Sabtu, 15 Januari 2011

Wah...tak kusangka!!!!

Selamat malam semua. Ni mesti semua dah nyenyak tidor. Hari ini baru aku berpeluang nak update belog sebab agak TERBUSY dengan asgment! Letih nak menyiapkan benda-benda tu!! Malam ni aku teruja sikit. Sebab tak sangka belog aku telah di Follow bro Ben Ashaari. Terharu betol. Tak bro Ben sudi jugak menyinggah kat belog aku ni yang seringkali terbengkalai! Kalau time aku sibuk..


Terima kasih diucapkan kepada Bro Ben Ashaari kerana sudi mengFOLLOW belog ni. tak sangka OTAI belog sudi singgah kat sini. ;-). mood gembira la malam ni! jom tdo....

Khamis, 13 Januari 2011

BLOGGER GEGARKAN 'U

Selamat malam. Hari ni aku nak join lagi satu segmen Ben Ashaari. Baru jer leh join sebab kat tempat aku terputus bekalan elektrik dari tengahari tadi. Pukul 6.45 ptg baru ada balik. Perghh.. Sabar jer la.


Kena jawab beberapa soalan ok! Nak join? Klik sini.....

1.Belajar mana ? Jurusan ? Tahun ?
Ok... Dulu aku belajar di Universiti Merapu (UM). Selepas tamat ijazah disana, sekarang aku dah masuk Universiti Suka Makan (USM)!! hahahahaha.. Aku sedang buat dalam bidang Msc Perancang Bandar. Baru jer masuk tahun 1, dan akan habis tahun 2012!! InsyaAllah. 

2.Asal mana ? Umur ?
Cakap pasal asal ni. Tempat aku orang semua kenal sangat-sangat dah! Kalu tak tau jugak aku tak tau nk cakap apa dah. Mungkin tak pernah dengar kot!!! Aku berasal dari Langkawi. Tau tak? Mesti tau kan. Cakap pasal umur ni malu la!! adoi.. Baru menjengah usia 24 tahun! Muda lagi kan..hahahahhaah. Still comel la orang cakap!!

3.Kenapa amik jurusan itu ?
Soalan ni memang buat aku terkelu tangan nak menulis!! Betul ke ayat aku tu? Bantai jer la!! Harharhar. Sebab aku amik jurusan ni!! hummm, jap yer nak fikir!! Ntah la, aku pon tak pasti macam mana leh terjerumus di dalam jurusan ni tapi semua bermula di UM! Dari situ timbul minat aku ingin tahu lebih.

4. Cita cita .. peewwittt  
Kalu dulu cita-cita aku nak jadi POLIS. Tapi bila fikir balik aku ni yang tak berdisiplin, langsung memang tak kena dengan jiwa la. Tapi sekarang aku dah ada satu cita-cita baru! Menjadi seorang perancang bandar yang mampu menghasilkan sebuah bandar yang free untuk semua orang!! hahahahah.. Tobat tak dapat la. Aku harap bidang aku ceburi ni mampu menolong serta mengelakkan alam sekitar dari musnah akibat pembangunan tak terkawal!! kadang-kadang orang tak fikir kepentingan alam sekitar. Apa yang mereka nampak? DUIT!! PROFIT!!! Buat rumah untuk apa? PROFIT ok bukan untuk masyarakat!!! tu yang aku nak ubah! Panjang lebar pulak aku membebel!! 

Dah cukup..tamat. Full Stop!!

Rabu, 12 Januari 2011

Thanks Tau.........

Aku muncul semula. Ohhhh, aku dah sihat semula. Alhamdulillah, sudah beransur pulih. Hari ni aku nak cerita apa ya! humm.. Ok, dah ingat! Sebelum aku tak sihat baru-baru ni. Aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada 2 orang yang begitu pemurah. Tiba-tiba depa ni berbaik hati belanja aku makan. Aku ingatkan makan biasa-biasa ja. Sekali depa ni bawak tempat yang paling susah aku nak jejak kaki. Seingat aku last sekali aku makan benda ni pada tahun 2008. Itupun ketua projek belanja sebab untung banyak dulu. Nak harapkan aku PERGI, SINGGAH, TERMASUK, TERJEJAK, TERLANGKAH, SENGAJA LANGKAH, SENGAJA MASUK.... OHHH tidak sesekali aku nak masuk!!!! Aku pun tak tahu sebab aku tak teringin nak masuk pun tempat ITU!!!! Nak tahu tempat apa? Jangan terkejut ok! Diam-diam sudah! Jangan gelak! 








Thanks tau sebab hgpa berdua nak belanja aku..huhuhuhuu.. Terharu sikit! harharhar (dalam hati memang lega la) Orang belanja kan!! Serius weh! PIZZA HUT la tempat paling aku susah jejak kaki! Rasanya baru 3 kali kot aku makan sampai la aku sebesaq dalam gambar tu!! harhar. Tak mau cakap bab umur disini ok!! Cuba tengok muka tu! Ntah apa-apa muka. Mungkin teruja makan PIZZA!!hakhak.. Apa-apa pon THANKS TAU kat hgpa!! Makan sampai muak ek!! Tu la, order banyak sangat!!! hihihi.. Tamat!!

Isnin, 10 Januari 2011

Tak suka macam ni.

Aku demam. Arghhhh. Dah lama tak demam. Sekali kena, mak aii dahsyat yg amat. Ok lah, aku dah mula pening kepala. Bye. doakn aku cepat sembuh no. Tak suka la...... waaaahhhhhhhh!!!! thx kepada yg baru follow aku. nnti aku follow hgpa balik. sory kalau lambat...

Khamis, 6 Januari 2011

Segmen 2011: MEREKA KATA


Assalamualaikum......
Hari ini aku terdetik untuk mengJoin segmen En. Ben Ashaari. Ni segmen terbaru untuk tahun baru. Kalu hangpa semua nak join boleh klik kat nama yang diberi yer!! Walaupun otak aku tengah berserabut nak kena buat terjemahan untuk esoknya. Aku gagahkan jugak tangan ni nak masuk segmen ni. Tak banyak kena buat cuma kata alu-aluan jer. 

Mula-mula aku nak ucapkan selamat datang kepada anda-anda semua ke belog aku yang penuh bersawang sebab aku belum bayar gaji pekerja aku nak cuci belog aku ni. Hangpa boleh panggil aku Syahir... Eh eh eh tak tak tak yer. Boleh panggil aku SYUKRI @ KRI @ SYUK (tak suka panggilan ni). Umoq aku masih remaja dan sangat COMEL ok. Dah lama mengembara dalam dunia belog ni sejak tahun 2008 tapi tahun 2010 baru kembali aktif. 

Belog aku ni lebih kepada personal life aku. Apa aku INTIP, MENGENDAP, TEROPONG, PANDANG semua tercatat dalam belog bersawang ni. Terpulang kepada hangpa semua sama ada suka atau tak dengan apa yang aku tulis dan aku tak pernah paksa siapa-siapa untuk membaca belog ni. Apa-apa pon aku hanya insan biasa yang ingin mencari kepuasan sendiri dan melihat persekitaran melalui perspektif dan pandangan aku. Tak berkaitan dengan siapa-siapa pon OK!! Sekali lagi aku ucap selamat datang dan harap anda semua terima aku seadanya. We are not perfect!! But we can make it different...