Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harapan. Papar semua catatan

Selasa, 7 Disember 2010

Kononnya sangat sibuk lah...

Salam semua..

Hangpa semua rindu aku tak? Dah lama kan aku tak mengupdate belog ni. Aku bukan tak nak update tapi tak sempat nak update. Banyak hal sejak akhir-akhir ni. Hari ni aku merasa free sikit untuk update belog. Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah. Semoga kedatangan tahun baru membawa titik-titik perubahan terhadap diri kita semua dengan lebih baik. 

Alhamdulillah, sejak kedatangan tahun baru ni aku telah mendapat sedikit berita gembira. Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana memberi aku peluang serta rezeki yang mampu merubah kehidupan aku di masa akan datang InsyaAllah. Dah macam ceramah la pulak hari ni. Aku cuma memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang untuk bernyawa di dunia ini serta menyambut kedatangan tahun baru yang mulia ini. Ok. berbalik pada cerita aku tak sempat update, bukan apa mungkin penat tolong mak aku kat kedai makan. Biasalah, pelanggan agak ramai sekarang ni sebab banyak pelancong tempatan datang kat kampung aku. Jadi aku agak kepenatan nak mengupdate cerita sebab banyak tido kerana letih. Biasalah dah lama tak buat kerja, asyik mengadap buku sampai muka pun nak macam buku dah...

Ok, berkenaan berita gembira pulak, aku berjaya melepasi ujian Micro Teaching!! Apa benda tu. Tahu tak? Angkat tangan sapa tau jawapan? Cikgu bagi duit sekupang? nak? Sekarang aku berada di stage @ peringkat terakhir iaitu Temuduga pulak!! Temudaga ni pada 22/12/2010/. Hangpa semua berdoa kat aku tau agar aku berjaya dalam temuduga tu. Ni sebenarnya peluang pekerjaan untuk menjadi Cikgu MARA/Pensyarah dari MARA. Dua stage aku dah berjaya, tinggal satu jer lagi. Harap-harap berjaya la. Meh aku nak tunjuk sikit gambar aku masa kena buat Micro Teaching dulu. 


Ada gaya macam Cikgu tak? Tobat macam tak layak kan. Hahahah. Lawak betul la, masa ni aku tengah tunggu giliran untuk mengajar. Dah borin teramat sangat, aku pon snap sendiri muka aku yang tak hensem ni. Kan kan, tak hensem kan? Letih kot sebab 3 peringkat kena lalui, so aku harap peringkat terakhir ni mampu membawa aku ke arah kehidupan yang lebih baik. Walaupun aku tengah buat Master!! Ni lagi satu, caya tak aku buat Master sekarang? Mesti tak punya. Tengok muka hangpa pon dah tau hangpa tak caya!! (macam la aku nampak muka hangpa).


Aku harap berjaya dalam mencapai impian aku menjadi seorang pengajar yang baik. Mampu ke? Hahaha. Aku pon tak pasti la. Yang penting kita kena berusaha demi mengejar cita-cita dan tidak menghampakan harapan kedua ibu bapa. Hope anda semua doakan aku berjaya nanti. Sekian..


Selasa, 22 Jun 2010

Melangkah lebih jauh lagi..........

Assalamualaikum.


Entry malam ni pasai seperti tajuk diatas tu. Hummm, aku pon tak tau pa motif tajuk tu sebenarnya. Duk terpikiaq jgk kan apa sebenarnya aku nk cakapkan (tulis dlm belog ni lah). Orang tua-tua ckp pegi lah cari ilmu sementara masih muda lagi, nnti dah tua-tua dah malas nk cari dah ilmu ni. Dengan laut yang bergelora sekarang ni (kg aku kat langkawi ) jadi perjalanan sangat lah berliku untuk melepasi ombak-ombak. Cewah ayat baik punya ni. Aku dah merepek-repek dah ni. 

Aku harap dengan melangkah lebih jauh ni dapat lah merubah sedikit kehidupan aku di masa akan datang. Kita hnya mampu merancang tapi Allah yang tentukan rezeki kita ni. Tapi kena jugak berusaha kalu tak macam mana kita nk dapat sesuatu benda tu. So kali ni aku akan melangkah lebih jauh dari dulu, mengharungi cabaran yang lebih mencabar. Peluang ni hanya datang sekali ja. Aku harap dapat buat pilihan yang tepat sebab ni akan membuatkan hidup aku menjadi lebih baik dari sekarang. InsyaAllah.



Ahad, 13 Jun 2010

SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER

Assalamualaikum..


Ok. Malam ni aku just nk sertai segmen Ben Ashaari. Bukan pa, dah syarat nk join benda ni mestilah follower bawah dari 100. Jadi blog aku yg tak seberapa popular ni memang layak la. Tima kasih kepada Ben Ashaari kerana komited betol nk menolong blogger-blogger.

So kepada sapa2 yg berkeinginan nk join boleh la membuat seperti di bawah:

Anda hanya perlu buat satu entri seperti berikut :
1) letak logo KELAB BLOGGER .. linkkan ke sini >> http://bit.ly/d1ss19 (Cth)
2) letak tajuk dibawah logo tersebut >> SAHABAT BLOG @ KELAB BLOGGER dan linkkan ke entri ini.

Sebarang maklumat silalah melawat ke
http://www.benashaari.com
dan bolehlah berhubung dengan Ben Ashaari yang begitu komited dan prihatin.

Sabtu, 4 Julai 2009

Muncul semula d K.L

aku selamat tiba d umah kedua ku iaitu K.L...sbb cuti sem dah abis la....
cpt btol ms blalu...mcm2 dugaan aku alami..hurmmm... sabar je la..
sekarang aku perlu memikirkan tntg perjuangan yg tbaru..

sem baru...
azam baru..
semangat baru..
kerja keras...
berusaha...
jgn tido..
study awal...
mkn ckup..
tido ckup..
mandi awal..
solat jgn tggll..dosa...tuhan marah..

semoga aku berjaya pada sem ini..
harap2 la..
proposal Latihan Ilmiah lum pikir.
cam ne ni..
arghhhhh....