Rabu, 30 November 2011

Wordless Wednesday #17


Mari Membaca!!!

Selasa, 29 November 2011

Alone...

Assalamualaikum

Selamat malam!! Wahhhh, kenyang perut aku hari ni tanpa mengeluarkan duit kerana aku pergi trip hari ni ke Bertam Properties dan Rumah pensyarah aku. Pakat jamu makanan saja hari ni.

Mata pon dah layu sebenarnya nih. Kenyang dari petang tadi tak habis-habis lagi. Tapi aku gagahkan mata aku untuk dibuka secara meluas demi menulis di belog tercinta "cinta la sangat"... sebab dah cinta benda lain kot..hahah..

Tajuk aku tulis english tapi aku tulis dalam bahasa melayu. Lantak lah, belog aku suka hati aku lah nak tulis tajuk dalam bahasa apa pon. Berbalik kepada cerita Alone nih. Aku pernah alami benda. Bahkan sekarang pon aku tengah alami.

Duk dalam bilik tanpa roomate. Ada orang nak duk sorang-sorang, ada yang nak kawan atau roomate dalam bilik. Kes aku lain sikit, sebab bilik aku patut ada roomate tapi tak ada orang pon masuk dalam bilik aku nih. Privasi aku lebih sikit la dalam bab nih. Hhahahahahah.

Dulu di Kuala Lumpur aku ramai roomate sebab duk satu rumah jadilah housemate. Hahahhaha, so ramai lah kan. Sejak berpindah ke Penang nih, sorang-sorang ja. Sedih benor yob. Dulu masa 1st sem aku kat Penang ni, perghhh aku boleh buat gila pergi tengok wayang sorang-sorang.

Makan sorang, pergi kedai sorang, pergi jalan-jalan sorang dan segala aku buat sorang-sorang dulu. Maklumlah tempat baru, belum jumpa geng sekepala lagi.. Tapi kini tak da la keluar sorang-sorang dah cuma duk dalam bilik ja masih sorang sebab tak da tanda-tanda akan dapat roomate pon. Haduihhhh..

Sudah jumpa geng sekepala dan segila aku nih dan jumpa penyeri hidup aku. Syukurlah dengan segala kurniaan dan dugaan yang aku terima. Walau apa pun hidup mesti diteruskan. 

Berada dalam tahap terakhir penghabisan pengajian. Semoga semuanya berjalan lancar dan memudahkan aku. Hohoohoho..ingin tahap yang lebih tinggi tapi fikir-fikir balik hutang pon makin banyak. Cari duit bayar hutang dululah. 

P.h.D akan digenggam bila masa sesuai akan tiba dan bila rezeki adalah (cewah sembang macam layak ja buat). Buat masa sekarang nak kerja cari pengalaman selepas nih...cepat la habissssssss....tak larat dahhhh nihh....

Hanya Gambar....


Isnin, 28 November 2011

26.11.11




:-)

Rabu, 23 November 2011

Wordless Wednesday #16


Lapar.sekian..

Selasa, 22 November 2011

Meraikan Harimau Muda Menang....hahaahaha.

Assalamualaikum...

Fuhhhh, syahdu rasanya setelah perut guwa disumbat segala mak nenek makanan. Berbaloi-baloi guwa ikut kawan sekelas guwa pergi makan tadi. Sebab dia belanja guwa pon senyum lebar lah. Kalau makan biasa-biasa tak la beb, tapi ini tempat guwa pon tak berapa mampu nak makan. Duk berguwa-guwa pulak aku sekarang nih. Setel kelas pagi tadi kawan guwa ajak la guwa pergi makan kat korea selatan. Guwa apa lagi. ikut jer la.. orang nak belanja.

Kalau tengok tempat aku makan ni. Hummmm, aku pon pikir berpuluh kali jugak nak makan. Entah 1 tahun sekali ja kot makan. Mungkin 3 tahun sekali pon boleh jugak. Hahahahahha. Disebabkan Harimau Muda menang EMAS!! Kami pon pergi raikan. Sebenarnya tak da kaitan pon. Hahahhaha, saja nak pergi lepak-lepak untuk hilangkan tekanan jiwa dan perasaan terhadap studio tercinta serta tesis yang menunggu bab-bab seterusnya yang perlu dihantar.

Jom layan gambar-gambar guwa dibawah dengan melihat muka-muka yang sedang kelaparan tahap gaban. Champion makan paling banyak dapat kat wanita beb. aku pon tak mampu nak makan dah. Perut apa la kawan aku sorang tu.







Hohohoho. Orang belanja jangan tolak. Gila banyak aku makan. Sumbat bermacam benda.Hahahahaha, bayar mahai-mahai kena la merasa semuanya.Hahahahhaha.. 

Perut pon dah kenyang. Mata pon dah layu. Apa lagi, panggilan katil tercinta memanggil dengan ghairahnya. Aku dah penat, kenyang, keras perut, dan segala bagai aku terasa dalam perut nih. So tido merupakan aktiviti paling efisien sekali untuk menamatkan perjalanan hari ni.hahahahha

Ahad, 20 November 2011

Hanya 1..

"Semoga dia adalah pemilik tulang rusuk ku Ya Allah"
Aminn...

Selasa, 15 November 2011

Delete....

Hapuskan segala kenangan LAMA!!
Masukkan benda baru.
Agar minda kembali tenang
Tanpa episod LAMA.

zzzzzzzzzz...

Rabu, 9 November 2011

Janggut..Ciri Maskulin lelaki?

Assalamualaikum..

Apa khabar rakyat jelata. Jemput minum ayaq milo panaih! Bila kaki menjejak kampung barulah aku berjumpa stok milo. Hahahhaa. Kat penang belum beli stok milo lagi. Lepas ni nak kena beli lah. Lama tak pekena woh..

Saja nak bercerita pasal janggut. Selalunya kalau sebut janggut mesti berkaitan dengan lelaki. Takkan la pulak perempuan. Hohoohoho. Kalau perempuan ada tu maknanya terlebih hormon!hahahahaha. OK berbalik kepada tajuk utama. Janggut menjadi subjek utama topik perbincangan kita.

Semalam si GKSB telah keluarkan status Lelaki berjanggut menjadi idaman Gadis.. tudia. Betulkah statement ni? Aku nak cakap pon tak tahu betul ke tak. Mentang-mentang la TTM dia simpan janggut. Tu dia duk keluar statement macam tu. Hahahahhaha..

Nak bagitau dia berkenan TTM dia kat janggut latewwwww.. hikhikhik.. hang jangan marah aku no GKSB. Lama tak pekena hang. Hakhakhak. Aku pon suka simpan janggut jugak tapi janggut aku special skit. Sejemput ja ada. hahahahah. Hormon tak stabil nih!hahahahhaa..

Berbalik kepada subjek Janggut. Yang mana ok?ada janggut ka tak da janggut? Aku pon tak pasti tapi aku lebih selesa berjanggut kerana bagi aku janggut tu memberi keyakinan kat aku. Tu bagi aku la. Bagi orang lain aku tak pasti. Hahahaha. ada jugak lelaki suka simpan misai dari janggut. Ikut keselesaan. Aku pernah buat entry tentang janggut nih.

Dari segi penampilan. Penjagaan sangat penting untuk memastikan diri sentiasa berketerampilan. Tapi aku kadang-kadang pelik jugak. Orang perempuan terutamanya gadis selalu minat kat mamat KOREA. Suka sungguh tengok cerita korea. Kalau tengok profile pic FB gambaq laki korea saja.



Memang la tampan lelaki korea tu. Tapi agak-agak depa leh cari dak lelaki macam tu? kat malaysia ni ada ka lelaki macam tu?hahahhaa. Cuba la cari, keberangkalian nak dapat tu aku pon tak pasti berapa peratus. kalau rezeki tu baguslah terjumpa calon-calon macam korea.

aku pon macam korea jugak pa!hahahahaha. Tetttt. statement tak boleh blah. tak da lah. Main-main ja. Merapu tu kan sifat aku. Terima ja lah no.. Stop. paling penting, aku suka berjanggut. rasa tak selesa kalau tak leh nak main janggut aku nih.

Khamis, 3 November 2011

Tips merapu.

Assalamualaikum..

Dimulakan dengan mukadimah melalui penceritaan waktu masa kini sedang hujan dengan lebatnya. Ayat aku nampak macam berbelit ja. Macam mana boleh dapat Bahasa Melayu A nih? pelik benar! ohhh, terkantoi result aku.. Hahahahah. macam cilake kan? 

Hari ni aku nak bercerita tentang bagaimana kaedah-kaedah ataupun cara-cara kita nak merapu dengan begitu cemerlang sekali. Kira orang boleh bagi hang A++ lah dapat merapu tak ketahuan hala! OK, ni tips aku nak share. Cewah tulis english beb.. padahal boleh ja tulis tips untuk dikongsikan. Sama ja tapi nak bagi nampak gah punya pasal. Tulis tak mau jatuh!! Bahasa melambang budaya! ada kena mengena ke?hahahahaa..

Ok, ok, ok. dari dibiarkan makin melalut aku nanti. Ini adalah tips aku ok yang aku sendiri keluarkan daripada kepala lutut aku. Sila percaya dengan kadar segera!

1) Tidur kena terlebih cukup sebab lepas bangun nanti nescaya kepala otak akan jadi bengong! bila jadi macam tu automatik kita akan merapu tak ketahuan hala. Orang tanya lain kita jawab lain..hahahahaha.

2) Sila ganggu kawan sebelah anda dengan muka slumber. Pastu anda akan rasakan penendang, penampar, lontaran siku dan lutut serta segala bagai. Lepas tu barulah keluar perkataan yang akan membuatkan semua orang tak faham. dah longlai kena belasah, confom la cakap pon tak betul..hahahahahha

3) Baca buku dengan rajinnya dengan membaca buku tulisan cina, india, english, tamil, jepun dan segala bagai bahasa akan menjadikan otak pusing. pastu kita kena hantar kat wad orang gila lah. sebab merapu tak ketahuan. orang cop HANG GILA KA? hahahhahaha.

dah. aku dah malas nak merepek. Amacam tips aku? berguna ke tak? sila cuba dengan kadar segera. Nescaya hidup pasti bahagia. Hahahahhaa. Aku tak idea nak merapu dah. Tekanan sebenarnya, kerja belum siap sebab otak aku tak boleh berfungsi dengan betol dah.

Serius aku dah hilang idea dengan banyaknya! bayangkan lah dulu idea aku mencurah-curah segala bagai. Tapi sekarang, macam hampeh ja. Malas nak fikir. Rosak lagu nih.. Mampuih la aku! Tolongggg......