Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet...Bajet Gempak!

Assalamualaikum..


Terasa nak menulis pulak hari ini. Setelah sekian lama menyepi dari dunia alam maya. Maka dengan ini guwa nak menyebut kisah Bajet.

Bercakap mengenai Bajet ni semalam dengan senyum lebar dibentangkan Bajet 2014 oleh PM kita sapa lagi kalau bukan Datuk Najib.

Intipati secara keseluruhan memang menyentuk setiap aspek dalam memperkasakan ekonomi dan memakmurkan rakyat. 

Tetapi, itu hanya pengumuman. Apa yang rakyat Malaysia ingin lihat ialah perincian setiap perbelanjaan itu dijelaskan dengan lebih baik. Pihak pentadbiran Malaysia perlu mengeluarkan satu laporan untuk menunjukkan kemana hala tuju wang rakyat itu disalurkan.

Setiap perincian ini untuk mengelakkan berlakunya ketirisan wang kepada pihak yang tidak sepatutnya, dimakan oleh kroni-kroni dan sebagainya.

Suara rakyat hanya inginkan ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Walaupun berita beberapa kenaikan cukai seperti GST dan serta subsidi gula dikurangkan sememangnya sudah dijangka.

Namun, adakah rakyat malaysia bersedia menghadapi perubahan ini? sama-sama kita nantikan laporan dengan lebih terperinci pelaksanaan cukai GST ini terhadap barang-barang keperluan. Jadi, adakah PTPTN juga akan dimansuhkan cukai perkhidmatan???

jeng jeng jengg..

Ahad, 6 Oktober 2013

Im coming Home.....






Seketika guwa meninggalkan blog ini tanpa sebarang kabar berita nusantara bagai. Alkisahnya guwa sibuk sikit. tak banyak mana pon sibuk tu tapi masih kira sikit aja lah.. maklumlah sifat pemalas guwa update makin menjadi-jadi sejak pindah randah. macam orang nomad pulak kehidupan guwa sekarang. tapi itu rezeki. kita kena bersyukur. macam guwa jugaklah. bersyukur guwa mendapat rezeki dari Allah S.W.T.. 

Jangan risau belog ini pasti akan kembali meriah cuma bergantung kepada tahap obesiti guwa nak update ke tak.. sejak pindah randah ni berat makin naik mendadak haa.. 

betul cakap orang-orang tua, luas perjalanan luas pemandangan. perkataan merantau memang dah sebati dalam hidup guwa rasanya. sudah 3 tempat guwa merantau termasuk yang terbaru ni. kesimpulannya guwa memang belajar macam-macam benda.

guwa sudah mampu mengenal manusia mengikut pekerjaan dan sebagainya. memberi ilmu baru dalam selok belok perhubungan antara manusia. tengok lah gambar di atas. kronologi guwa untuk menyesuaikan diri di tempat baru. kehkehkeh...

sekian update dari guwa si kaki perantau dan memantau.. apa-apa guwa update lain kali lah.. abaikan gambar yang banyak makanan tu.. penyebab guwa makin membesar..

guwa bukan lagi sipoot dlm kerang kerana kerang sudah pecah sebab kegemukkan melampau guwa..hahahahhaha.

Ahad, 30 Jun 2013

Bilik Baru...

Suasana di dalam bilik baru..oh lain macam.. tak rasa meriah sangat. Boleh la untuk cari pengalaman baru plak kan..


Sekian..Update sementara. minggu depan moh ke tanjong malim..Tajuk belog akan ditukar..bukan lagi BUDAK-BUDAK!!!!dah tua bangka nih...

Jumaat, 28 Jun 2013

New Schedule

Assalamualaikum.


Dah lama aku tak berupdate yer.. Kesibukkan teramat la sangat!



Inilah kehidupan baru aku..oh demmm...


Sekian.. nak tido..ngantok weh..

Selasa, 14 Mei 2013

Michu dan Micha




Penghuni baru di rumah 

Ahad, 13 Januari 2013

Menuntut ilmu...

 
"Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orang yang berakal yang dapat menerima pelajaran"(Surah al-Zumar, ayat 9)

Saidina Ali Bin Abi Talib pernah berpesan " Bukan suatu kebaikan sekiranya kamu hanya memiliki anak-anak dan harta sahaja, tetapi kebaikan yang sebenarnya ialah ilmu pengetahuan yang tinggi dan banyak."

Beliau turut berkata, "Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa, bersolat dan berjihat. Apabila matinya orang berilmu, maka terdapat kekosongan dalam Islam yang tidak dapat ditutup selain oleh penggantinya iaitu orang berilmu juga." sumber (meniti jalan suci).

Sabtu, 5 Januari 2013

2012 Punya Cerita....



TRIP STUDY MELAKA


LIFE OF PRACTICAL


IFTAR RAMADHAN 2012


KONVOKESYEN 


 STARTING CAREER



Penutup Tahun 2012 yang cukup sempurna.
Alhamdulillah. Semoga tahun 2013 lebih baik.
Berusaha menjadi seorang insan yang lebih baik dan berusaha memajukan diri.

Ahad, 16 Disember 2012

TAHNIAHH......



Tahniah kepada kawan sekolah dan kawan unibersiti yang telah menempuh alam perkahwinan. Semua muka ceria-ceria ja bila dah kawin ni.

Haih...turn aku ni bila tak tau. hahahhaa.. biarlah rahsia..

sekian entry ringkas hari ini.

malas update punya pasai...

Jumaat, 2 November 2012

mukadimah yang berhabuk

sejak 3 bulan lepas sampai la hari ni aku sentiasa mengadap komputer ofis aku. boleh kata tetiap hari aku menaip tapi sikit pon tak penah aku teringin nak update dalam belog. kalau ada pon hanya entry yang dipelopori gambar. nak taip pon malas dohhh. bahasa budak-budak tengah up sekarang.

walaupun aku punya belog tak popular. tak penah pon ada orang datang merayu kat aku silalah update entry ke apa. demmmm.. memang nampak sangat dah aku tak pemes. demmm demm demm. dah la team aku man utd baru kalah 2-4 ari ni. sedangkan menang pon orang cakap beli pengadil, menang nasib, tipu ini tipu itu. sudahlah. ada aku kisah. bukan aku lahir kat england pon. hekhek.

ok, berbalik kepada kisah yang aku nak cerita sebenarnya. waktu kejadian itu pada jam 9.00 pagi. mesti hairankan kepada perlu pukul 9.00 pagi, ada 12 nombor dalam jam tapi kenapa aku pilih jam 9.00 pagi. segalanya akan terungkai. 

ketika jam 9.00 aku baru tengah bersiap-siap dengan amat smart + hensem + macho. sambil menghadap cermin di dalam bilik membelek muka aku. aku amik minyak rambut jenama "x" yang mempunyai cover warna merah menyala. aku calitkan sikit kat rambut demi membuat gaya rambut remoih ke depan. apa jadah aku cerita tentang aktiviti pagi-pagi bersiap ni.

selalunya orang yang bekerjaya akan bersemangat masuk ofis jam 9.00 pagi. ada yang terlebih rajin jam 8.30 pagi dah terpacak depan pintu kononnya mempunyai semangat berkobar-kobar untuk bekerja. tapi aku masih steady bersiap dengan penuh berdisiplin. puiii. macam haprak woiii.. masuk ofis pukul 9.00 pagi la banggang.. ingat tu ofis bapak hang ka.. demmm...

macam biasa aku masuk ofis tanpa rasa bersalah kerana lewat sehingga 30 minit. so faham-faham sajalah aku masuk ofis pukul berapa.dasar tak ada disiplin punya orang. jadi rutin aku seharian adalah memberi khidmat urutan badan profesional kepada pelanggan yang inginkan khidmat aku. demmm aku menipu. hahahhahah.. woit aku bukan kerja urut-urut lah. mau patah tulang orang kena urut dengan aku nanti.

aku kerja sebagai kuli kepada bos aku yang terlibat dalam beberapa projek. jadi dengan alasan kerja yang semakin bertimbun menyebabkan tangan aku tak termampu untuk mengepost bebanyak entry untuk dikongsi kepada fans-fans fanatik aku..puii boleh blah woi..perasan tahap gaban pa. femes pon dak. entah-entah orang pon tak tau pon belog aku ni..hahahhahahaa....

jadi inilah punca segalanya aku tak terupdate benda pa pon kat belog nih.hahhahaha..

pentingkan kerja dulu lah..baru bergiat untuk menjadi pekerja efisien katanya..hahahhaha

demmm. 

kena ubah perangai tak senonoh masuk ofis lambat. disiplin disiplin woiii...


Isnin, 29 Oktober 2012

pengalaman

Setelah sekian lama tak update. Bahan nak menaip tak ada langsung dalam kepala hotak ni. Jadi kesimpulannya belog ni memang dah lama terabai dengan jayanya.

Sejak bekerja ni buatkan diri aku malas nak menulis.otak jem tapi kerja tak ada la penat sangat pon. Biasa-biasa tapi aku yang rasa malas.

Alhamdulillah sejak mula bekerja ni macam-macam benda aku dah belajar. Pintu rezeki pon semakin terbuka. Amin. bersyukur.

Rabu, 26 September 2012

working..



day after day. rutin harian 

Selasa, 25 September 2012

20/9/2012

Hari bersejarah. Setelah sekian lama tak hupdate belog..hahahaha.. Terima kasih atas ucapan dan doa anda semua.





Ok. Setel sudah 5 tahun perjuangan aku. Sekarang mood pekerjaan pulak. Tiada dah bab-bab baca buku tapi pengalaman baru dalam bekerja pulak..

Khamis, 2 Ogos 2012

Officialy Finish...

Setelah sekian lama. 5 tahun ok perginya aku berhijrah dari satu tempat ke satu tempat akhirnya sudah selesai jugak perjalanan aku untuk melengkapkan satu lagi objektif hidup.

Kalau nak diikutkan tak pernah terlintas dalam diri ni, sepanjang aku hidup mengimpikan pencapaian seperti sekarang. Semua berlaku sudah ditentukan oleh Allah S.W.T.


Aku juga bersyukur dengan pilihan yang aku lakukan walaupun pelbagai dugaan dan cabaran terpaksa ditempuh. Akhirnya, alhamdulillah matlamat aku sudah tercapai.

Kini, aku sedang mengorak langkah ke bidang baru. Diharapkan pintu rezeki sentiasa terbuka dan memudahkan urusan aku ini.

Ingin mencapai apa yang diinginkan oleh setiap manusia.. Semua orang memerlukan benda ini untuk hidup. Duit, Rumah, dan Pekerjaan menjadi matlamat utama. Juga membantu ibu bapa yang banyak berkorban.

Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang telah aku capai sekarang. tunggu bulan 9 nanti untuk naik "PODIUM" menurut kata rakan aku. setel..

Khamis, 19 Julai 2012

25 + 4 hari...

Usia aku seperti diatas.. ohhh.. Tapi muka still remaja kot.hahahahhaa. Macam tak percaya ja sekejap ja masa berlalu.

Sekarang sudah tiba masanya aku mengubah corak hidup aku. Alam pekerjaan menjadi sasaran aku. Dunia sekarang susah nak mendapatkan pekerjaan.

Berduyun-duyun degree keluar setiap tahun. Jumlah pekerjaan yang mempunyai ilmu yang tinggi semakin baik tetapi peluang semakin sempit. Cabaran tambah berliku sebab wujud persaingan. Bagi aku ini merupakan saingan yang baik.

Sekarang degree semakin banyak, akan datang mungkin master dan phd semakin menjadi lambakan di pasaran. Tak mustahil perkara ini akan berlaku.

disebabkan berlaku tekanan menyebabkan pihak SPA pon memberi kelonggaran kepada pemohon degree memohon jawatan untuk peringkat SPM. Bayangkan kenapa situasi ini wujud? 

Weh, aku ni dah 25 tapi kerja pon tak ada lagi. Kawan-kawan dah bertimbun simpan duit. Siap ada yang sudah kahwin dan ada anak. 

Mengharapkan pintu rezeki sentiasa terbuka dan aku mengharapkan aku mendapat peluang tersebut. hohoohoho. Risau pon ada sebab makin berumur kan. 


Situasi aku sekarang di gambar atas sekali. Hahahahahhaa. tapi tu bukan aku, member aku. Gambar ini tak ada kena mengena tapi saja aku nak upload sebab tak tahu nak tulis apa dah.hahahahah.

Rabu, 18 Julai 2012

Anjakan Umur...

Akhirnya usia aku sudah bertambah lagi. Baru ja beberapa hari berlalu usia aku yang sudah bertambah. oh terasa makin tua. 

terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi ucapan dari handphone dan facebook. tapi sekarang sudah makin berubah, dunia makin maju semua ucap kat facebook ja.

tapi kat Facebook ni kita boleh tipu tarikh lahir sebenarnya. Terpulang kepada si pemilik la nak masukkan yang betul atau tidak. Orang lain cuma tulis dan ucap ja. hahahhaa.. tapi yang aku betul punya.

Terima kasih kepada si dia yang memberi hadiah dan belanja makan. hahahhaa. tapi tak dapat stik tu. kesian betoi. nanti kita pergi lain no..


Sekarang aku masih mencuba mendalami alam pekerjaan. Memang berbeza dengan apa yang dilalui menerusi zaman belajar ini. 

Jadi harapan aku pulak lepas ini nak mencari kerja la. setelah sekian lama belajar jadi arah gerakan aku kena la berubah.

Jumaat, 29 Jun 2012

Finish Already...

Akhirnya

Setelah 2 tahun di Pulau Pinang mengadap pulau yang pesat membangun di sebelah utara ni. Misi aku sudah tercapai dengan jayanya.

Berakhirnya perjuangan aku di Pulau Pinang dan perkara baru akan ditempuhi pada minggu hadapan bermula 2/7 ini. Selama 10 minggu mencari pengalaman baru pulak. harap-harap dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah InsyaAllah...

Jadi, diharapkan keputusan yang akan keluar nanti memberansangkan dan mencapai satu lagi tahap yang membuka ruang dan peluang yang lebih baik. Seperti kata NAMI, aku dah berjaya tempah "PODIUM". Hebat la boleh tempah "PODIUM". aku tempah "STAGE" ja.. Dia belasah "PODIUM" teruih.. Cemerlang gayanya..

Terima kasih kepada semua yang mendoakan aku. Kepada ahli keluarga yang berkorban masa dan duit ringgit dan memberi sokongan tanpa henti. Berkat doa dan memberi semangat serta sokongan kepada aku telah membawa hasilnya. Terima kasih jugak kepada cik puan "SINGA" kononnya sweet kiut miut yang sentiasa menyapot dan sokong tanpa penat lelah.kehkehkeh..

Kepada mereka yang banyak memberi ilmu dan nasihat serta dorongan. Terima kasih diucapkan dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang berjaya mencipta satu lagi sejarah baru. Alhamdulillah berkat usaha dan pengorbanan serta penat lelah akhirnya berjaya juga menamatkan satu lagi perjalanan yang sudah tiba penghujungnya.

Jadi, kita tunggu pada bulan 9 pulak. InsyaAllah diharapkan semua perkara tersebut berlaku dengan izin Allah S.W.T.

P/S: Tidak pernah terlintas semua ini akan berlaku dalam hidup aku. Setiap kegagalan, halangan dan dugaan membuka ruang ke arah kejayaan yang lebih baik. Jangan Putus Asa...

Sabtu, 23 Jun 2012

Datang Bulan!

Ha, itu bukan aku yang datang bulan ok. Tapi berkenaan perempuan. Timbul kemusykilan daripada naluri dan jiwa aku secara mendalam..



katanya " perempuan bila datang bulan kuat makan "....


Ini Fakta ka? atau Imaginasi atau mungkin juga fantasi..


mohon sesapa yang teringin menjawab persoalan ini..kehkehkeh..


ada bran ka jawab?

Selasa, 19 Jun 2012

5 Tahun

Setelah 5 tahun. Ya 5 tahun terseksa jiwa raga tanpa henti-henti. Apa yang 5 tahun ni? Kalau nak tahu hangpa semua kena baca entry-entry aku yang lama nuhhhh. Baru lah nampak jalan ceritanya.

Jadi aku nak meringkaskan cerita sahaja. Tadi pagi baru selesai satu lagi bab kehidupan aku yang penuh dengan dugaan dan cabaran. 3 tahun di suatu bandaraya kota idaman manusia. 2 tahun di satu pulau penuh sesak dengan manusia.

Tapi masih belum selesai satu lagi bab. Minggu depan perlu berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu yang amat tinggi. Jadi tugas aku adalah perlu persiapkan diri untuk kena hentam selepas nih. Hahahahhaha.

Diharapkan dengan selesainya tugas terakhir tersebut maka satu lagi tahap dapat aku capai. InsyaAllah moga Allah S.W.T mempermudahkan urusan aku. Masih menanti dengan penuh debaran sebenarnya nih.

Selepas ni aku akan menjejak kaki di dalam arena lain pulak. Tiba masa aku mula mencari kerja selepas ni. harap-harap semua baik saja dan dipermudahkan setiap urusan aku. 


Adakah seperti benda diatas ni akan dialami oleh aku. Semestilah nama pon kerja mana ada benda senang nak dapat duit. Jadi kerja itu penting untuk mencari nafkah dan sumber kewangan untuk kehidupan terus menerus ni.

Masih banyak benda yang aku perlu belajar sebenarnya. Tak semua kita mampu laksanakan dan tak semua kita tahu. InsyaAllah aku akan tetap berbelog mengikut keadaan dan masa yang mengizinkan. Kalau tulis pon bukan ada orang yang baca sangat pon. Tulis pon tak ada info penting. 

Tak apa. mungkin bukan sekarang aku mampu memberikan sesuatu. Mungkin suatu hari nanti aku mampu berikan sesuatu. Semoga hari tersebut akan muncul.

Sekian. leteran aku yang malas update belog sejak dua menjak nih..

Rabu, 13 Jun 2012

Hampir

Assalamualaikum.

Sudah la aku tak update belog ni.Hari ini terasa nak tulis-tulis sikit. Tapi nak tulis apa pon tak tau. Hmmmm. Nak kata orang kenal belog ni pon tak pasti.. Tak sefemes geng-geng yang duk UP diri tu. DIGI sana DIGI sini. hahahahaha.

Abaikan DIGI tu, sekarang kita ke tempat lain. Nak cerita apa pon tak tau. Modal tak ada lah. haih... Nak cerita pasal diri pon entah apa-apa ja lagi.

Memandang aku masih belum bekerja kerana sedang mencari ilmu. Nak enjoy pon tak boleh sangat. Jimat  cermat sebab family bukan orang kaya raya. InsyaAllah bulan depan mengorak langkah ke arah jalan baru.


Bulan depan jugak umur aku akan bertambah. Haihh.. Rasa makin muda la pulak. kekehkehkeh.. Tiba masa untuk aku mencari benda baru, pengalaman baru, hidup penuh cabaran dan dugaan akan ditempuhi nanti. 

Alam bekerja dengan alam belajar lain. tak sama situasinya. Jadi, sapa-sapa nak sponsor aku sambung belajar dipersilakan. Kot la nak bagi biasiswa leh la aku sambung PhD pulak. Ehhhh.. Niat perlu ada tapi master pon tak ada lagi. celah mana nak lompat PhD nih! satu-satu lah kena buat..slow-slow..

Orang tua-tua selalu pesan, hidup perlu ada matlamat, cita-cita sebagai panduan untuk terus mencapai impian. Anggap ja cita-cita dan impian satu penggorak langkah ke hidup baru.

Rabu, 30 Mei 2012

aku dan telur

Assalamualaikum

Ini kisah guwa kecil-kecil dulu. Dulu punya cerita masa guwa budak hingus-hingus la baru cecah umor 3,4,5,6 tahun gitu lah.

guwa selalu pergi umah tok guwa waktu tengahari. tok guwa boleh agak dah kenapa guwa selalu datang time tu. sebab tok guwa selalu simpan stok telur ayam dalam bekas tapawer besar.

dulu-dulu guwa cukup pantang kalau telur goreng guwa ada telur kuning tu. guwa cukup bengang la dan selalu buang telur kuning tu.


alasan dia mudah jer. orang tua-tua cakap makan telur kuning kentut busuk. Jadi demi mengelakkan kentut guwa busuk guwa tak makan lah. sebab tu guwa selalu makan kat umah tok guwa. sebab dalam telur ayam dalam bekas tapawer tok guwa tu dah diasingkan telur kuning dan putih.

ohhh heaven guwa rasa time tu. guwa leh goreng bukan ikut saiz telur ayam biasa tapi ikut saiz senduk bulat yang besar tu. perghhh telur goreng guwa selalu besar lahh..hahahahhaha..

itulah kisah guwa dengan telur goreng masa kecik-kecik dulu. sekarang guwa bedal jer semua. hahahaha. tak kisah la kentut busuk ke tidak..janji kentut adalah untuk buang angin kotoran..hahahahahhaha.memang la busuk kan..hahaha..