Khamis, 17 Mac 2011

status aku!!

Errr.. this is personal. To somebody that hate this entry can leave my blog!! Hahahahah. Pedas punya ayat!! Main-main ja. Nanti ada pulak terasa. Mencanang pulak kat semua orang kata aku ni DIVA. Bajet bagus dan perasan comel dan lain-lain lagi.

Tak kisah dan tak amik tahu. Ramai orang bertanya status aku! Berpunya?tak berpunya?dah ada? Bila cakap tak da. Muka hang tak da awek.. Sampai mampuih tak caya. Tu ayat-ayat teman rapat dan baik aku!! Kalu dulu betul la! sejak putus cinta ni kadang-kadang jadi serik nak bercinta!

Itu dulu, sekarang aku nak umumkan. Sonang cerita. Dalam proses kenal-kenal with someone. Aku tak nak mentioned siapakah gadis yang malang itu!! hekhelhek. Ni kalu cik kak tengok entry ni mau naya aku! Kena penumbok dia. Ganaih orang yang aku tengah kenal-kenal ni!!


( google lagi)

Itu jer aku nak cakap. Biarlah aku bergerak secara slow. Malaih nak terburu-buru. Kesian kat orang. Dah banyak yang kecewa dengan aku. Mungkin aku ni jahat!! Mereka yang pernah ada hubungan dengan aku dulu tu, aku minta maaf banyak sebab dah banyak lukakan hati anda. Moga anda jumpa lelaki yang baik dan sesuai untuk anda. 

Peace peace!! jangan gaduh-gaduh!! low profile lebih baik.....

haih..awt la tenet ni tak bagi update..

Huh Huh Huh Huh!!!!! Maqah maqah maqah... Dari pagi tadi nak hupdate belog tak boleh boleh!!! Demmmm la tenet ni. Tapi aku pelik awat Cik Senyum Maneh (GKSB) leh update?? Satu line tenet kot!! Toek toi. Menyampah kadang-kadang nak tunggu loading untuk tulis. 


 (sumber google)

Kepanasan hari ni. walaupun marah muka aku tetap comel dan cute macam gambar diatas!!!Patut hari ni pergi melawat tapak @ site Gathering KBU!! sory kepada cik GKSB sebab tak dapat nak join sekali. Tak kena time lak. Ada kelas time tu. Aku pergi time kejadian jer la nanti..hahahahahha.. 

Dah bye.. tu jer la. Ada entry lain sebenarnya pagi tadi. Oleh kerana kemerengan line tenet ni aku dah malas nak update. Tapi masih update jugak untuk petang ni..hakhakhak!!!

Selasa, 15 Mac 2011

A moment at Tioman

Selamat tengahari semua.. Dah makan? Lapaq? Jom aku belanja KFC dan McD melalui perkhidmatan ekspress MIMPI sejahtera. Hahahaha. Hari ni aku just nak update entry pasal aktiviti aku baru-baru ni. Sebab tu belog ni terabai dalam tempoh terdekat ni.

Patut aku dah update semalam tapi tenet pulak duk lembab. Tulis tajuk entry boleh tapi nk tulis yang lain jadi lembab nk loading. Geram aku. Tunggu berjam gak la tak muncul-muncul jugak. Akhirnya aku pon tutup terus sebab malas dan meluat nak tunggu dah!!!

Hari ni berjaya jugak. Aktiviti terbaru aku ialah pergi melancong ke Tioman. Last entry aku ada cakap dah pasal trip ni. So ari ni aku nak tunjuk la hasilnya aktiviti tersebut. Pergi 3 hari 2 malam. Agak letih sebab perjalanan yang agak jauh dari Pulau ke Pulau. Faham? Tak Faham kan? Maksudnya dari Pulau Pinang Ke Pulau Tioman. Naik bas ja. 10 jam jugak la perjalanan. Kat bawah ni leh la tengok gambaq yang aku leh snap.




Hah. Ni baru sikit, ada lagi nak letak ni. Mau tengok ka? Sat g kata bosan lak. Huhuhuh. Tapi aku tetap nak buh jugak gambar-gambar yang ada.




Bagi aku kalu hangpa nak datang Tioman ni elok la sedia duit banyak-banyak. Sini kos nak snorkling, mancing dan sewa peralatan agak mahal la. Bagi aku Tioman masih ok, aman damai dan boleh dijadikan sebagai tempat berehat dan enjoy untuk lupakan seketika keserabutan kerja dan lain-lain.



Paling best aktiviti snorkling la. Hangpa leh tengok keindahan batu karang atau coral. Kalu kena time cerah memang puas hati tengok. Nak rasa keindahan tempat ni kena la datang sendiri. Aku tak puas lagi. Sebab 1st day ujan lebat mungkin sebab time tu tsunami baru je berlaku kat jepun. Mungkin kesan-kesan tu dah sampai kat tioman dan ramai gak orang muntah dalam feri. Aku tak sebab aku pon orang pulau. Dah biasa dengan ombak  ni.





Setakat tu saja. Cukup la dengan gambar-gambar tu. Sikit-sikit dah la. banyak gambar yang menarik lagi. Tapi takkan la nak letak semua. Pilih yang lawa-lawa cikit. Huhuhuh. apa apa pon aku enjoy dan dapat la lupakan asgment-asgment yang bertimbun nu. Sekarang dah balik, kena la kerja keras siapkan asgment. hahahahaha. 

Lepas ni akan pergi lagi Tioman. Best dan sangat tenang duk kat sana. Tak da gangguan dan kesibukkan seperti bandar!!

Khamis, 10 Mac 2011

1 lagi trip...

Malam ni satu lagi trip aku kena pergi. Kali ni sebuah destinasi pelancongan. Bak kata lect aku, your level now need to see the surrounding!! gain exprience dia cakap. Hah, elok la memang la dapat pengalaman tapi yang duk melabur keluar tu tak kira ka. Kalu free aku memang sangat sokong tapi bila kena pakai DUIT.. Oh tidak, terpaksa pergi jugak sebab compulsory.. Wajib dia kata tapi aku tak kisah asalkan benda tu dapat berikan aku sedikit ilmu dan pengalaman.

Mai aku tunjuk sedikit gambaran awal destinasi aku. Agak korang kat mana ya destinasi ni? Lagipon harga yang aku dapat untuk 3 hari 2 malam hanya RM 195.00 sahaja. Agak berbaloi sebab memang tempat tu aku tak penah jejak lagi.


(sumber google)

Agak kat mana ni? Teka-teka keh. Sapa betoi aku bagi adiah!!! Ni kira destinasi terkemuka kat malaysia. Semua orang tahu tempat ni. Ni 1st time aku pergi. Nak tahu kat mana!! tengok bawah!!
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
PULAU TIOMAN

itu jer nak cakap. Hahahahahha.. Aku harap perjalanan pergi dan balik semuanya selamat. Korang doa jugak kat aku dan group2 clas aku ok. Boleh meragam la dengan kamera DSLR kawan aku nanti. Heri jangan marah tau aku guna kamera hg sat ja. Tak lama ehh... thanks tau bagi kebenaran aku guna kamera hg!!hahahaha..

Itu saja buat hari ni. Sekadar berkongsi. Macih kerana membaca.

Rabu, 9 Mac 2011

1st entry untuk KBU.....

Assalamualaikum.. Pa habaq semua?? Moga-moga semua sihat no. Hari ni aku nak tulih pasai satu group yang baru ja aku terjoin. Aku tak tau pun benda ni. Ingatkan tak wujud tapi rupa-rupanya sudah lama wujud. Aku ja ketinggalan zaman. 

KBU??adakah menatang? tak tak, ni group KAMI BLOGGER UTAGHA. Mengumpul segala lubang cacing, semut, lebah, ulaq, landak, arnab dan segala-galanya pasai geng blogger UTAGHA sahaja. Makna kata budak-budak asal utara, termasuk sempadan thailand sikit-sikit. hohohohohoh.

(Logo Geng Blogger Utagha)

Aku baru saja menapak untuk PERTAMA kalinya semalam, bagi aku group paling sporting habis lah. Semua perangai loglaq dan sedikit gila (jangan duk terasa no, melawak ja). Yang terbaru, depa nak buat gathering pada 26/3/2011 ni. Tak lama dah. Lokasi di Penang sekitar SEAGATE. Pakat-pakat mai semua no. Leh beramah mesra..hakhak. jangan duk pikiaq yang loglaq na. Kenai-kenai la maksudnya. 

Ok. Takat ni ja entry aku. Saja nk bagi kenai-kenai group ni. Promosi free of cas... Boleh pakat-pakat mai langkawi tengok laut... hai hai bye bye..