Selasa, 15 Februari 2011

Jasamu dalam ingatan ku!!!

Aku tersentak, aku terdiam, aku hilang kata-kata, tarikh 8 Disember 2007 merupakan hari paling suram dalam hidup aku. Aku terbaca entri dari kawan aku ZANA sebentar tadi, menyebabkan hati ini makin sayu. Walaupun itu sekadar tulisan kreatif tapi kisahnya adalah benar. Merekalah guru-guru aku yang mengajar aku hingga aku ke tahap ini.

Bagi aku, jasa yang mereka taburkan tiada tandingan. Aku tak mampu nak membalas jasa mereka, cuma aku mampu mengucapkan terima kasih CIKGU kerana membimbing aku hingga aku ditahap ini. Peristiwa yang berlaku pada tarikh tersebut sememangnya mengejutkan aku. 




Aku telah menyimpan keratan akhbar, simpan video dari tv3 yang melaporkan kemalangan tersebut. Moga Cikgu Ghazali dan Isterinya Cikgu Haridhah ditempatkan di kalangan orang-orang solehah dan beriman. Lambaian terakhirmu Cikgu Haridhah seminggu sebelum Cikgu pergi menusuk jantung aku. Tak aku sangka tika itu, saat itu, masa itu, itulah kali terakhir aku melihat Cikgu melambai-lambai tangan bermain di fikiran aku sehingga hari ini. Al-Fatihah kepada mereka berdua..

Isnin, 14 Februari 2011

Syoknya Sekolah.......

Sekolah!Sekolah!Sekolah! Perkataan yang paling menakutkan bagi aku waktu dulu-dulu masa zaman budak berhingus yang selalu lap kat bahu baju sekolah. Bila mak tanya kenapa kuning ja bahu baju sekolah hang tu? Selamber jer jawab.. ntah, tiba-tiba muncul!! nahhhh penyepak sedas!!!

Bab paling aku tak suka time nak bangun pagi. Saat ni paling aku tak suka. Tiap-tiap pagi mesti bunyi AYAT yang sama. ADIKKKKKKK!!! (panggilan mak aku kat aku),,,, banngunnn p sekolah. Dah lewat ni tak bangun-bangun lagi. Padahal jam waktu tu baru pukul 6.45 pagi. Ni la ragamm mak aku dulu. Masa duk awal lagi dia duk kata lewat dah. Sapa nak bangun, nampak sangat menipu!! adoiiii. Dah reti nak baca JAM pukul berapa!!hahahaha. Part paling best rumah aku dekat sangat dengan sekolah. Kalu masuk acara 100 meter confom sampai 9 saat di depan pagaq sekolah tu.

Rumah aku pulak kira memang dah jadi port parking moto oleh kawan-kawan aku. Sebelum p sekolah kawan aku duk lepak dulu la sambil tunggu aku mekap-mekap..hahaha. bukan mekap macam pompuan la. jangan duk salah sangka pulak!!! pastu ramai-ramai p sekolah berjalan kaki termasuk aku. 

Orang paling lambat siap sapa lagi kalu bukan AKU. Umah dekat nak kelam kabut buat apa. Takkan lambat punya!! Sampai sekarang kalu nak pergi mana-mana, kalau lambat sikit, kawan aku semua tuju kat aku.damn betol perangai mereka.

Tapi itu zaman dulu. Bila ingat-ingat balik aku mula rindu zaman tu. Korang mesti ada jugak kenangan zaman sekolah. Dan semuanya lalui perjalanan yang berbeza. Best betoi bila ingat zaman sekolah. 

Ahad, 13 Februari 2011

Kenapa wanita seperti ini wujud??

As Salam..

Julung-julung kalinya entry aku kali ini bernada pedas. Cerita ini berkisarkan persahabatan yang mula renggang disebabkan seorang wanita! Aku tak kisah kalau hangpa nak bercinta pun sebab kedua-dua kawan aku. Tapi kenapa perlu kau bersikap begitu. Bagi aku kau seorang wanita yang sangat hipokrit. Bertopengkan senyuman di hadapan tapi di belakang kau sangat teruk. 

Aku kenal kau dan kenal boyfriend kau tu. Sahabat karib kami sejak dahulu lagi. Tapi sejak kau muncul dalam hidup dia. Semakin ada jarak dan hilang keakraban kami sebagai kawan. Aku tau hangpa pasangan romantis in the world. Tapi agak-agak la sampai kami nak luangkan masa sebagai sahabat seperti ada benteng ibarat tembok china. Kenapa kau perlu cemburu??Aku pelik dan heran. Aku dan kawan-kawan aku semuanya tertanya-tanya apa salah kami sampai kau nak halang persahabatan kami?? Kami kenal boyfriend kau tu lebih dari kau lagi. 

Kami tak pernah pon menghalang kau nak bercinta ka, bermanja ka, beROMEN ka, ber apa-apa ja la. Kami tak amik kesah pon. Tapi kami semua amat terkejut apabila kau tak berpuas hati bila dia ingin lepak dengan kami. Walaupun lepak minum 5 minit pon kau cemburu. Heran dengan sikap wanita seperti ini. Sedangkan kita semua dulu satu sekolah.Tahu la tahap sayang kau tinggi melangit tapi tak perlu kot kau nak cemburu! lainlah dia keluar dengan perempuan!! Ni dengan lelaki pon nak CEMBURU!! Hoi ingat kami ni GAY ke?? Lahanat betoi perempuan ni.

Kau bertanya kepada pakwe kau kenapa kau sudah hilang dalam friend list FB aku. Sebab aku mula kenal perangai kau yang sebenarnya! Cukuplah weh. Kalu sayang tahap cipan pon tak payah la nak rosakkan hubungan seorang kawan! Aku bukan saja remove kau tapi aku block terus kau. Moga hangpa berdua bahagia la no. Bagi aku, jika hangpa kawin aku takkan jejak kaki dimajlis perkahwinan hangpa. Buat apa aku nak pergi, dari awal lagi dah terbukti kau seorang wanita yang sungguh hipokrit!!! Sory to say tapi sikap kau tu yang pentingkan diri sendiri.

Aku tak kisah la dan aku dah MELUAT dengan perangai hang. Perempuan jenis pa ni? Part paling best pulak kawan aku ni pon bahlul jugak! Sayang punya pasai duk pergi ikut kerenah perempuan jenis tu. Elok la, hang hilang kawan tapi jumpa seorang isteri yang sungguh baik budinya. Good Joob my prennn. Tahniah-tahniah. Orang lain pon ada awek jugak! Tapi tak da la seteruk seperti hang ni. Pergi cermin diri hang tu dulu betol-betol!! Cukup cantik ke? hahaahhahah. Sekali angin datang melayang hang tu. Apa-apa pon kami yang lain tetap hapy tanpa hangpa berdua. 



Tamat sudah ceritera seorang wanita hipokrit!!!

Update oh Update

As Salam.. Salam 1 Malaysia semua!! Tiba-tiba semangat perpaduan duk meluap-luap!! Dah lama aku tak menghupdate belog ni. Buzy sikit dengan belajor. Komitmen kat situ dulu la, bukan aku tak sayang belog ni tapi perlu utamakan benda-benda penting terlebih dahulu. Hari ni boleh la aku update kejap. Kejap jer sebab tengah duk buat asgment yang nak kena hantar malam ni.

Lama benar tak menulis. Hilang jugak idea-idea nak tulis dalam belog ni. Tapi tak ramai yang duk rindu karangan aku ni. Hahahaha.. Baik korang tengok belog Abg Ben kita. Dia rajin update dan banyak info dari aku ni. InsyaAllah aku pon nak jugak jadi macam tu, tapi buat masa ni ada satu komitmen yang agak penting. Ok, setakat ni sahaja hasil curahan aku. Sebab otak tengah duk risau nak menjawab soalan asgment ni. Chow dulu, bubye!!

Selasa, 8 Februari 2011

Aku Trauma....

Selamat Malam semua..

Aku trauma sekarang. nak tahu kenapa aku trauma. 1st time benda ni berlaku kat aku! lepas ni perlu lebih berhati-hati. Alhamdulillah aku masih selamat dan masih diberi peluang untuk membuka mata di dunia ni. Nak tahu apa berlaku. tengok dibawah!!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Syukur la aku masih bernyawa. Hummm. Agak trauma sikit sekarang. Harap-harap boleh lupa la tentang benda ni. Hadusss....

P/S : Ingatlah orang yang tersayang!!!