Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kenangan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 November 2010

Dulu dan Kini

Assalamualaikum..

Sekarang mood berada di kampung halaman. Akhirnya berjaya jugak sampai ke rumah walaupun tersadai di Jeti Kuala Kedah selama 4 jam gara-gara orang terlalu ramai nak ke kampung aku. Al-maklumlah kampung famous dengan tahap kebersihan di atas paras merah (maksudnya teruklah). 

Sambil buat kerja teringat pulak kenangan lama-lama dulu. Bersama kawan-kawan kampung, kawan  dari pelbagai negeri dan kawan dari tempat yang baru. Apa kepelik ayat aku malam ni. So aku pon tengokla gambar-gambar lama dan terjumpa beberapa gambar menarik gak la. Bagi aku menarik kot. hahaha. 

Ni gambar dalam kereta faizal. Sekali masuk 7 orang terus. Besaq kan kereta dia ni. Nama pon Pajero memang celuih la dengan kami 7 orang. Berhimpit-himpit dalam kereta orang. Bukan selalu kan. So ni lah kawan-kawan aku masa sekolah dulu. Masing-masing dah ada hala tuju. Aku ja belum.

Ni pula gambar masa aku n geng gila-gila kena buat hari keusahawan. Tapi ni pic hari last. Dah habis barang-barang menjual. Boleh tahan la penat nak buat menatang ni. Sakit jiwa dan badan ja. Tambah-tambah kepada bob. Terkena jaga kami punya khemah dan barang-barang. Meradang dia dengan scoot hijau dia(vespa). Nama syarikat kami paling famous iaitu MASIH SOLO ENTERPRISE SDN BHD. So sapa-sapa yang solo boleh la join syarikat kami yer

Ni pula pic aku dengan geng2 batch RPPP. Inilah kenangan yang aku lalui sepanjang bergelar pelajar. Dapat la jugak beberapa pengalaman baru hasil trip ni. All the best la kepada geng2 aku ni.

Ni lah serba sedikit cerita dulu kala yang memberi aku banyak kenangan. Sehingga kini aku masih ingat bahawa aku mempunyai ramai kawan-kawan tak kira tempat.

P/S: Sentiasa hargai kawan-kawan kerana mereka mengajar kita erti persahatan yang sebenar.

Sabtu, 7 Ogos 2010

My Convo (4/8/2010)

Assalamualaikum...


Pada lewat malam ini aku nk bercerita pasai kemeriahan dan detik-detik yang paling terindah dalam hidup aku. Orang bila nk membaca mesti la baca tajuk dulu. So mesti dah tau benda pa aku nk crita ni. Aku sangat sangat sangat gembira sebab mimpi menjadi kenyataan.





So inilah hasilnya. Penat lelah 3 tahun berjaya jugak aku genggam ijazah.
Alhamdulillah. Tamat sudah satu bab. Bab baru pulak lepas ni.
Tggu je lah yer..


Sabtu, 19 Jun 2010

Kenangan Episod 1

Malam ni aku nk cakap pasai zaman mula2 aku jejak kaki dekat U ni. Kalau tak silap tarikh aku mula jejak kaki kat UM pada 1 Julai 2007. Time pendaftaran mmg agak kelam kabut ckit. Aku pulak paling last daftar diri..hahah. Biasa lah hero mmg slalu lambat. Lawak bila teringat balik saat mula masuk U ni. Langsung tak tahu apa benda. Tp kira ok la sebab ada gak geng seKolej iaitu Suhaizat Rashid dan Siti Zubaidah Saad. Dpt UM dan kolej yg sama. 





Ni mula-mula org ckp 1st year. Zaman tak tahu apa-apa lagi. Kira sronok ja. Bukan nk belajaq sgt. hahaha.  Cuba tgk muka si Ejad ni. Ntah apa-apa perangai. Adoi. Letih melayan budak skolah rendah ni. Tp dia mmg happy slalu tak kira tempat, masa, saat dan alam sekitarnya. Aku tak  panggil dia Ejad tp Angah sbb gelaran dr skolah lagi. Kat UM geng-geng aku pggl dia Ejad Gila. Haha * tu aku saja tambah *. hakhak.. Ok Ckuplah crita ni. Nnti smbung dlm episod seterusnya.

Rabu, 5 Mei 2010

Hari-hari terakhir di UM!!

Assalamualaikum..

Kejap yer. Sedang pikiaq apa aku nk crita kat hgpa semua ni.
Tengah2 malam buta ni xdpt nk tidoq pulak. Haqu betoi!!
*Terlebih Happy*hahahaha. Bukan pa, otak duk bpusing2.
Ari ni lepas aku abis exam. Terus ke Jabatan RPPP.

Aku smpai ja nmpk CBQ duk parking baik punya.
Cnfom mai stdy la 2. Jd aku naik ke jabatan terus ke studio.
Mmg sah mereka berdua-duaan. Hoish. Maksiat!!! Apa nk jadi.
Aku terjah dan berjaya tangkap dua suspek yg sdg sedap melayan
sesama sendiri. Layan buku da. Nk exam. Depa study!!

Lpas 2 aku ke bilik Penyelia aku. Dr. Mela, aku just nk hntq buku
yg aku pinjam ari 2. Lepas 2 aku nk amik borang tp Dr. Mela pulak
dah hantaq. Adoiii!! Cam na nk wat ni. 

Aku smbung lepak kat bilik sumber. Terdapat RA n wanita misteri. 
Baik punya depa bceqita smpai x hingat donia. 2 dia.
Gosip sememangnya satu lumrah kehidupan. Aku pon join jgk.
hahahaha. 
Wanita ini sgt misteri. Tp kalu aku bgtau hgpa. Cnfom kenai dia ni.
Biarlah wataknya misteri no. Suasana bilik ni sentiasa x kering gusi la.
Gelak memanjang. Non stop punya. Pas 2 masuk pulak Lecture!

Berkerut dahi lecture aku ni pikiaq ayat. Kecian kat dia.
Dah macam nk jwb exam aku tgk dia time 2. 
Walhal sdg duk imbas kembali muka2 student dia yg x tentu hala 2.
Hahaha. Time berkomen atas paper time ni. 2 berkerut dahi!!
Sambung gelak sampai la hujan.Tersekat aku kat bilik 2
sampai pukul 5.30 ptg baru ujan bhenti. Letih aku tggu.



Selasa, 4 Mei 2010

Tamat Sudah!!

Assalamualaikum..

Orait. Berdasarkan entri yg aku tulis di atas 2. Tamat Sudah!!
Bukan tamat tempoh lesen moto @ keta. Tp tamat sudah PENGAJIAN!
Selama 3 tahun menempuh dugaan dan cabaran utk habiskn pembelajaran.
Ni baru ckit. Byk lagi yg perlu belajar. Rasa mcm x cukup ilmu la pulak.


Gmbr di atas 2 masa aku duk dlm dewan buat kali terakhir di UM!!
Alhamdullillah. Habis jgk aku belajaq kat sini. * Hati Riang Gumbira*
Yes. Tercapai jugak matlamat aku utk dapat segulung ijazah!
Harap2 semua paper aku lulus. *tolong lulus yer*
InsyaAllah. Cabaran lain pulak aku nk tempuh ni. 
Mgkin keja @ dot.dot.dot penganggur berjaya!!!




Jumaat, 30 April 2010

Menuju Destinasi

Assalamualaikum.. 

Humm.. Skrg aku sdg berjuang utk kali terakhir di institusi pengajian.. Exam final year bagi aku pada tahun ini. Moga aku dapat lulus dgn baik.. Harap2 lah..x mo lah jmpa lg.

Dalam kesibukkan aku membuka mata luas2 nk baca nota ni.. Sempat lagi pegi berlibur @ enjoy..
hehe. Kali ni aku bersama sahabat RPPP. Pegi ke Genting Highland.
Dgn cetusan dr Paan yg bagi idea kumpul2 keratan surat khabar Berita Harian.
So kami dpt kumpul sebanyak 14 tiket utk masuk percuma ke Genting.

Tp sedikit kecewa la. Sbb hnya 12 org je dpt g Genting 2.. Lagi 2 org xdpt pegi sbb ada exam lak time 2.. So hnya 12 je yg pegi. Sory kpd Keneth.. Nk wat cam na.
Aku dah ajak p tarikh len tp depa xmau. Aku pun tpksa pegi jgk.
Walaupun da paper nk kena jwb pada lusanya..
Mentang2 la depa dah abis exam awai.. huhuh..
 
So disini aku nk tjk la ckit gmbor2 kenangan yg d snap!!




















Hum. Kepada kwn2 aku sgt seronok time ni. Walaupun aku kena exam lps ni.
Hgpa lak dah leh rileks. Xpa. Jnji aku dpt enjoy dgn hgpa semua.
Lgpun lps ni masing2 akan bawa haluan masing2.
Aku harap kita semua berjaya d masa depan.
InsyaAllah kita akan berjumpa lg. Kalu rajin plan apa2.
Memori yg indah utk diingati.


Jumaat, 5 Mac 2010

Trip Ke Pantai Timur

Assalamualaikum...

Hmmm..agak lama aku x buka belog ni. Sebenarnya sbuk skit sejak akhir2 ni. Antaranya seperti aku punya tajuk di Atas 2. Baru je abis cuti mid sem trus sambung cuti lagi. Sebab kena g Fieldwork kat Pantai Timur. Bukan cuti tp wat keja la. Tp enjoy2 tetap ada.hahaha.

Geng RPPP 3year thn ni mmg plg best la. Sebab Batch ni lah paling banyak kluar dalam sejarah RPPP. Sakan sggh. Ribuan terima kasih kepada Pn. Syra kerana mencetus idea untuk keluar dari kepompong UM. Thn lepas g Sabah!! Thn ni berkelana ke arah pantai timur. Destinasinya ialah Kemaman dan Kuantan!

Kepada jawatankuasa yang menjayakan trip ini diucapkan syabas. Kerana Trip telah berlangsung dengan jayanya. Kita enjoy habis-habisan kerana sekarang busy la ngn tesis, asgment dan presentation.














Mcm2 pengalaman kami dapat berdasarkan trip ini. Yg penting ini merupakan salah satu kenangan yang paling best kepada Batch 07/08 RPPP. So kepada rakan2 semua marilah kita berjuang kerana kita berada di saat akhir pengajian. Moga kita semua berjaya menggulung ijazah pada tahun ini. InsyaAllah.
Yeeeeezzzaaaaa!!

Sabtu, 20 Februari 2010

Cuti bersama kawan-kawan.

Assalamualaikum.

Baru hari ni sempat lihat belog aku. Sebab byk keja time cuti sem ni. Tapi dlm masa yg singkat ni aku mampu wat mcm2 perkara yg sememangnya byk kenangan indah. Terima kasih jgk kepada Zairie yg berusaha untuk mengumpulkan kami. 

Island Hoping merupakan satu produk pelancongan terbaru Langkawi. Ditawarkan dengan kadar RM 20.00 seorg bagi mengelilingi 2 pulau iaitu Pulau Dayang Bunting dan Beras Basah termasuk Eagle Feeding. Jadi bagi aku harganya amat berbaloi.













Inilah memori sepanjang cuti yg amat singkat. walaupun pendek jer cuti. Aktiviti ni sgt seronok.

Khamis, 31 Disember 2009

Selamat Tinggal 2009 !!

Assalamualaikum...

Okey..Pejam celik mata kita smpailah baru tersedar bahawa thn 2009 sudah tiba diakhirnya. xsangka begitu cpt masa berlalu.Terpalit pelbagai peristiwa suka dan duka sepanjang tahun 2009..byk peristiwa yg berlaku memberi pengalaman kepada saya.


Sepanjang 2009 pelbagai peristiwa yg melalui kehidupan ini.Memberi satu kenangan yg wajar disimpan baik2 didalam hati..suka dan duka silih berganti menusuk jiwa dan kalbu..Apakan daya saya hanyalah insan biasa.


Saya tahu byk pihak yg terluka dgn sikap,perangai saya..sblm masuk thn 2010 saya ingin mohon maaf kepada pihak2 yg terlibat sekiranya terkasar  bhs,menengking,menghasut? hhahaha..saya hanyalah manusia yg penuh dgn kesilapan.Dan kesilapan ini lah mendidik dan mengajar saya erti kehidupan.


Terlalu byk kenangan yg dilalui dlm tahun 2009 ini..kesusahan dan kesenangan hadir sebagai satu cabaran dan dugaan dalam menunjukkan arah perjalanan kehidupan..Azam 2009 yg tertinggal akan cuba ditampal semula dalam tahun 2010..humm..bleh ke?xpasti la..life must go on..never back down..jgn pandang belakang..terus maju kehadapan.biarkan kenangan lalu titik tolak perubahan agar hidup ini lebih bermakna..


Kenangan pahit dan manis dijadikan panduan untuk mencari lebih sinar-sinar kebahgiaan di thn 2010..cewah..dan merapu byk ni..hahaha..tapi betolkn..byk btol peristiwa yg berlaku spanjang thn 2009 ini..kalu nk dijelaskan memang x cukup la..bermula dari Januari smpailah Disember.mcm2 berlaku..kenangan manis dan pahit berlalu jua..


Kini..muncul tahun 2010..berbekalkan azam baru..selain itu, tiba pengakhiran juga pengajian..moga tahun 2010 memberi makna serta dorongan utk mencapai kejayaan di masa akan datang..


p/s: berharap sgt tesis dapat disiapkan..huhuuhu..kerana
       lepas ini akan graduate dah..insyaAllah.moga saya 
       akan berjaya pada tahun 2010.

Ahad, 25 Oktober 2009

1 RPPP JOURNEY 2 SABAH!!

helo..lama dah x update blog ni..bukan pa..sibuk skrg ni..byk asgment..hehehe..
so kali nk crita ckit tntg pengalaman ke Sabah.
hasil penat lelah selama 3 bulan utk mjayakn trip ni.

Trip ini disertai seramai 24 org pelajar RPPP 3Year
8 orang pensyarah termasuk kakitangan
Bermula pada 6-11 Oktober 2009

Pelbagai pengalaman dan kenangan yang telah dilalui.
sangat best pergi ke sabah..
satu peluang yg jarang sekali untuk dapat...
kerana pergi bersama kawan dan pensyarah.




saat ini ketika berada di LCCT.
menunggu Flight..
dua trip..
group 1 dah pegi..
kami group 2..
menunggu dgn penuh kesabaran..
rmai yg first time naik flight...
hahaha..ada jgk peluang naik flight...



sampai juga di Sabah..
ketika ini sdg bersedia ke Pulau Gaya dan Manukan.
masa ni mcm pengalaman dapat.
kena survey pelancong.
cara utk berkomunikasi..
ckp B.I..hancur la..



bersama geng 3year..
br lps abis dgr taklimat dari JPBWS..
sangat kagum..
pengalaman berguna..
byk informasi yg dpt pada waktu ini..



bergambar kenangan dgn Pegawai JPBWS..
keja bergambar ja..
mai sini nk bergambar ka dgr taklimat..
biasa la.
sambil selam sedut air..
hahahaha..


ni kat DBKK..ha..
EN. Stanley Chong yg beri taklimat..
aspek perancangan bndar K.K
menarik..



masa ni kat Pulau Manukan..sempoi lah..
mandi manda..
funtime..
lps abis keja survey terus terjun laut la..
mcm2 gaya ada.
duyung terapung..
penyu tersadai di tepi pantai..



dalam perjalanan ke Pulau gaya ni..
maaf..silap susun gmbr da..
hehehe..xpa no...
apa ke hal..
p pulau pakai baju kemeja..
mat saleh heran tgk..
org p pantai pakai baju mandi..
ni pakai baju kemeja..formal la sgt..
yg penting disiplin..hahahah...


fun time..
cari ikan..x jmpa..
yg jmpa dugong n duyung tgh terapung..
buang beras..
bkn nk tgk diorg..


tekun mendengar taklimat ni..
ceece..padahal..
x fhm pa lgsg..
angguk2 ja..


keja bergambar ja diorg ni..
besa la..
susah nk dtg sabah ni..


model kegilaan ramai..
menjadi tumpuan..
disebabkan kehenseman masing2 yg x terhingga..
hahahahhaha


di Kundasang..
sejuk time ni..
nmpk gunung K.K..
best oo..


di kaki gunung K.K
amik gmbr..mcm2 stail ada..
suka depa..
pensyarah pon join..
sama ja semua ni..
gila bergambar..


sedang pikir..
nk panjat x gunung K.K ni..
mampu ke..
keneth ckp dah 100 kali dia naik gunung K.K
cayalah keneth..


jejaka manhunt..
hahahahah..
tambah2 yg pakai jaket merah..
artis jemputan..jemput mai sabah..esklusif 2..


di pagi yg hening lagi sejuk kat Kundasang.
kenangan..


BBQ..
memang sedap la..
ada persembahan..mcm2 ada..
knyg perut time ni,,


berlatar belakang Gunung Kinabalu.
satu panorama yg indah..
diabadikan oleh pensyarah dan pelajar..
kenangan yg x dpt dilupakan..



1RPPP 1 JOURNEY FOR 1 MALAYSIA



tima kasih kepada semua...
yg banyak membantu dalam menjayakan program ini..
terutama Pn.Syra...Pensyarah
dan pelajar 3year RPPP yang bertungkus-lumus menjadikan
program ini satu realiti...
inilah kenangan kita bersama.
smoga kita semua kekal bersahabat selamanya..
Yahuuuuuuuuuuu!!!!