Isnin, 7 Mac 2011

Letih kepala hotak....

Keserabutan melanda diri aku buat masa sekarang. Biasalah, banyak benda kena buat dan kena fokus dalam satu-satu masa. Sampaikan terabai belog ni buat sekian lamanya. Sian belog ni!! Dilupakan aku, tapi nak buat macam mana. Aku cuba curi masa tapi tak jugak sempat-sempat. Tak leh lawan Ben Ashaari lagi ni. 

Hari ni baru rasa free sikit, tu pon ada banyak kerja yang bertimbun yang sedang tunggu giliran. Ehhh, kalu malas nanti kerja jadi kelam kabut, gelabah tak tentu pasal. Last-last apa tak dapat. Tapi aku akan tetap berusaha untuk menghupdate entry sebanyak mungkin!! (dalam mimpi ja syukri weh) Matlamat bukan main tinggi kalah gunung everest tapi tak jugak ada hasilnya. cooiihhhh....

Tapi hati aku tetap pada Lisa Surihani!!!! damn lari tajuk dah... Tak da kena mengena dengan entry. Erk, tapi aku berpeluang tengok Lisa dekat-dekat, rapat-rapat, ketat-ketat... Merepek dah aku petang-petang ni. Serius aku tak tipu. Lisa datang Langkawi, dia singgah umah Mak Ngah aku!! Tapi aku tak sempat nk bergambar. kalu tak boleh kasi jeles si Iqbal hakimi..

(hasil shoot aku dgn guna Google) 
Imej google jer.

Nah.. Tapi tak pa. Dia memang putih melepak.. Hoish.. berangan lisa jadi awek aku untuk 10 saat!! jadilah.. Hahahaha... Dah dah dah, aku dah mula merapu. Bye-bye.. Mai-mai pakat nek feri!!!!

Jumaat, 4 Mac 2011

Tak sempat....

Halo halo halo.. Sapa-sapa yang datang mengview page aku baru-baru ni. Aku minta maaf banyak-banyak ok!! aku tak dapat nak balas komen korang lagi. Aku terlalu buzy nak siapkan projek aku!! Lepas ni aku akan pergi view korang lain yer. Sory banyak-banyak k. 

Ok kena chow dah. sekitar lokasi site study sekarang. Sempat lagi on9 kejap! Just nak update satu entry ja. Thanks kepada yang datang menyinggah page aku dengan entry disebalik tabir tu. Wahh.. banyak gak yang datang. Rasa dihargai.. nanti aku view korang lak.. sory sangat-sangat!! aku terlalu sibuk. Tapi masih sempat update untuk 5 minit ja! damn masa memang cemburu!!!!

Khamis, 3 Mac 2011

DI SEBALIK TABIR BLOG


Aku kembali lagi..Join lagi segmen. Nak join leh klik sini ----> Ben Ashaari. Kali ni disebalik tabir belog plak kena explain. Nahhh.. Bro Ben suh masukkan gambar paling cun mengecun, menawan, bombastik dan senang cerita yang paling lawa la. Malu la pulak nak buh gambar. Tak hencem pon cuma CUTE MIUT ja. Hakhakhakhak...


Latar belakang sipoot!!!

Aku seorang yang sangat2 simple dan open minded. Kalu 1st jumpa nampak mcm macam sombong tapi tak sebenarnya. Bila hangpa dah kenai aku, baru tahu siapa aku sebenarnya. Suka cakap banyak salah satu sifat aku (bila dah kenal orang, tak kenal pendiam sikit) Sekarang masih belajar di US* (bajet U luar negara tapi tak pon) dan bidangnya Master in Planning. Opss, jangan terkejut na, tahu la muka aku ni macam tak layak ja kan. tapi aku CUTE MIUT ok!!!(ayat angkut bakul sendiri) Aku sangat low profile.. itu jer..

Jumlah follower sekarang : 140 jer. 

Bro ada tanya beberapa soalan!! kena jawab lah...

1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?

Kalu tak da belog, aku maybe banyak guna Facebook dan baca manga online (peminat ketat-ketat naruto,bleach,onepiece). Aku jugak join fantasy premier league. dak laki tau kot game2 ni. Juga hantu mendownload secara haram cerita2 movie dan anime!!!

2. Ceritakan kepentingan blog kepada anda.

Bagi aku, belog merupakan satu medium personal life aku. Sinilah tempat aku luahkan segala-galanya dan berkongsi apa jua pengalaman aku spnjg hidup aku ni. Dalam facebook mungkin tak kenal aku secara mendalam tapi melalui belog ni orang boleh kenal siapa sebenarnya aku ni.

3. Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?

Belog faveret mestilah Bro Ben. kalu tak macam mn la aku leh join segmen ni kalu tak tengok hari-hari. Hahahahaha. Banyak lagi belog yang aku singgah. Aku singgah sebab ada belog yang banyak beri info, pengalaman, cerita merepek yang boleh gelak sorang-sorang, dan macam-macam lah. Nak senarai banyak sangat. kebanyakkannya semua belog yang aku dah follow, aku sentiasa terjah ke situ.

Rabu, 2 Mac 2011

Dulu

Dulu aku hanya si kecil

Dulu aku hanya budak baru belajar

Dulu aku hanya budak yang bermasalah

Dulu aku hanya remaja yang baru kenal dunia

Dulu aku hanya remaja yang ingin memberontak

Dulu aku hanya remaja yang ingin berseronok

Dulu aku hanya remaja yang sesat ditengah jalan

Dulu aku hanya remaja yang lalai

P/S : Apabila hidup hanya tahu keseronokkan, jalan shortcut dipilih untuk kesenangan sementara..Hanya kini baru aku sedar betapa lalainya aku dahulu.

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??


Tajuk ni memang gengster la. Berani mati mengaku gila trafik. Buat jugak. Tak heran janji aku join segmen ni.Hahahaha. Mau join? klik sini ----> Ben Ashaari

Terdapat beberapa kisah kematian yang aku nak kongsi. Pertama ialah kehilangan ayah tercinta aku pada 12 tahun lepas. Ketika tu aku baru sahaja berumur 12 tahun, dua hari sebelum orang islam meraikan kedatangan hari raya aidiladha, aku kehilangan seorang ayah yang sangat bertanggungjawab. Ayah aku seorang yang bekerja keras dan tidak pernah mengenal erti putus asa. Setiap benda yang dia buat akan dilakukan bersungguh-sungguh dan tidak jemu demi mencari pendapatan serta kesenangan kepada kami sekeluarga.

Aku terpaksa lalui dugaan dan pada tahun tu jugak aku perlu menghadapi UPSR tanpa bimbingan seorang ayah. Aku sangat rindukan dia. Pada usia yang masih muda sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Bagi yang masih ada ayah. hargailah mereka dan sayangi mereka. Tanpa mereka tiada kita di dunia ni..

Kedua ialah kehilangan seorang sepasang suami isteri iaitu cikgu aku. Kedua-dua mereka merupakan cikgu tingkatan 6. Cikgu lelaki tersebut pula ialah mentor aku. Beliau banyak memberi galakan dan bimbingan yang telah membantu aku mengharungi proses belajar. Cikgu perempuan pula sangat berdedikasi dan sentiasa menjadi pendorong agar aku berusaha untuk berjaya. Kalu nk tahu lebih lanjut leh refer SINI.... 

seterusnya seorang lagi cikgu aku. Cikgu Haizatun Azura. Sangat baik dan rapat dengan aku. Kali terakhir aku dengar percakapan beliau ketika beliau sedang dirawat di hospital pakar. 

Pada waktu tu, nada beliau sangat gembira dan cakap kat aku bahawa dia sudah sembuh. Namun, kira-kira 2 minggu kemudian, keadaan beliau agak kritikal dan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga mereka semua ditempatkan dikalangan ahli-ahli syurga kelak. Al-fatihah.

Cukup sampai sini saja. Setel sudah segmen abang BEN.. 
P/S : Hargailah orang tersayang kita!!!