikan corak mereka berbelanja, memang boros. Mereka juga kadangkala gemar mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi. Mereka juga tidak sukakan kanak-kanak dan tak begitu rapat dengan keluarga sendiri.

Sebenarnya mereka ini bukanlah anti perempuan sangat tapi jenis lelaki yang lebih suka mempergunakan wanita untuk kepentingan mereka. Sebelum memiliki seseorang wanita, mereka sanggup melakukan apa cara sekalipun tapi bila dah dapat, semuanya tak kena! Tapi sikap ini akan berubah bila di satu ketika dia akan mendapati dirinya terpikat dengan seorang wanita tapi sudah pastinya perempuan itu seorang yang menurut kehendaknya!

Lelaki Playboy

Yang ni korang kena *Mark* (perhati betul-betul). Lelaki jenis ni selalunya mereka seorang yang berpenampilan menarik dan up to date. Biarpun kadangkala mereka tu taklah begitu kacak sangat dari segi paras rupa, tapi penampilan mereka buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap, memang romantis sekali. Kiranya pandai ayat lah ni! Mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga mereka.

Mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup saja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yang teramat berharga daripada perempuan! Mungkin kerana penampilan diri mereka yang menarik hati, membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi, berhati-hatilah! Ada yang berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yang masih kekal dengan perangai playboy itu biarpun usia dah veteran!

Lelaki Tradisi

Corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja, taklah terlalu kuno atau up to date sangat. Tapi mereka agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu, dia sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yang mampu membuatkan jiwanya tenang.

Lelaki jenis ni mampu menjadi suami yang baik nanti. Bagi dirinya, keluarga adalah segala-gala dalam hidupnya. Mereka impikan sebuah keluarga yang bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki Korporat

Selalunya mereka ni agak pendiam dan suka berfikir secara logik dan rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yang paling penting dalam hidup. Juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika ditanya, mungkin mereka akan mengatakan bahawa mereka tak merancang untuk membina keluarga dalam masa yang terdekat itu.

Ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yang pandai berdikari sebagai pasangan. Biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yang kedua dalam hidup selepas kerjaya.
 
Lelaki Keparat

Lelaki jenis ni memang tak masuk dalam korum sebagai lelaki pilihan la. Suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yang berfikiran rasional.Lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja termasuk keluarga dia sendiri untuk kepuasan diri dia sendiri. Anda juga mungkin akan menjadi mangsanya kalau tak berhati-hati.

Lelaki jenis keparat ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang huduh tahap gaban. tahap kekeparatan dan asyik meminta wang menjadikan lelaki jenis ni dayus. Lagi pun wang yang diperolehi digunakan untuk membeli najis dadah dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola sepak!!!!.

Sekian dari pakar lelaki sedunia oleh aku! Hahaha. Aku tulis ni sekadar peringatan kepada anda terutama wanita kerana zaman sekarang macam-macam jenis lelaki ada. Perempuan pon sama jugak macam-macam jenis. Ini just nak membantu anda lebih memahami bagaimana nak cari calon-calon suami. Errrr, aku tak pasti tergolong dalam jenis mana tapi yang pasti bukan yang last tu la. Playboy pon tak ok!!! Biarlah rahsia dulu untuk sementara waktu. Akan diumumkan pada tarikh yang aku terasa nak!! Ni just pandangan aku. Tak ada kena mengena dengan sapa-sapa. Mana nak tau kot-kot aku kena serang nanti. HehHehHeh..

Sabtu, 8 Mei 2010

Selamat Hari Ibu...

Assalamualaikum.


Ok. Entry aku mlm ni adalah mengenai Ibuku tersayang.
Seperti kita semua tau. Esok adalah hari Ibu.
So, kepada sesiapa yg masih ada Ibu.
Sayangilah ibu!!Kerana tanpanya kita xkn ada di sini!

Bagi aku, Ibu adalah seorg Ayah dan Ibu kepada keluarga aku.
Sejak ketiadaan Ayahku pada tahun 1999.
Ibulah yg mainkn peranan sebagai Ayah.
Sebagai Ketua Keluarga. Terlalu byk pergorbanan beliau.

Adakah aku mampu membalas semua ini??
Bagi anda?Bagaimana?Apakah Jasa ibu anda?
Bagi aku, Ibulah yg telah mendidik,mengajar,bersabar,berkorban 
untuk keluarga aku untuk membesarkan aku dan abg aku.

Aku berharap semoga dengan kejayaan aku nnti.
Mengenggam Ijazah mampu memberikan beliau senyuman.
Sukar aku untuk membalas jasamu Ibu.
Tapi aku akan berusaha agar Ibu xperlu susah lepas ni.

I LOVE MY MOM!



Isnin, 25 Januari 2010

Demam PRK kembali

Assalamualaikum

Belog ini agak berhabuk setelah 1 mggu x dijenguk oleh sesapa. Termasuklah aku ni. Kali ni nk bercerita pasal PRK iaitu Pilihan Raya Kampus. Sudah dtg kembali PRK ni. Kepada pucuk pimpinan lepas diucapkan ribuan tahniah diatas segala kepenatan anda menjalankan tugas sebagai wakil pelajar.

Kali ini tidak tahu la sapa yg akan menang. Sama ada Pro-M @ Pro-Aspirasi (Gerakan). Belum nmpk calon2 yg berwibawa. Cuma, disini aku x nk kutuk sapa2. Tp ini lah pendapat aku. Sepanjang aku jejak kaki kat UM ni. Politik kampus ini agak keterlaluan la. Macam2 kes berlaku semasa PRK thn lepas.

Kita sebagai student yg mempunyai otak yg waras. Tp waras ke?? pikir la sendiri. Mcm2 janji yg ditawarkan tp terlaksana ke?? Langsung xda. Apa guna anda menunjukkan manifesto itu ini, goto goni tp x berhasil. Bertindak ikut kepada kemampuan. Jgn terlalu menjanjikan benda yg belum pasti anda semua mampu tunaikan. Nk bertanding senang ja. Bukan susah pon. Tp kena fhm tanggungjawab yg akan anda semua pegang. Kepada Calon2 yg akan bertanding. Tolong cermin diri sendiri dlu. Jwb sendiri mampu ke aku ni wat keje??mampu ke aku ni tunaikan janji? Manifesto hebat tp kerja hampeh. baik xpayah la.

Marilah kita bersama-sama melihat sapa yg menang!!

Jumaat, 29 Mei 2009

Kehadiran Ahli Family Baru.


Tanggal 8 Mei 2009 family aku menerima ahli baru..
iaitu Kakak Ipar ku yg bernama Siti Khadijah binti Hj Ali..
aku ucpkn tahniah kpd abg aku..yg tlh mjumpai seorg isteri yg solehah..
sekarang aku agak sibuk urskn knduri kawin abg aku..
so..kpd rkn2 dijemput hadir ke rumah..

Pada hari Khamis = 11 Jun 2009
alamat:
No 28H, Kg padang Putih,

Jln Pantai Tengah, Temonyong
07100 Langkawi kedah..

kehadiran anda amat dihargai..
sekian tima kasih.

Sabtu, 2 Mei 2009

Realiti masa kini!!!

Benda ni cerita betol..terjadi pada thn ni gak..tkena pada si toyon n de geng...
geng2 toyon ni besa la..nk dptkn kediaman idaman..jd satu perjanjian pon lakukan la..
bersama geng2 dia..pas2 g cari kediaman tsbt kat Seksyen biarlah rahsia...jmpa..
amik no tipon si owner nie..
ha.d pnjg kn cerita ckit.bg mantap ckit.geng2 ni pon tipon si owner..ckp ada x kediaman idaman..si owner ni ckp ada..bila nk masuk??so geng2 toyon ni pon ckp la nk msuk awl bln 5..
so lps 2 si owner coll..nk jmpa ngn geng2 toyon ni..pas 2 tjadi 1 pjmpaan haram scr x rasmi tuk
bncgkn psai kediaman mewah ni..maka perjanjian pon telah dibuat..
dengan mgenakan bbrp yuran@cas yg perlu dibyr la..
so geng2 toyon ni pon stuju ngn owner pas 2 ckp nk kn byr dlm ujg bln 4 cam 2 la..
setelah bersusah payah geng2 toyon ni cari duit dgn wat kerja2 amal(kononnya)
padahal tipon org kg minta duit..
duit dah tebal ni..nk buh dlm beg duit x muat dah...arghhh..geramm..
amik duit buh dlm baju..hah..masam duit 2...
pas 2..geng2 toyon 2 coll owner kediaman mewah tsbt..nk g tau dah ckup duit..nk byar..
tetapi malangnya,kediaman mewah 2 tlh diberikn kpd si mangkok jamban..
ntah berapa ratus juta dia rasuah owner 2....
hah..bengang..tgn dah meruap nk p cekik..
geng2 toyon dperdaya..kn tipu oleh si owner yg gila duit..
dah tua2 bangka tp gila duit..xkira dunia dan akhirat..
dah nk mampus..msih pikirkn duit..igt duit leh bwk msuk kubur ke..
geng2 toyon pon tipon g...si owner x tau nk belit apa dah..
dah tau salah..pandai jnji tp mungkir jnji...
yg teraniaya ialah geng2 toyon 2 la..xda kediaman..
cam na hidop mereka lepas nie..

p/s: jgn kita terlalu pcya org..walaupon sm bangsa dan agama..
jgn hnya pndg org hnya dr segi luaran shj..
memang btol pepatah berbunyi 'No Money No Talks'