Jumaat, 28 Januari 2011

HILANG!!!!

Selamat petang semua....

Header aku sudah hilang.. Anda perasan tak? Dah dekat seminggu aku punya header hilang. Tak tahu hilang ke mana?? Main aci sembunyi kot dengan aku ni! Haish. Dah buruk aku punya page sekarang. Humm... Mungkin aku akan cuba keluarkan header baru pas ni!! Tapi sangat malas nak buat. Sapa-sapa nak tolong buatkan untuk aku tak?? hehehheheeh.. 

Aku belum ada idea lagi untuk mencipta header baru belog ni. Tapi sekarang aku dah tukar nama belog ni kepada Lagenda Budak Pulau! sebab aku nak masyurkan aku punya kampung da. Tanah tumpah darah ku.. Heheheh. Sangat patriotik ok!!! dan juga kisah hidup seorang mamat pulau yang tak pernah lupa asal usulnya.. erkkk.. yaka?? kawan-kawan aku semua ngutuk aku dah lupa daratan!! Apa kes pulak, aku keluar meneruskan perjuangan!!hahahah. bangga la sikit dengan aku ni. Kalu balik ni tobat kena paku lagi. tahan jer la.....

Nantikan kemunculan header baru belog ni... Tungguuuuuu... Tahun depan baru siap kot header baru ni. Sebab aku memang tak ada idea langsung!!! Apa-apa pon aku korang tunggu jer la. Kalau ada, ada la.. Tak da tu faham-faham jer la tuan belog lum ada idea. Hahahahahhaa...

Rabu, 26 Januari 2011

Image baru Kampung Aku!!!!!

Selamat pagi semua. jam dah menunjukkan pukul 1.22 pagi. Aku belum dapat tidor lagi da... Pagi-pagi buta ni aku nak cerita pasal kampung tercinta aku!! Langkawi is my hometown ok. Baru-baru ni aku terdengar desus-desus pembangunan Menara di Langkawi. Sekarang benda tu akan menjadi kenyataan di mana telah dimulakan upacara pecah tanah pada 22/1/11 baru-baru ni oleh Tun Mahathir. Beliau juga mencetuskan idea untuk pembinaan menara setinggi 135 meter dan dijangka siap pada tahun 2013. So lepas ni terdapat pula tarikan baru di Langkawi tak lama lagi. Meh kita pakat tengok lakaran menara tu!!


Jadi inilah bentuk lakaran menara tersebut dan terletak di Pekan Kuah. Satu lagi projek mega dan aku harap projek ni bukan seperti projek lain yang hanya hidup segan mati tak nak!! Moh la melawat kampung aku yer! Cuti-cuti Malaysia.. promote sikit pasal Pelancongan ni.

Ahad, 23 Januari 2011

Berjumpa si cantik putih IRA..i love u!!

Selamat pagi semua. Aku bangun awal hari ni (ceh padahal dah kul 9 pagi ). Tapi betul aku bangun awal ari ni. Kul 6.30 pagi. Solat dulu pastu baru buka laptop. Tapi aku tak buka belog aku lagi. Aku baca surat kabar dulu. Sekarang baru aku buka belog. Sejuk betul pagi-pagi ni. Mata kadang-kadang sangat berat nak buka. Perlu penuh keyakinan dan semangat yang berkobar-kobar untuk menentang asakan tahap mengantuk dan malas bangun pagi-pagi.  Akhirnya berjaya jugak untuk hari ini. Hahahahahah.

Agak-agak hangapa siapa IRA tu? Dia sangat putih menyebabkan aku jatuh hati padanya. Matanya yang tajam merenung aku menyebabkan jantung aku berdebar-debar melihatnya. Hinggakan aku menjadi malu memandangnya.Gayanya amat mempersonakan aku. Aku ingin memilikinya. Tapi aku mampu ke nak memilikinya. Bukan mudah untuk menambat hatinya. Ingat sonang ke? Ke berusaha keras kot untuk mendapatkannya. Tapi berdasarkan kedudukan aku sekarang ni. Humm macam tak ada can la nak memikatnya. Dia begitu teristimewa sehinggakan aku tak sanggup nak lepaskan dia. Haish kena penangan si IRA ni buatkan aku tak leh duduk diam ja. Nafsu memuncak-muncak naik ni. Geram tengok weh. Haish. Kalu dapat IRA ni confom aku jaga dia elok-elok. Sayang sungguh-sungguh tau.

Nak tahu siapakah si IRA pujaan hatiku ini.. Akan aku perkenalkan dia kat hangpa semua......... Cair hati aku melihatnya. Tak pernah aku jatuh cinta sampai macam ni. First time rasanya..huhuhuhuhuhu

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

TADAAAAAAAA!!!


Ni lah IRA. Amacam menawan dan anggun kan. Sebenarnya keta la. Bukan pompuan tau. Hhahahahaha. Keta ini adalah hak milik AKU................................PUNYA KAWAN daaa.. Bukan hak aku la, mana la aku mampu nak beli lagi. Kerja pon tak ada, celah mana nak cekau duit nak beli keta ni. Ni merupakan keta member baik aku dari sekolah menengah lagi!! Pergh sangat jeles dengan dia sebab dia dah mampu beli keta, ada kerja yang bagus. Alhamdulillah kawan-kawan aku dah banyak yang berjaya. InsyaAllah mungkin lepas ni rezeki aku pulak. Keta Inspira dia baru ja kuar dari kilang! Baru jumaat lepas. Baru 3 hari la usianya campur hari ini. Semalam aku dah merasmikan keta dia!!! Hahahahha.

Macih tau sebab sanggup mai jumpa aku leh gak aku merasa keta hang ni. Aku dah test drive. Pergh. Tak tahan. Rasa macam nak ja aku amik!!hahahahah. dah siap Makeup tu tak tahan. Naik keta tu semua orang pandang ja. serius weh. Ini tak tipu, tapi betul-betul. Siap brader sorang tu sampai kuar kepala dia dari tinggkap keta dia nak tengok!! Masa buh minyak pon ramai gak duk pandang-pandang kami. Mungkin tak caya kot sebab aku n kawan aku ni MUDA lagi. Mungkin orang anggap ni keta BAPAK dia!! tak kisah pon, aku tahu siapa pemiliknya dan kawan aku memang berkemampuan! Keta ni hasil titik peluh kawan aku. Berbaloi la kan belajar tinggi-tinggi. Akhirnya ada jugak hasilnya.


 


Yang tengah duk buh minyak tu, dia lah pemilik kereta ni. Muda lagi dia ni (macam aku la yang cute miut ni) dan juga avaiable!! Sapa nak aku leh rekemen. Dia tengah solo dan belum ada yang berpunya. Sapa nak habaq kat aku!!hahahahha. Nama dia Badd dan dia kawan baik sejak sekolah menengah lagi. Best tengok kawan-kawan dah berjaya. Aku pun nak jugak jadi macam dia. Lagipon dia ni memang kategori orang pandai la, kerja dia pon leh tahan hbt gak. Kerja kerajaan lak tu. Kalu tak mana dia mampu nak memiliki si IRA ni. Apa-apa pon tahniah la kat kawan aku. Aku jugak dapat merasa keta baru berusia 2 hari. Kira orang terawal la merasa keta dia.hahahahha.. Ok tamat sudah cerita. Entry ni bukan pasal pompuan la tapi pasal keta.hahahahhaa..

Khamis, 20 Januari 2011

Dah seminggu ni...

Selamat tengahari. Pa habaq semua? sihat no? Aku heran la.

-
-
-
-
-
-
-

Dah seminggu lebih ni aku BATUK. Tak lega-lega lagi. Ubat dah telan, klinik dah pergi tapi still tak ok jugak. Pelik benar. Musim BATUK ke sekarang??? Tapi aku tengok orang lain sihat ja. Heran heran. Air bergelen-gelen aku minum sampai leh masuk tandas 10 kali kot setiap hari. Ha punya la banyak aku minum air. Tapi tak jugak lega. Sabar jer la. Takat tu jer la entry aku hari ni. Tak da idea nak mengarang sangat sejak-sejak ni. faktor kesihatan membataskan aku!!

JOM GEGAR BLOG

 Nak Join?
Sini ---> Klik
Selamat malam. Malam ni aku nak join 1 lagi segmen Bro Ben kita. Jom pakat-pakat kita gegaq blog malam ni. LOMPAT!!!!!!!