Sabtu, 30 April 2011

Pagi yang sejuk

Assalamualaikum..

Good morning!!! Today english class. hohohoho.. Macam haprak lagi. Tak da maknanya aku nak tulis dalam english. kang rosak bahasa depa. Mai-mai minum pagi. Aku tersarapan ayaq milo panaih hari ni. Nak buat teh o panas malas.

Pagi-pagi sejuk la pulak. Kesan hujan semalam yang seharian. Perghhhh. Rasa macam nak tido lagi ja ni. Tapi apakan daya. Mata aku tak nak pejam-pejam jugak. Kalu ada bini leh la dia belai-belai aku. Confom tido balik pastu. Hahahaha..

Dulu kalau pagi-pagi aku selalu joging kat UM. Tapi sejak berpindah randah ke penang ni. Aktiviti tu dah jarang aku buat. Malas yang amat. Errrr. hangpa semua jangan malas-malas tau. Jangan tiru perangai aku ni. Berat aku pon semakin bertambah tak ketahuan hala sekarang. 

Tu jer la. Baca surat kabar semua pasal Kahwin si William dengan Kate!!!! Pastu pasal sumpah laknat. Macam-macam duniawi sekarang ni. Anak-anak yatim yang tak terbela tu tak da pulak orang sibuk nak tahu!! Apa yang nyata, dunia sudah hampir ke akhir zaman.

Apa-apa pon kita sebagai umat islam perlu berpegang teguh pada suruhan Allah S.W.T, ikutlah segala suruhannya dan jauhi larangannya. Sesungguhnya rujukan terbaik adalah Al-Quran. Dunia hanya sementara, Akhirat adalah selamanya.......

Jumaat, 29 April 2011

Hati-hati pilih permainan video game..

Assalamualaikum

Selamat petang semua. Aku sedang menghadapi sedikit tekanan gara-gara pagi tadi. Otak tiba-tiba blur.. Tak tahu kenapa jadi macam tu. Risau-risau dah ni.huhuhuhuhu. Harap-harap lepas la. Tawakal jer la. huhuhuhu.

Tadi saja baca surat khabar ternampak satu tajuk. Permainan game komputer! Dikatakan permainan ini menghina islam. Aku dah lama tak menjengah dunia game ni. Tak tahu sangat. Tapi kalau betol apa yang dikatakan oleh Harian Metro ni. Maka, wajarlah kita hindarinya..

Nak tahu lebih lanjut sila ke Harian Metro. Macam-macam dunia sekarang ni. Kalu tak dicegah dari sekarang, moral kanak-kanak akan rosak. Dah la permainan game tu melalaikan kita dah. Dengan corak dan garapan grafik menghina Kalimah Allah S.W.T. Ini bukan main-main. Menghina agama Islam.



Aku dah lalui zaman gilakan permainan game ni. Memang melalaikan kita. Sejak dari sekolah menengah lagi ketagihan game tu memuncak-muncak. Kalau tak pergi main rasa nak demam kot. Gila lah punya ketagihan tu. Tapi sekarang. Aku dah ketagihan benda lain. Belog pulak. Hahahhahaha..



Permainan game tu aku masih minat tapi ntah la. Rasa minat tu makin berkurangan. Mungkin kerana usia makin meningkat. Memikirkan masa depan yang ketahuan hala. Errrrr. Masa depan tak dapat diramal. Aku hanya berusaha mencari yang terbaik untuk diri aku.

P/S: Masih gilakan dota tapi disebabkan tiada geng. Minat tu beransur-ansur hilang. Tapi kalau balik kampung memang aku layan Dota dengan kawan-kawan aku. Hahahhaa.. Meriah sekampung.

Khamis, 28 April 2011

Rehat seketika....

Assalamualaikum.

Ada sikit waktu terluang. Saja nak update belog ni. Tak mau bagi belog ni terabai sangat. Harap-harap ada la pembaca yang setia *dalam mimpi aku jer la kot*. Aku baru ja lepas habis minum ayaq milo. Dahaga petang-petang ni. erkk.. Dah nak malam pon sebenarnya.

Aku rasa dalam 1 minggu ni kerap sungguh aku melepak dengan geng-geng KBU. Harap-harap depa tak bosan dan jemu la tengok muka aku ni. Hahahahahaha. Tak sangka dalam masa yang singkat ja aku boleh rapat dengan depa semua tu. Unik sungguh KBU ni. 

NAMI pon masuk KBU disebabkan aku. Kalau aku tak cakap pasal KBU ni, confom mamat tu tak tahu sangat. Saja ajak dia, bila ada event ada la geng nak di ajak. Malas jugak nak pergi sorang-sorang. Hahahha. Itulah tujuan aku sebenarnya. Hahahhaha. Berhasil dan ada manfaat jugak. Hakhakhak..


Inilah FAMILY KBU!! We Are Family ok. The best la aku cakap. Nak tahu kena la join event yang depa ni buat. Semalam pon sampai keras pipi aku. Kerja gelak ja. HUmmmm.. Lain dari yang lain.

P/S: Tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Ingat, hubungan kekeluargaan akan kukuh apabila semua jiwa bersatu hati. Majulah sukan untuk negara....

Selasa, 26 April 2011

Maklum balas...

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua. Mai minum ayaq milo panaih ni. Perut aku tengah kosong sebab baru jer buat pelaburan. Jadi memerlukan minuman yang boleh memberi tenaga tambahan untuk study secara kuat. Erkkk. Study la sangat. hahahahaha.

Berkenaan semalam punya cerita. Aku baru jer test post ucapan video. Daripada komen-komen yang aku dapat la. Ramai cakap aku kurang memberi senyuman dan muka serius gila!! Errrrrr. nak cakap lagu mana ya. 1st time buat video @ Vlog jadi aku tak berapa reti sangat. hahahah.

Tak pa. Teguran yang baik dan aku terima. Lepas ni aku akan lebih senyumkan muka aku lah yer. Ada jugak yang pakat duk gelak kat aku. Hahahahaha. Aku tengok pon nak tergelak. Rosak la hang mat keri weh. Baru aku tau muka memang serius. Hikhikhikhik...

Jadi kepada sesiapa yang mau tengok video aku. Leh ja ke LINK ni.. So sila komen-komen sikit no. Aku sekadar suka-suka ja. Bukan nak cari populariti pon. Sapa la aku ni. Orang bukan suka sangat. Ntah-ntah dapat cacian aja. Mana nak tahu kan. Ada orang suka dan pastinya ada yang tak suka. Bila ada positif, negatif juga tak ketinggalan.

P/S: Ingat, insan yang cemerlang datang dari TIDO yang cukup. Sila amalkan. InsyaAllah hidup pasti ceria. Bukan serius OK..hahahahaha

Isnin, 25 April 2011

Terpaksa follow lain...

Assalamualaikum

Selamat petang semua. Aku just nak bagitahu bahawa  aku perlu follow semula belog-belog yang pernah aku follow dulu. Antara puncanya adalah penukaran alamat email aku lah.

Jadi jangan duk terkejut kalu nampak aku baru follow belog. Bagitahu awal-awal la.. Sat lagi ada pulak yang duk buat terasa kata aku unfollow lah. 

So dengan ini aku umumkan bahawa aku akan follow semula belog-belog yang pernah aku follow dulu. Tapi amik masa siikit la. Minggu exam sekarang. Aku jarang masuk sangat belog. Huhuhuh..

P/S: Doakan aku berjaya menjawab exam. hari ni 1st day exam. Perghh soklan memang terbaik la. huhuhuhuhuhuhu...

Ahad, 24 April 2011

Selamat tinggal musuhku and the geng.

Assalamualaikum.

Walaupun esok aku nak exam. Tapi tangan aku meronta-ronta nak jugak hupdate pasal semalam. Satu lagi aktiviti kumpulan paling meriah! Sure heboh la kononnya tapi aku rasa dah macam kenduri semalam. Riuh-rendah tak ketahuan hala. 

Majlis berkenaan tentang tiga orang sekawan yang akan balik ke kampung halaman masing-masing. Onie, Tatia dan Tomato. Depa dah set tarikh awal-awal lagi dan aku pon join jer la. Bukan selalu kan. Dengan tema baju melayu dan baju kurung. Uih, sepakat jugak depa ni. Si Hidir pakai dah mula-mula tapi tukaq sebab tak tahan panaih. Lekehhhh.. Aku sampai lencun pakai baju melayu. Membakar punya pasai..

Mau tengok gambaq semalam? Aku cilok jer dari album si Munet dan Nadh. hahahahha. Sory lah no. Aku tak ada kamera. Tak mampu nak membeli yang mahai-mahai dan yang murah pon tak mampu jugak. Jom layan gambaq. Biaq gambar yang bercerita pulak.












Gambaq last pelik sikit. Ada muka orang tak puas hati. Tak tahu punca kenapa dia buat muka macam tu? hahahahah. Tapi kat majlis macam-macam peristiwa ada. Sorang sakit mata! dua orang lagi buat jejak kasih. Lagi satu baru aku tau depa bertiga ni memang adik beradik betoi!!! gambar di bawah yer. 

(3 beradik = Lain benor)

(Baju kurung merah dan tudung depan ungu sikit tu buat jejak kasih)


Dah tamat episod jejak kasih!! Selamat jalan romeo hanya untuk mu saja. Setel semua program, semua orang enjoy. makan kenyang. Berjalan sana situ sini sakan sampai letih. Ada buat macam rumah sendiri pon ada. Tapi tapi ada satu lagi. Aku mendapat layanan terbaik punya. Mau tau?? tengok gambar dibawah.


Kipas paling laju penah aku rasa. Perghh.. Angin dia memang mendayu-dayu lah. Sampai bertambah peluh aku kembali. Sebab nak kena putar secara manual. Duk tunggu bertahun tak laju-laju jugak. Hadoihhh.. Macih tuan rumah. hahahahah...

Cukup-cukup. entry aku dah mula merepek tak ketahuan hala. Kepada mereka bertiga. Selamat maju jaya dan berjaya dalam hidup anda masing-masing. Tima kasih sudi melayan kerenah aku yang sangat tak berapa betol. 

P/S: Setiap perkenalan sentiasa ada perpisahan. Tapi jangan duk risau. Facebook kan ada. Leh ja tengok hari-hari sampai terbeliak bijik mata. wekkk...hahahahahaha...

Sabtu, 23 April 2011

Exam dah dekat rupanya..

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Semua dah mandi belum ni. Mai-mai kita buat senaman sikit untuk regangkan tulang-tulang anda yang tengah sengal tu. Buat macam aku cakap ya. Kalu ada tingkap pergi jenguk kepala tu. Dah cukup mari sambung berbelog. Ntah apa-apa punya senaman.. Merepek..

Aku baru nak bancuh ayaq milo panaih ni. Sapa nak? Angkat tangan ramai-ramai!! Tapi aku tak layan pon sebab milo tu memang untuk aku jer la. Nak? buat dan beli sendiri. hahahahahaa. 

Dah melalut sampai kelaut gayanya. Macam mana ni. Demam exam dah mula melanda diri aku! Demmm. Masih ada exam lagi yang perlu aku tempuh. Risau-risau sebab study entah ke mana. Kelaut ke? lebih kepada alam mimpi aku sebab aku kuat tidoo sekarang.



Jangan time tengah duk menjawab exam aku tidoo sudah! Bahaya betoi ni. Kena lak tengah duk berangan. Tak ke haru tu. Tak ketahuan la nanti. Serius aku study entah ke mana sekarang. Adoihhh. Macam mana mau jawab ni.

25 ni dah stat exam. Rosak-rosak. Cukup lagi ka masa? Cukup lah kot. harap-harap lah..hahahahha. Kalu tak cukup. Tawakal ja la. Tu la, tak da kesedaran awal-awal. amik hang!!

P/S: Study awal-awal untuk elakkan tekanan di masa exam nanti. Jangan duk ikut budaya aku yang tak ketahuan hala ni. Last-last serabut otak ada la..hahahahhahaha

Jumaat, 22 April 2011

Syahdu betoi. Mengidam lama dah!!!

Assalamualaikum.

Apa kabar semua. Sihat no. Petang ni aku tak minum ayaq milo panaih dah. Aku pekena benda len lak. hahahaha. Mendapat panggilan dari kawan ajak pergi beli. Aku pon terus on. Cakap banyak tak mau. Duk geram lama dah! Asyik tengok ja. mana boleh...

Nak tau apa?? mai-mai tengok bawah ni. 








Walaupun isinya nampak macam tak mengancam. Sekali masuk dalam mulut. Perghhh.. Manis sungguh. Durian kampung. 3 biji dibedal oleh aku and 2 orang lagi kawan aku. Hahahhaha. So tengoklah. Berselerak makan. 

Masing-masing duk mengidam lama dah. Hahahahhaa. Laju ja telan. Sekejap ja dah langsai 3 biji ni. Perut tong dan kaki durian. Habis cerita. Tamat. 

Aktiviti aku semasa di Kampung.

Assalamualaikum.

Mai-mai minum ayaq milo panaih. Sedap ohhhh. Hilang idea nak update tentang cerita best-best dan yang memberi sedikit informasi. Lantak la. Janji belog ni berupdate la jugak dari kosong ja.




Bila sampai kampung ja kawan terus call. ajak outing nak shoot katanya. Uih, dah ada team photography dah kawan aku ni. Siap bawak model lagi untuk bergambor. Sakan. Aku dah jumpa si Shah Jihan. Hahahhaha.  Kat tempat ni jugak. Tak leh nak buh gambaq dia. Mahai katanya. Wlurrrr...




Aktiviti malam pon bergambar jugak. Hahahahaha. Ragam kawan-kawan aku. Macam ni lah bila aku balik. Ada saja aktiviti depa ni. 

P/S: Aku sangat mengantok. Tahu nak tidoo ja ni. Aduihhh.. Study entah ke mana. Macam mana ni. Mampuih kalu tak study. Nak jawab apa exam nanti...

Khamis, 21 April 2011

Dari K.L ke Kampung

Assalamualaikum..

Selamat malam semua. Just nak update sikit-sikit saja. Entry aku dah cakap aku pergi K.L dan aku pon berjalan-jalan gak la kat K.L ni. Dah lama tak merempit kat K.L So aku pon merempit dengan kawan aku!


Penat merempit membeli tiket bas untuk pulang ke kampung. Hohohohoho.. Aku berpeluang merasa PUDURAYA yang baru. Hari 1st sampai K.L pon dah merasa PUDURAYA baru sebab baru buka hari aku sampai K.L. Masa nak balik kampung sempat la aku merasa PUDURAYA. Mau tengok??




Dah macam kat Airport stesen PUDURAYA ni. Sangat selesa la. Buat masa sekarang la. Lepas ni aku tak tahu la. Kalau pengurusan bagus, maka eloklah PUDURAYA ni. Kalau pengurusan macam hampeh. Tunggu masa nak hancur ja la..hahahahhahahaa..

Berjaya sampai kampung disambut oleh si minah toek ni. Hahahahah. Suka kacau dia. Dah pandai jerit dan merangkak sekarang. Boleh berdiri cuma tak dapat nak berjalan lagi ja. Tak lama lagi boleh jalan dah budak ni..


Berada di kampung untuk melapangkan dada. Hilangkan keserabutan kepala otak. Exam dah dekat. Study entah ke mana. Haduyai...

P/S: Insan yang cemerlang perlu tidur dengan cukup. Aku buat tournament hari ni. Tidur ja kerja aku sekarang. Hummm...

Baru update

Assalamualaikum..

Dah lama tak update belog. Merantau dan pulang ke kampung baru-baru ni. Humm.. Nak tulis apa ya. Aku pon tak ada idea sebenarnya. Baru-baru aku ke K.L hadirkan diri ke Dinner Jabatan RPPP UM 10/11. Tempat aku mendapatkan ilmu semasa degree dahulu..



Gambar diatas bersama bekas coursemate aku dan bersama pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar serta ilmu yang sangat berguna. Agak rindu dengan mereka semua sebab hubungan aku dengan mereka sangat baik. Sangat terharu apabila mereka masih kenal aku ini.hahahaha..


Cukup lah entry untuk hari ini. Nanti aku akan bgtau lain apa aktiviti seterusnya. Belog ini juga mungkin akan dilupuskan tidak lama lagi. Kerana penukaran email entah apa-apa.

P/S: Takut nak exam. Doakan aku berjaya.

Jumaat, 15 April 2011

MO NAK BAGI HADIAH. HANYA BUAT ENTRY "AKU INGIN BERUBAH"

Assalamualaikum.

Pagi-pagi buta dah rajin nak join kontest RM @ Rangers Muslimah. Macam menarik ja entry ni. Nak try lah. Untuk muhasabahkan diri aku jugak.

Mula kena buat seperti di bawah tu. Rasanya macam ni lah kot. Kalu salah habaq mai kat ceq no Rangers!!



Setelah aku hidup selama 24 tahun. Pelbagai pengalaman aku rasai. Di sini aku nak berkongsi cerita kisah satu family yang menghadapi pelbagai liku-liku dan dugaan hidup. Sebelum ayah kandung mereka pergi menemui Allah S.W.T, hidup mereka sekeluarga amat bahagia namun ranjau kehidupan mula bergelora dek kerana sifat dengki manusia.

Hubungan sesama manusia menjadi tegang dan permusuhan semakin ketara. Selepas ayah kandung sudah tiada, suasana hidup kembali aman namun masih banyak cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi. Kanak-kanak yang kecik tidak mengerti tapi kesannya adalah kepada mereka hingga sekarang. 

Muncul pula ayah tiri. Sangat baik dari segi penampilan. Tetapi tidak disangka badai kembali apabila sekumpulan polis yang menyamar datang membawanya. rupanya beliau seorang penagih dadah. Ditangkap dan dipenjarakan.

Hidup keluarga tersebut terumbang-ambing. Anak-anak mula memberontak. Si bongsu pula mula terikut dengan gejala tidak elok. menghisap rokok! Tiada kesedaran hanya keseronokkan. Disebabkan permasalahan keluarga yang meruncing jalan pintas diambil dengan membuat perkara yang tidak memberi manfaat.

Kini, apabila si bongsu berubah. Kembali ke pangkal jalan. Rokok sudah ditinggalkan demi mengejar cita-cita dan harapan. Badai datang lagi, kehadiran ayah tiri baru membawa kepada satu pergolakan yang paling dahsyat. Hubungan antara seorang ibu dan anak terpisah selama 3 tahun. Betapa dahsyatnya dugaan tersebut. Hanya Allah sahaja yang mampu tahu kesengsaraan anak dan ibu tersebut. Kasih sayang dan hubungan pertalian darah terputus dek kerana sifat dengki sesetengah manusia yang menyebarkan fitnah. kesannya hubungan ibu dan anak terputus.

Bayangkan selama 3 tahun  anak-anak tersebut tidak mampu memohon keampunan kepada ibu mereka. Neraka menjadi tempat persinggahan mereka kerana telah menderhaka kepada ibu. Astarfirullah hal azim.. Pengalaman yang begitu dahsyat. Alhamdulillah. dengan berkat doa dan memohon keampunan kepada Allah S.W.T agar hubungan kekeluargaan ini kembali disatukan. Doa itu telah dimakbulkan.

Kini keluarga tersebut kembali bersatu namun masih terdapat ranjau-ranjau dan liku-liku yang perlu ditempuhi. kerana sifat dengki manusia tidak akan pernah luntur dan mereka akan sentiasa meruntuhkan hubungan yang kembali terjalin ini.

Si anak semakin kuat dan tidak mengalah. Kerana pengalaman mengajar beliau erti kehidupan yang sebenarnya. Pengalaman yang telah dilalui menjadikan beliau semakin bersemangat untuk mengubah segala-galanya. Si anak ingin berubah. Berubah kearah yang lebih baik dan membawa keluarganya keluar dari segala permasalahan yang melanda.

Semoga cerita ini memberi manfaat dan pedoman kepada kita semua. Ingatlah sifat hasat dengki tidak akan luntur di dalam jiwa manusia yang dipenuhi dengan hasutan syaitan. Setiap yang berlaku ada hikmahnya dan pengalaman ini akan mematangkan seseorang itu untuk menempuh kehidupan yang lebih mencabar di masa akan datang.

P/S: Hidup tak pernah akan aman sekiranya fitnah dan hasad dengki ada di dalam hati seorang manusia. sesungguhnya golongan ini hanya ingin merosakkan dan mengkucar-kacirkan hidup orang lain. Semoga golongan ini diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah S.W.T

Merantau sekejap...

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Hari ni awai pulak aku update belog yer. Kat sebelah aku ni ada ayaq milo panaih. Duk berasap lagi ni. Tak leh nak minum lagi. Ada sapa-sapa nak hembuih? Jangan duk p buh ayaq liuq macam ayaq soya tu dah la. Tak mau aku!!!hahahahahhahaha..

Malam ni aku akan merantau sekejap. Pergi ke bandar metropolitan yang satu lagi. Nung jauh di tengah-tengah malaysia. Berapa hari tak pasti tapi ke sana dengan mendapat jemputan. Bagi tidak menghampakan peminat-peminat aku kat sana. Aku pon pergilah! Cehhh, perasan kemain hang mat keri. Ingat hang tu ARTIS ke!!

Jadi, kemungkinan belog aku takkan berupdate untuk seketika. InsyaAllah kalau ada masa aku update kat sana lah. Lum pikir nak bawak ke tak laptop aku ni. Kadang-kadang malas nak bawak. Buat berat beg satu dan pergi pon bukan lama. Sekejap ja pergi. 

Jangan duk rindu ceq no. Ceq pergi K.L sekejap ja. Sapa-sapa kat K.L nuuu kalau ada masa kita jumpa la no. Hahahhaha. Kalau ada masa la. Tak ada masa nak buat lagu mana kan. Hehehehehe.

P/S: Ayaq liuq duk meleleh lagi ni. Haahahahha. Baru bangun terus update belog. Gila belog sungguh! Belog tak gila macam ni. Ingat, tidoo perlu cukup untuk insan yang cemerlang yer. Renung-renungkan.. Selamat beramal..

Khamis, 14 April 2011

Aku dah bergelar pakcik.

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua rakyat-rakyat jelata. Jemput mai minum ayaq milo panaih. Tapi ada satu gelas jer la. Nak kongsi?? Tak cukup kot. Aku sorang pon tak cukup. Lagi-lagi nak kongsi. Hahahaha.

Pagi ni aku duk teringat pulak kat si comel. Haish. Tapi dia tak suka aku. Asal aku pergi dekat dia ja mesti buat ragam. Mungkin aku jarang jumpa dia. Tu sebab dia tak berapa biasa dengan aku. Suka main dengan dia. Geram aku tengok.


Sekarang dah boleh berjalan kot. Cuti 4 bulan ni leh la main-main dengan minah tu. Aku nak bagi dia suka kat aku jugak. Paksaan secara sukarela! Hahahahhaa..

Ni anak abang aku. Merangkap anak sedara aku lah! Depa duk panggil aku pakcik dah! Woit. Aku muda lagi lahhhh..

P/S: Nanti sampai pulak giliran aku. Lambat lagi kot. Belajar tak habis lagi. Duit tak ada. Ingat, insan yang cemerlang datang dari hati yang bersih dan sememangnya tidooo secukupnya..hahahaha.. merapu aja..

Rabu, 13 April 2011

New Face... baby face...hahahah

Assalamualaikum.

Malam ni tak ada air milo panaih sebab aku malas nak bancuh lagi. Sibuk duk pomen-pomen helmet dengan belog sekali hari ni. Tu jer la kot.

Aku dah makeover sikit belog aku hari ni. Setelah sekian lama memakai template yang lama dekat 1 tahun lebih. Nak tengok benda baru lak. So aku pon edit-edit la template baru ni.

Tu jer la. Tak da benda lain dah. Sibuk siapkan report ja. Lusa nak kena hantar dah. Lusa tu pulak aku nak pergi k.l. So cepat-cepat siapkan. Hahahha..

P/S: Lawa tak template baru aku ni? Reason sebab dah bosan dengan template lama. New Face sikit walaupun tak ada beza sangat. HuhuHU.. Ingat, insan yang cemerlang itu memenuhi hidupnya dengan amalan yang tidak membazir masa! itu jer.. Merapu lagi..

Dah cecah tuttttt.....

Assalamualaikum.

Selamat tengahari. Cuaca penang hari elok saja. Redup-redup dengan angin selembut bayu yang masuk ikut celah tingkap bilik aku yang bertingkat 9 di atas bukit gambir ni. Perghh, layan syahdu ni kalau aku melentangkan badan aku atas tilam. Hahahaha. Perut pulak tengah kenyang setelah melantak nasik tadi. 

Pejam celik pejam celik dah hampir 1 tahun aku tinggal di Penang ni. Dulu aku 3 tahun merantau di k.l sekarang di penang pulak Macam-macam pengalaman dah aku rasa. Kadang-kadang macam dalam mimpi pulak. Dulu masa kecik-kecik duk berangan nak tinggal kat k.l. Langsung dapat peluang duk di sana selama 3 tahun. Mimpi jadi kenyataan.

Kini aku berkelana di Penang. Dah 4 tahun aku tinggalkan kampung halaman demi mencari ilmu di dada ni yang sentiasa tak penuh-penuh sampai sekarang. Kalau cakap pasal umur. Malu laaa. Dah makin berusia aku rupanya bukan remaja lagi tapi dah mencecah dewasa.

Haish, masa memang cepat datang dan kita sudah tak boleh nak patah kembali ke masa lampau. Yang lampau biarkan menjadi kenangan. Di depan mata sekarang ni biarlah mencari kehidupan yang lebih terang benderang dikala disuluh dengan lampu suluh. Usia belog aku pulak dah cecah 3 tahun. lama dah ni tapi aku masih kerdil dalam dunia belog ni.

Malas cakap banyak. Exam makin dekat. Ada 1 tahun lagi di penang ni. Selepas ni kemana hala tuju aku? Aku pon tak pasti. Biarkan aku habiskan sisa-sisa hidup aku kat penang ni dulu sampai tahun depan. Mungkin lepas tu aku pergi London ka, New York ka, Tokyo ka, K.L semula ka (Kuah, Langkawi). Balik kg asal la tu!!hahahha..

P/S: Aku sudah meningkat dewasa. Tak sangka cepat betoi masa berlalu. Zaman remaja aku dah tinggalkan. Muncul zaman yang lebih mencabar. Ingat, insan yang cemerlang datang dari tido yang cukup!! Aku suka merepek dan merapu. itu  ja. 

Selasa, 12 April 2011

Just a word...

Assalamualaikum.

Selamat malam. Aku sebenarnya dah mengantok dah ni. Tapi duk pergi gagahkan mata celik jugak. Hahaha. Padahal dah tido petang tadi. Rosak perangai hang mat keri weh!!

Kalau kita nak berjaya mesti ada semangat yang berkobar-kobar. Kena gali sepuas-puasnya untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Sekadar bercakap tapi tiada usaha, tak ada guna jugak.

Never Study to be successful, study for self efficiency,
Don't run behind success,
Follow behind excellent,
Success will come all way behind you

Apa yang penting adalah ilmu. Jangan jadi seperti mesin yang hanya tangkap muat tapi tiada isi yang bermanfaat. U don't learn anything. It just wasting your time. 

P/S: Insan yang cemerlang tahu menggunakan akal dengan sebetulnya dan menggunakan masanya dengan ilmu yang berfaedah. Paling penting bagi aku tidoo?? merepek!!!

Kenapa ada orang macam ni?

Assalamualaikum.

Seperti biasa, jemput minum ayaq milo panaih yang dibancuh oleh aku dan diminum oleh aku sendiri. Takkan la pulak aku nak pos masuk dalam belog! Nanti hangpa terliuq pulak. Hahahaha. Petang dah menjelma. Sekejap ja kan  masa berlalu. Aku pulak sedang bertungkus lumus siapkan report.

Hari ni sesi luahan pendapat aku. Sepanjang aku hidup pelbagai kerenah dah aku jumpa. Berjenis-jenis perangai orang ada. Semua itu adalah personaliti mereka. Ada yang pelik, unik, janggal, serabut dan segala mak nenek lah! 

Kawan-kawan aku semua ada keunikkan masing-masing. Unik ke? bagi aku semua tu menunjukkan personaliti mereka. Tapi kalau jumpa orang yang banyak songeh ni la aku tak berapa berkenan. Kerja membebel saja tapi satu habuk tak leh pakai. 

Kerja mengarah orang ja, pandai berdolak dalih. Ini tak kena, itu tak kena. Membebel 24 jam. Sakit jiwa bila berdepan dengan orang macam ni. Haish. Apa la nasib. Kot ya pon nak berlagak pandai agak-agak la. Bila kena kat batang hidung sendiri. Padan muka, terkebil-kebil menjawab. Puihhh..

P/S: Ada 1 tahun lagi untuk bertahan. Boleh ka berdepan situasi ni lagi untuk 1 tahun. Merana hidup aku macam ni. Tak tenang. Ingat, insan yang baik dan cemerlang hanya mereka yang selalu tidoo secukupnya.  Merepek tak ketahuan hala.....

Lagu mana nak pilih???

Assalamualaikum

Dimulakan dengan minum ayaq milo panaih kat bilik aku time tengahari macam ni. Sebab tak ada ayaq len dah buat masa sekarang. Nak buat ayaq teh o gula pulak habis. So milo panaih la tengah-tengah hari buta ni. 

Hari ini aku nak cakap pasal macam mana kita nak buat pilihan untuk pilih course atau bidang yang kita minat. Ada beribu-ribu bidang dalam dunia ni tapi semua yang kita pilih adalah mengikut minat masing-masing. Selalunya bidang kita pilih dah kira boleh mula masa jejak kaki form 4. Leh pilih nak ke sekolah sains, teknikal atau kemanusiaan. 

Tapi bila sampai dekat pilihan bidang di Universiti jadi masalah. Sebab, kadang-kadang apa yang kita minta lain yang dapat. Bila tak kena dengan jiwa maka benda tu menjadi bebanan. Aku pernah jumpa orang yang sanggup berhenti belajar semata-mata benda tu tak kena dengan minat dia. 

Paling penting minat. Minat tu yang membawa kita ingin mengejar cita-cita. Bila dapat subjek yang tak kena dengan minat kita jadi terasing, tak tahu apa benda dan cepat mengalah. Aku bersyukur dapat masuk ke UM sebab di dalam fakulti aku tu boleh pilih bidang yang kita minat. Tiketnya hanya dapat masuk fakulti dan kita sendiri akan tentukan bidang yang kita minat tu.

Tapi bagi cos lain yang termaktub dan mereka dah tak boleh nak tukar tu mendatangkan masalah jugak la. Bayangkan la kau minat jadi cikgu tiba-tiba dapat sains fizik. Pastu dalam kepala otak memang dah tersedia meluat dengan fizik. Bila pergi belajar, tahap akademik jatuh sebab tak minat bidang tu. Jadi macam sia-sia jer la kita masuk U.

Jadi tips aku untuk pilih kos yang betul senang jer:

1-Semua pilihan amik benda yang sama ja untuk setiap U.
2-Rujuk dulu syarat-syarat minimum setiap cos tu
3-Pilih dengan yakin.
4-Tawakal jer la.
5-Cuba sedaya upaya walaupun dapat bidang tak minat. Cuba pupukkan minat tu.

Itu jer kot. Malas nak tulih panjang-panjang. Nak cakap banyak pon aku bukan tergolong dalam orang cerdik pandai. Di herdik dan dihina ada la. 

P/S: Minat adalah penting dan ikutlah kata hati anda. Jangan paksa diri kalu tak mampu kelak benda tu hanya menjadi beban sahaja. Ingat, Insan yang cemerlang datang dari tidoo yang cukup!!!Sekian. renung-renungkan!!!

Isnin, 11 April 2011

RM13ribu makan ikan patin..

Assalamualaikum.

Apa khabar semua. Malam ni aku tak minum ayaq milo panaih sebab duk kat bilik orang. hahahaha. Kejap lagi nak keluar makan. Sebelum tu update dulu belog. Ada terbaca artikel bab makan-makan ni. Perghh. Aku kalau bab makan laju ja.

Tapi ni lain sikit. Terkejut beruk aku baca. Hahahaha. Hidangan untuk 50 orang harga dia tau berapa kena bayar?? RM 13,000.00 ribu ringgit.!! Nahhhh hamik hang. Mati kering aku kalau kena bayaq macam tu. Gila lah. Lokasi terjadi ialah di Temerloh! Bandar ikan patin. 

Sebab mahal ialah ikan patin sungai bukan ikan patin belaan. So harga dia mahal. Tak silap sekilogram dah cecah RM90 ringgit. Mahal sungguh untuk ikan patin ni. Sian kawan tu kena bayar 13ribu. nak tengok! leh ke sini ------> BHARIAN..

Agak-agak hangpa  mau makan dak? Tobat aku tak mau. Gila mahai sungguh. Merana hidup weh..hahahahahhaha

P/S: Survey dulu tempat makan. Tengok harga berapa depa cas. Kalu tak mau jadi macam brader tu. Ingat insan cemerlang hadir dari hati yang tenang serta tidooorr yang cukup. The End...

selalu jadi macam ni tak?

Assalamualaikum

Tengok gambar yang Kak shida post kat KBU tadi buat terliuq ja. Pekena cucuq pisang time-time macam ni memang best. Tapi aku mampu minum ayaq milo panas ja la. Itu ja ada, nak beli cucuq jauh sangat. Malas dah nak kuaq time macam ni.hahahaha.

Aku nak sentuh bab cinta sikit. Ewwww, jangan coba cop aku jiwang nooo. Ni just sesi ice breaking. ehh ehe ehhh tak tak sesi tukar pendapat. Aku pelik dengan satu benda ja. Sapa pernah jadi situasi ni angkat kaki dengan mengadap laptop pastu pijak laptop sepuas-puasnya. Hahahaha. Mau buat? confom dak kan.. hahahaha,

Orait-orait kita ke persoalan yang aku cuba garapkan. Musykil aku.. Macam ni, panjang cerita dia. Aku tak mahu pendekkan. Aku selalu terperasan, bila time kita solo or sapa-sapa solo ada tak orang terhegeh-hegeh kat hangpa? Kurang kot rasanya, ada tapi tak banyak. Tapi time kita dah ada Awek @ Pakwe @ Marka @ Suami @ Isteri, time tu la orang baru nak terhegeh-hegeh suka kat kita. 


Aku pelik betoi, time solo sapa pon tak mau. Tak laku terus tapi bila dah berpunya, berduyun-duyun duk mai luah perasan. Dulu masa solo langsung tak pandang. Heran heran heran. Pelik betoi.  Kenapa jadi lagu tu? Kenapa jadi macam tu? Aku terpikir la jugak. Sebab pernah jadi kat aku.hahahhaa..


Macam tu ka dugaan percintaan?? ayat tak leh blah. jangan duk cop aku mat jiwang pulak. Sekadar berbincang isu-isu di petang hari.. Itu aja. Macam-macam dunia ni. Aku pon kadang-kadang dah tak faham. Persoalannya kenapa jadi macam tu. Aku tak faham betoi lah..hahahahhaa..

P/S: Jangan duk rosakkan hubungan orang. Tak elok nanti bila kena kat batang hidung sendiri baru tau macam mana rasanya. Ingat insan yang cemerlang perlulah menjaga hatinya dengan tido secukupnya. The End.

Nantikan....

Assalamualaikum..

Apa khabar semua? Sihat? Dah makan belum? Aku dah kenyang dengan melantak nasi yang penuh 1 pinggan dengan lauk ikan masak sambal. Sedap-sedap, disebabkan nafsu makan aku yang membuak-buak ni. Alhamdulillah kenyang sudah.

Aku ada sedikit pelan nak buat contest. Tapi belum ada idea kontest apa aku nak buat. Humm. Ada sapa-sapa nak bagi idea?? Contest simple-simple ja. Lagipon hadiah yang aku nak bagi ni agak gempak la. Percutian pergi dan balik ke Hatyai!! Mau tak? Mati aku nak bagi hadiah macam tu. Hahahahaha.. Lawak-lawak ja.

Ada la hadiah nya. Dirahsiakan buat masa sekarang. Sekarang aku nak cari idea. Contest apa aku nak buat. Hummm. Kalu hangpa ada idea sila bagi cadangan  no. Aku pon tak leh nak pikiaq lagi jenis contest apa nak buat ni. Ni 1st contest aku nak buat. harap-harap ada manfaat la kat semua orang. 

P/S: Terlalu kenyang. mata makin layu. Apa lagi. jom lah tidoo...ahhahahaha..

Sapa la Cik Rempit ni??

Assalamualaikum.

Mai-mai pekena ayaq milo panas. Sedap wa cakap lu. Tambah-tambah aku yang bancuh kan. Memang tip top lah. Hahahahaha. Perasan kemain hang mat keri weh. Milo 3 in 1 semua orang leh bancuh. Buh ayaq panaih ja trus siap. Setel, mudah dan cepat.


Tu tu tu. tengok atas tu. Cik Rempit tu. Agak-agak sapa? Habaq mai kat aku. Ce teka ce teka. Sapa teka tepat aku bagi hadiah!! 1 paket milo 3 in 1. Hahahaha. Boleh? Kira jadi la no.

Aku tak mampu nak bagi hadiah mahai-mahai. Hahahahha. Main-main ja. Agak-agak hangpa sapa la cik rempit tu? Dia bawak motor laju nak mampuih. Aku tak terkejaq kot nak ligan dia. Top speed 69km perjam. hahahhahaa.

P/S: Berhati-hati dijalan raya. itu jer. pesanan ringkas dari aku. Ingat, insan yang cemerlang dari tido yang cukup. so tidoorr puas-puas...

Ahad, 10 April 2011

Yana Yassin 1st Giveaway

 Telah di tag oleh si admin KBU GKSB


--------->Klik sini utk join

Hadiah-Hadiah yang ditawarkan adalah

Hadiah :

1 - Color Contact Lens
2 - 10psc Foot Detox.
3 - Topup - RM 10
4 - Topup - RM 5

Dah siap. Aku nak tag sapa pulak ya?? Kaedah GKSB la!

Di Tag


Setel..hahaha. hangpa kena tag..hihihih

YUYU ZULAIKHA-FERRERO RANDOM GIVEAWAY


Walaupun aku orang langkawi!! aku nak jugak join.hahahahahhaha. Nak ferrero tu..mahai kot nak beli!! hehehehehe.. nak join? ---------> KLIK sini..

dah siap..setel sudah...harap2 menang...harharharhar

Jangan percaya apa aku cakap!!!

Assalamualaikum.

Good morning. Pa habaq semua?Mana-mana yang tak gosok gigi lagi sila pergi gosok dulu! lagi elok mandi trus. Yang baru bangun dengan taik mata 1 tan tu sila buang yer! Tenyeh-tenyeh sikit mata tu kasi segar.. Mana-mana yang lapaq tu mai sini. Aku belanja minum ayaq milo panas.

Aku selalu teringat masa zaman kecik-kecik dulu. Kalau bangun pagi setiap hari Ahad sampai Khamis mesti jadi malas? sebab apa? malas nak pergi sekolah! Hahahahah. Mata tu kalau boleh nak saja pejam lagi tapi tetap kena pergi jugak kan. 

Dari kecik kita ni di didik kat sekolah. Kat rumah kita di didik tak? Ya mak dan bapa kita ajaq kita menjadi seorang manusia tapi disekolah kita diajar untuk menjadi insan yang minda cergas, intelektual, dan bermacam-macam lagi. Nak sangat aku kembali ke zaman kecik-kecik dan remaja. Nak sangat ubah masa depan.

Kalau lah aku rajin dulu-dulu. Mesti aku dah naik Kapal Angkasa bukan Syed Muzaffar. Puihhhhhh. Perasan kemain. Ayat si Yuyu Zulaikha. Tiru sikit... Aku suka merapu tak ketahuan hala. Sekarang, aku suka apa yang aku buat. Kita kadang-kadang tak tahu macam mana kehidupan kita di masa akan datang.

Aku dari seorang pelajar yang lemah kini mula bergerak ke arah yang lebih baik. Dulu aku tak sedar, kini aku baru sedar. Sebenarnya, setiap ilmu yang kita nak tuntut tu, mesti kena ada sifat ingin tahu. Tapi sekarang apa yang aku lihat la, situasi zaman sekarang, kita dirasuah dengan buku. Buku memang penting sebab semua maklumat dalam tu tapi bagaimana kita nak aplikasi kan benda tu? Bukan ditiru tapi diambil ilmu tu dan aplikasi dengannya.



Buat apa banyak buku tapi ilmunya yang dapat hanya sebesaq penutup botol ayaq mineral!!! Itu bukan belajar namanya, itu mengejar benda yang tak memberi manfaat. Kita selalu lihat, student hafal jawapan. Jawapan untuk exam tu, siap hafal 100%. Dahsyat gilerrr lah. Tapi rasa-rasa dia akan ingat balik tak lepas dia jawab exam? Bagi aku tak. Sebab aku dah buat benda tu. Hahahahahha. Sebab tu aku tau. 

Nothing, buang masa. Apa ilmu pon tak dapat kalau buat perangai macam tu. Setelah ditolak 5 tahun dah 19 tahun aku belajar tapi ilmu yang aku dapat rasanya hanya sebesar penutup ayaq mineral. Tapi isi dalam botol kosong. Ada guna tak? tak ada guna

P/S: Ilmu boleh dicari tapi bagaimana kita nak gunakan nya? Fikir-fikirlah dan renung-renungkan. Ingat insan yang cemerlang datang dari tidoo yang cukup. Fullstop!!

Sabtu, 9 April 2011

Kenyang sunggoh hari ni..

Assalamualaikum.

Selamat petang. Mai-mai pakat minum ayaq teh o panas. Baik dari ladang punya. Ayaq ni makin sedap bila aku yang bancuh! Orang lain bancuh tak sedap!! hahahahah. Statement tak leh blah. Bertuah oo minum ayaq aku buat. Kurang gula, bagus untuk kesihatan!! Itu yang penting!

Tengah hari tadi aku dan rakan-rakan telah dijemput makan oleh Lecture. Perghh. memang sedap lah dia masak. Errr, macam biasa aku tambah la. hahahahhaha. Nasi beriani mau tak tambah. Faveret aku tuuuuu.. Hehehehehe. Lama jugak aku lepak sana. Sampai kul 4.30 petang baru balik dengan geng-geng aku.

Siap lecture aku tapaukan untuk kami. Perghjhh... Jimat untuk malam ni. Hahhahaha. satu lagi, semalam aku agak letih. Ni sedih sikit la.. Blogger Utagha jugak. Sian kat dia. Motorsikal dia kena curi semalam, Dalam usm pon kena curi. Aduiihh.. Bahaya betoi. 

Semalam aku bawak dia pergi buat report semua. Hummm.. Bukan rezeki dia. Sabar jer la. 

P/S: Aku pon kena berjaga-jaga jugak. Kunci moto rapat-rapat lepas ni. haish..