Isnin, 26 Mac 2012

Terabai..

Assalamualaikum.

Tersangat la penat sejak dua menjak tiga empat semenjak nihh. Kepenatan sehingga mencecah tahap gaban. Susah untuk digambarkan macam mana bentuk aku yang sedang kepenatan tak terhingga.

Jadual tersangatlah padat sampai kesannya merebak ke belog aku yang semakin kurang seri tanpa cerita dan update terbaru. I have idea but time is jelous with me. Haaaa sudah ayat inggeris aku lintang pukang. Sila jangan tiru contoh tak senonoh dari aku nih.

Berbalik kepada cerita yang aku sedang nak cuba reka tanpa sebab musabab. Begini ceritanya, aku sebenarnya sibuk. Itu ja cerita sebenarnya. 

Tengoklah statistik pengeluaran entry aku sejak 3 bulan ni. Menjunam sampai kadang-kadang nak cecah 5 entry dalam masa sebulan pon susah. bayangkan betapa sibuknya aku. 

It not easy when your doing something that very important. Bayangkan la aku terpaksa skip kelas selama 1 minggu demi menyiapkan kajian. Tak terkira dengan godaan yang sentiasa datang menjelma setiap kali tangan aku nak menulis @ menaip nih. 

Asal aku nak tulis ja datang la sorang ajak pergi teman minum. Datang sorang lagi tambah hasut DOTA seround. Rilek, masa panjang lagi. Tahik korak mung la.... Ha tengok apa kesan kepada aku sekarang. Tak ketahuan hala.

Cukup disini aku sekadar menulis tanpa sebarang niat untuk update di dalam belog. Hanya sekadar picisan idea untuk meluahkan kadar ketidakpuasan hatian aku apabila kerja tertangguh sampat tak tertanggung dek akal. 

Guane aku nak menjawab nih? Tidoooooooooooo. jer la jawapannya. sekian.

This is learning proces.

Assalamualaikum.

Kadang-kadang aku terfikir, kenapa dalam hidup mesti ada Kebahagiaan dan Kesengsaraan. Kenapa mesti ada baik dan buruk. Kenapa semua itu perlu terjadi?

Semua orang ingin sesuatu yang baik. Inginkan kebahagiaan di dalam kehidupan. Semua itu adalah satu impian namun sudah tertulis setiap perjalanan manusia adalah tidak sama.

Jika kita gagal dan tidak berusaha untuk berjaya maka kita akan sentiasa akan gagal. Setiap kegagalan tidak bererti kita akan gagal selamanya. Hanya dengan usaha dan memohon pertolongan dari Maha Esa tanpa jemu pasti akan mendapat syafaat dan keredhaanNya kelak.

Pokoknya USAHA perlu ada didalam setiap diri manusia. Ketabahan dan Kesabaran adalah satu kunci dan merupakan resepi kepada kejayaan akan datang.

Jadi janganlah kita berputus asa dan mengalah, Teruskan perjuangan sehingga kita juga mampu membuktikan setiap manusia mampu mengubah hidup dan nasib. Setiap perkara yang berlaku adalah satu ujian yang membantu kita untuk meneruskan hidup dengan lebih baik.

Selasa, 20 Mac 2012

1 minggu.

Home sweet home.

Mission in hometown.

1) Collection Data
2) Interview with management
3) Finishing Analysis (maybe) hahahahaha
4) Work and work.

Almost done the list and moving forward for another 2 months. Hope it will be fine lah katakan. Tak lama dah ni. Cukup dengan apa yang telah dilalui.. Inginkan fasa baru dalam hidup. Satu persekitaran dan cabaran baru. Hope semuanya berakhir dengan lebih baik.

Sabtu, 10 Mac 2012

Misi mencari burger..



Kalau tengok kat atas tu adalah burger OBLONG.. Memang sedap. Harga hanya RM 4.00 ja. Kalau nak yang special kena la tambah sikit tapi tak da la mahal sangat. Berbaloi la makan.

Rabu, 7 Mac 2012

Pasti ada jalannya..

Assalamualaikum..

Setelah sekian lama bulan Mac hampir pertengahan. Aku baru terasa nak menulis sesuatu. Haisshh apa kes jadi macam skema pelik ja ni? 

Dulu masa kecil kita semua telah di didik untuk menjadi seorang manusia yang tahu menggunakan akal secara waras dan matang. Bagi aku, setiap peristiwa yang berlaku bagi setiap manusia pasti berbeza-beza.

Ada manusia yang dilahirkan cukup sifatnya dan ada sebaliknya. Itulah asam garam kehidupan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kita perlu bersyukur dan sentiasa berusaha mencari setiap kejayaan baik di dunia dan akhirat.

Jalan cerita kita pasti berbeza. Ianya ibarat seperti sebuah Filem blockbuster yang pasti ada kesudahan yang yang sedih, gembira, tragis dan sebagainya. Namun perjalanan kita hanya akan tamat apabila hilangnya roh dibadan. Ketika itu, bermulalah satu lagi kehidupan baru iaitu di Alam Barzakh.

Mati itu pasti, syurga itu hakiki. Berpijak di bumi Allah hanya sebagai khalifah untuk mencari amalan untuk dikira pada hari timbang tara. Adakah kita ni menunaikan kewajiban?mengikut petunjuk dan meninggalkan laranganNya? Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Bagi aku, setiap manusia adalah tidak sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangan. Setiap perlakuan kita ini sentiasa tak terlepas dari tercatit. Pintu taubat sentiasa terbuka. Bagi mereka yang tidak melaksanakan setiap arahanNya. Nilailah diri anda. Adakah ini betul?baik lelaki dan perempuan, pasti ada salah silapnya.

sekian. sekadar perkongsian. aku hanya insan yang lemah yang sentiasa tidak terlepas dari membuat kesilapan dan dosa. Moga kita semua diberi petunjuk dan jalan yang lebih baik.